Semalam selesai makan malam kami sekeluarga duduk duduk aja sambil bercerita. Sementara kakak sibuk menyudahkan homework Bahasa Malaysia. Tiba tiba kami dengar suara orang menjerit .. aku dah cuak.. kami tercari cari.. suara itu di sulami dengan tangisan seolah olah raungan seorang perempuan.. kami kenal pasti arah suara itu .. hubby sudah bersiap sedia untuk ketempat kejadian sementara tangan aku pantas menekan button telefon mencari cari nama neighbor kami … dalam 200 meter dari rumah aku … aku nampak suaminya keluar masuk rumah … telefon sudah pasti tidak berjawab.. aku serba salah .. begitu juga dengan suami aku .. sama ada kami perlu pergi .. aku khuatir sekiranyaa family matters.. pertengkaran suami isteri … aku jadik kaget .. kalut … suami aku masuk semula .. kemudian suara tangisan itu terus bergema … aku kuatkan semangat… aku arahkan suami aku untuk pergi.. kalau tak ada apa apa kita balik.. aku takut ada apa apa yang terjadi … mungkin ada kematian atau ada yang tercedera …
Suami aku berlari ke tempat kejadian.. kemudian dia pulang sambil berlari dengan lebih kuat .. dia minta telefon … katanya anak kakak tuh jatuh dan pengsan … aku arahkan anak aku Nabilah untuk duduk di rumah jaga adik.. dan pastikan semua pintu dan tingkap di kunci.. dia akur .. aku berlari mendapatkan neighbor itu…
Aku lihat anak perempuannya terbaring tidak bergerak .. sementara kakak neighbor aku tuh dah melepek kat sebelah anak dia menangis meraung raung .. aku segera mendapatkan dia… aku peluk dia.. tangisna dia bertmabah kuat .. sabar aku kata… “Dia tak tahu kita sayang dia …” jawab dia sambil meratap ratap… aku suruh dia Istgfar banyak banyak.. dia berpaut betul betul kat aku.. menangid meraung raung.. aku ucapkan ayat kursi kat telinga dia.. aku sembur kan kat umbun umbun dia .. benda yang sama jugak aku lakukan pada budak itu… aku check penafasan .. aku panggil nama dia.. supaya aku tahu dia masih lagi boleh response.. matanya berkelip setiap kali aku panggil namanya .. jantungnya juga stabil.. aku cuba sedaya upaya untuk tidak panic.. kerana semua yang berada di situ agak panic.. aku cuba menyelindungkan perasaan aku.. agar masih ada lagi orang yang boleh bertindak rasional .. aku juga takut kalau kalau ada luka luka dalam yang kita tidak tahu ... Alhamdulillah malam itu Allah seolah olah beri satu kekuatan buat aku untuk handle keadaan itu … tapi itu laa.. aku bukan tahu mana pun… apa sangat sumbangan aku yang mampu aku lakukan ...
Aku suruh kakak tu mengucap dan terus tanpa henti beristgfar … Alhamdulillah .. jeritan .. ratapan … dan tangisan dia berkurangan … dia sudah mula sedarkan diri .. tidak meraung raung seperti tadi ...
Ayah dan kaum keluarga dia minta kami tolong mengangkat budak itu masuk ke kereta… aku dengan pantas menyampuk.. "kita tunggu doctor dulu .. " kata aku melarang keras ...neighbor aku yg lain sudah bergegas memanggil doctor dengan motornya… " kita takut ada apa apa yang patah .. kita takut tulang belakang dan tengkuk .. " kata aku menyambung bicara tadi agar mereka faham tindakan aku tadi... "buat masa sekarang cuma pastikan dia boleh response setiap kali kita panggil dia…" sambung aku lagi penuh confident.
Aku lihat ke atas .. kata one of the family member iaitu mak sedara budak tuh.. katanya dia terjatuh dari tingkat atas ketika hendak mengambil sesuatu di atas bumbung.. aku tahu dia bohong … aku cuba meneliti .. tingkap bahagian atas masih lagi terbuka.. awning depan rumah dah pecah.. mungkin dia tersilap langkah ketika di atas bumbung rumah kemudian hilang kawalan dan terus ke awning dan kemudian jatuh ke bawah … atau mungkin ada unsur unsur bunih diri .. atau dia dalam keadan tergesa gesa untuk lari dari rumah .. itu conspiracy theory aku .. tapi aku betul betul confiednt yang salah satu darinya memang tepat ...
Doctor tiba.. aku minta torchlight agar doctor boleh buat kerjanya dengan tenang.. keadaan di situ agar suram .. "do you need heps ?" aku tanya doc… assistantnya angguk aja .. aku tolong pegangkan torchlight … kemudian doctor cuba panggilkan nama budak perempuan itu .. "Dia stabil ke doctor? Tekanan darah dan nadi dia ok ker?" tanya aku seperti berpengalam dan tahu sedikit sebanyak mengenai pertolong kecemasan ... dia kata dia stabil .. dia masih response dengan kita .. dia masih dengan kita lagi .. Aku tanya suami aku siapa yang call ambulance.. dah call ambulance ker .. ? Soalan itu di sahut terus oleh ayahnya.. dan terus call 999 .. ambulan Hospital Serdang yang akan datang katanya ….
Ayahnya juga kalut bercampur marah .. keadaan tiba tiba bercampur .. ayahnya menjerit jerit dalam telefon megarahkan seseorang agar dtg segera … suami aku cepat menenangkan dia …
Tak berapa lama polis sampai .. tapi kali ini bukan seorang .. 4 orang.. dan beberapa mata mata gelap aku rasa kerana berpakaian biasa … ada sesuatu yang cuba diselindungkan.. mereka langsung tidak mengambil keterangan dari tuan rumah .. atau bertanyakan keadaan kejadian .. seolah olah mereka sudah tahu dan keteranagn itu telah di ambil sebelum mereka datang .. dan ini seperti kes police aja .. kenapa agaknya .. kami dan neighbour lain tertanya tanya ...
Tapi bagi aku .. aku tidak perlu tahu.. itu masalah mereka.. aku datang cuma untuk membantu mana mana yang perlu…
Tiba tiba kakak itu menarik erat tangan aku masuk ke rumahmya.. dia sambung semula tangisan dan ratapannya… aku sudah dapat mengagak.. ada sesuatu yang cuba dia luahkan tapi tidak mampu .. "Sabar kak .. budak budak memang macam tuu.. dia tak tahu apa apa lagi .. apa yang kita dah buat tuh memang untuk kebaikan dia .. Cuma dia yang tak tahu .. sabar laa.. doa banyak banyak. Semoga semua akan selamat .. selesaikan satu satu.. jangan ingat benda benda lain .. yang kemudian tu kita kemudiankan .. yang penting sekarang kita nak dia selamat … kata aku cuma mengaggak situsi keadaan dia.. cuba berada di tempat dia dan menyelami hatinya …
"Dia nekad Ina .. kali nih betul nekad .. macam macam dah akak buat .. dia degil .. dia tak dengar cakap akak … kami baru jer bawak dia balik … " kata katanya terhenti bila salah seorang neighbor kami masuk.. dia seperti tidak mahu orang lain tahu kecuali aku.. aku juga pelik kenapa dia pilih aku .. tak apa laa... jika itu boleh buat dia tenang ...
"Tak apa laa akak .. sabar .. buat masa sekarang nih.. doa aja banyak banyak .. benda lepas tuh kita tak payah fikir .. Cuma doa agar keadaan bertambah baik…" sambung aku
"Ina call Hospital private yer .. kalau government lambat sikit .. by distance pun Hospital Serdang jauh sikit dari KPMC Puchong atau Hospital Columbia…" cuba memberi cadangan kerana sudah lebih kurang 30 minutes anaknya terbaring di situ
"Akak ikut aja laa Ina.. apa apa aja asalkan dia selamat .."
Aku keluar semula memberitahu yang tuan rumah agree untuk call ambulance swasta … aku minta hubby hubungi Hospital Columbia kerana no tel Hospital itu aja yang ada dlm simpanan kami.. Cuma perlu bincang dengan suami kakak itu dahulu.. suaminya menelefon semula Hospital Serdang.. kata mereka mereka dah on the way ..
Aku sedikit marah . Malaysian government Services .. very slow.. dah ½ jam dah .. tak jugak sampai sampai .. entah laaa .. aku betul betul tak faham dengan segala procedure yang perlu di patuhi yang membuatkan mereka jadi slow ... banyak kes yang sudah di kenal pasti menunjukkan ketidak cekapan anggota anggota kerajaan ini... tapi aku perlu tekan kan meang bukan semua.. tapi kerana segelintor inilah maka mereka.. gov services ni di lihat sungguh tidak cekap.. atau perkataan lainnya lembap
Kalau dia ada bleeding aku rasa.. kemungkinan besar dah tak mampu buat apa apa.. aku betul betul marah … kami masih menunggu saat demi saat .. minute demi minute .. situasi sebenar budak itu kami tidak pasti .. malah doctor jugak tidak pasti .. di khuatiri ada major fractured aja .. atau ada internal bleeding ..
Masing masing menggeleng kepala.. masing masing mengira saat .. berapa lama lagi ... sampai bila kami perlu tunggu dan melihat budak itu keras di situ … ???
Bersambung ......
No comments:
Post a Comment