Aku tak tahu nak start post citer nih macam mana .. marah pun ada, sakit hati sedih pun ada jugak ..... dan nak tergelak pun ada jugak laaaa.... ok ok .. aku nak share jugak ...
Semalam ... balik dari makan makan ... laki aku gi laa isi minyak Wira ... Nabilah ngan hubby gi laa isi minyak kat luar ...
Cam biasa aku ngan Nayli dalm kereta .... Nayli pun start laa beramah mesra ngan aku ... memula tuh dia start kiss aku ...bertubi tubi ... pas tuh masuk bab dia puji .. "sayang laa mak .. saaaaayang mommy sangat sangat ... mommy nih baik . cantik .. kali nih memang aku tak expect langsung ada apa apa yang tak sedap di dengar keluar dari mulut dia.. lagi pun aku penat sangat hari nih dengan segala tugasan di office ...
kemudian dia kiss lagi aku ... aku peluk dia erat .... tetiba dia bersuara lagi ...." tapi .. gigi mak nih jongkong laaa ... " kata nya .. aku tersentak ..." ha ??? jongkong .. ??? "uish budak nih dah start dah ... ada laa ayat ayat berbisa yang akan keluar selanjutnya lepas nih tapi ... nak tergelak .. " jongkong ??? jongkong tuh apa ??" tanya aku inginkan kepastian walaupun aku tahu apa yang sebenarnya yang ingin di sampaikan ...
"ala ...tuh yang macam ceritah limah tuh .. limah jongkong ... " aku dah semakin panas ... "jongang ... " jawab aku ringkas dan berharap perbualan itu hingga setakat itu sahaja .... "haa jongang ... tak cantik laaa ..." katanya bersungguh sungguh.
"ala.. tadi kata mak cantik .. " jawab aku ...
"ye laa gigi nih aja yang tak .. cuba mak tengok haa.. keluar aja ..." katanya tanpa rasa bersalah ... aku sudah panas... kurang asam punya anak ....
"abis tuh cam mana ???" tanya aku ...
"mak gi laa jumpa dentist .. mak tahu tak dentist tuh apa ???" tanya dia. "dentist ... ala dentist tuh dr gigi laa mak ....
Aik .. yang tiap tiap tahun aku bawak dia gi jumpa dentist tuh .. dia siap tanya aku balik ... "Tahu laa... kan kita pegi check gigi tiap tiap tahun tuh kat Dr Nurul..." explain aku
"haa.. ye laaa tuu .. nanti dentist tuh tahu laa nak buat apa dengan gigi mak nih ..."
"nanti kalau dentist tuh cabut cam mana .. " tanya aku ...
"ala mak nih tu kan kerja dia .. dia tahu laa... nak buat apa... tak apa laa kalau dia cabut .. bukan sakit pun .. cam adik cabut gigi hari tuh tak sakit pun ...." dia cuba mengconfortkan aku.
aku senyap .. terdiam.. terkedu.. terbisu ... terkelu ... arghhh ... malehla nak layan lagi .. kang lagi panas .. uishhh ... kenapa laa anak aku sorang nih .. aku perlu beli insurans seumur hidup untuk mulut dia nih ...
sambil merenung jauh .. aku teringat akan hukum karma ... adakah ini karma untuk aku .. memiliki anak yang mulutnya laser cam aku jugak ..
arghhhh .. patut ke kalau aku luku jer budak nih .....
Freud kata mind is just like an iceberg...only 10% of an iceberg is visible (conscious) whereas the other 90% is beneath the water (preconscious and unconscious)... betul ke ??? entah check it out....
Thursday, September 30, 2010
Tuesday, September 28, 2010
Kisah Nabi Musa belah Laut
Appy Springer BOULDER, Amerika Syarikat (AS) – Saintis-saintis di AS membuktikan kebenaran kisah Nabi Musa membelah laut seperti yang diceritakan dalam kitab suci al-Quran dan Injil, lapor sebuah akhbar semalam.
Satu kajian oleh sepasukan penyelidik yang diketuai saintis Carl Drews dari Pusat Penyelidikan Atmosfera Nasional di sini, mendapati fenomena itu tidak bercanggah dengan hukum fizik.
Kitab al-Quran menceritakan bahawa Nabi Musa membelah laut dengan menghentakkan tongkatnya ke tanah semasa baginda dan kaum Bani Israel terperangkap di antara pasukan tentera Firaun yang sedang mara dan laut di hadapan mereka.
Kumpulan saintis itu yang mengkaji beberapa peta kuno Delta Sungai Nil mendapati laut terbelah itu merujuk kepada sebuah lagun yang kini dikenali sebagai Tasik Tanis di selatan Laut Mediterranean dekat Laut Merah dan satu cawangan Sungai Nil.
Kini, dengan menggunakan simulasi komputer, saintis-saintis itu menunjukkan bahawa laut berkenaan terbelah dua melalui proses tiupan angin kencang yang dikenali sebagai angin timur bertiup selaju 100.8 kilometer sejam (km/j) selama 12 jam menyebabkan aliran air sungai dan lagun itu berpusing balik lalu membentuk seperti dinding air.
Satu model lautan komputer kemudian digunakan sebagai simulasi bagi melihat kesan angin yang bertiup semalamam ke atas air sedalam beberapa meter itu.
Selama empat jam, tiupan angin tersebut menghasilkan jambatan darat sepanjang 3.2 kilometer (km) dan selebar 4.8km.
Sejurus selepas angin timur reda, air lagun dan sungai itu kembali mengalir ke tempat asal seperti ombak tsunami
Monday, September 27, 2010
Jadi driver for Raya Trip ..
Semalam Ahad .. aku jadi driver untuk anak aku dan kengkawan dia .. dia dah booked aku since before puasa .. actually kakak teringin sangat nak beraya dengan kengkawan dia .. tapi aku seperti biasa macam macam fikir .. teringat satu kes yang dia beraya umah orang tetiba kena rogol ... tak salah aku 2 tahun lepas ada satu kes kanak kanak yang beraya kat ada salah stau flat nih pas tuh ada sorang jiran dia panggil masuk rumah pas kanak-kanak tu dirogol ... ciss .. kurang ajar betul laa pak cik tu...
dan banyak lagi kes kes lain yang buat aku meremang bulu roma bila anak anak aku mintak kuar jalan jalan dengan kengkawan ...
huishhh .. takut giler bila teringat citer tu .. so aku pun bermurah hati ... cakap ngan anak aku, yang aku willing to hantar kemana sahaja yang dia orang nak pergi nanti ...terpaksa laah aku jadik drebar ...
memula aku di arahkan mengambil semua kengkawan dia .. kemudian pergi beraya dari satu rumah ke satu rumah .. dalam list dia ada 12 rumah yang kami perlu visited .. tapi cuma ada 6 rumah aja yang boleh masuk .. kebanyakan tak ada rumah .. meybe dia orang semua ada open house kat mana mana tempat kot ..
Pukul 10 pagi dah start dah .. pukul 5 baru aku hantar balik budak budak tuh ... alhamdulillah laaa .. walau pun banyak rumah kosong .. tapi aku rasa anak aku cukup gembira dapat beraya rumah kawan kawan dia
Pesanan terakhir dari member anak aku is.. thank you very much auntie.... next year kita g jalan lagi ekk...

Sunday, September 26, 2010
Memenuhi undangan
Pergh .. semalam jer 7 open house .. kali nih we decided to attend all... rrrr.. sebelum sebelum nih ada jugak yang kita oarang pilih pilih pasal takut jammed laa.. pasal jauh laa.. dan rrrr... pasal dah penat ...
ada jugak orang yang tengok aku semacam bila aku citer aku attend all the 7 invitation .. bukan laa aku nak mentedarah pun tapi sekadar MEMENUHI UNDANGAN rakan rakan ... satu lagi pasalnya aku teringat ada ustaz kata tak baik tak pergi any invitation .... so kali nih aku bercita cita selagi tak ada aral melintang aku akan pergi walaupun sekadar amik attendance jer ... sebagai tanda appreciation kepada mereka yang menjemput dan jugak untuk menggembirakan hati tuan rumah .. tapi pergh .... memang laa penat giler ... start pukul 2:00 sampai laa 11:00 baru balik .... dan nih aku ada terbaca satu blog dari Brunei yang membincangkan pasal memenuhi undangan ..
Undangan nih bukan sahaja untuk makan semata mata .. tapi undangan nih more to menhwujudkan satu masyarakat yang mesra dan mengeratkan silaturahim sesama kaum kerabat, jiran tetangga, sahabat handai mahupun masyarakat global. Rasulullah Sallahu Alaihi Wasalam bersabda maksudnya:
"Dari Abi Hurairah Radiaallahu Anha, Nabi Sallahu Alaihi Wasalam bersabda: Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka sambunglah hubungan silaturrahim". (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)
Manakala adab bagi orang yang menerima undangan pula ada lima iaitu:
Pertama: Tidak membezakan undangan, baik undangan tersebut datangnya daripada orang kaya ataupun orang miskin, kerana perbuatan itu dilarang dalam Islam.
Kedua: Tidak menolak sesuatu undangan hanya disebabkan alasan jauh.
Ketiga: Tidak menolak sesuatu undangan hanya kerana ia berpuasa, tetapi adalah lebih baik ia menghadirinya. Jika ia hanya berpuasa sunat, ia dibolehkan berbuka dan tetap mendapat pahala jika niatnya berbuka itu untuk menyenangkan hati dan mengembirakan tuan rumah. Tetapi jika ia berpuasa wajib seperti puasa qada, maka tidaklah boleh ia berbuka.
Keempat: Menolak undangan jika diketahuinya makanan yang dihidangkan dari barang yang syubahat dan haram, ataupun dimajlis itu diadakan berbagai-bagai kemungkaran seperti hiburan yang diharamkan oleh syarak, ataupun orang yang mengundang itu bersifat zalim atau fasik atau suka bermegah dan membesar diri.
Kelima: Janganlah hendaknya menerima undangan itu dengan niat untuk memuaskan kehendak parut, bahkan hendaklah ia memperbanyakkan niatnya dengan tujuan baik seperti mengikut sunah Rasulullah Sallahu Alaihi Wasalam, memuliakan tuan rumah, menjaga hati serta perasaan saudaranya dan sebagainya.
So kepada sesapa yang asyik ada alasan untuk menghadirkan diri ke mana mana open house ... harap harap jangan laa mengecewakan sahabat sahabat anda yang memang mengharap akan kedatangan anda ...

Wednesday, September 15, 2010
Selamat Hari Raya ....
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin ... semoga berjumpa lagi di Ramadhan akan datang dengan lebih penuh keinsafan dan dapat memnunaikan ibadat dengan lebih baik ...
Thursday, September 2, 2010
Maher Zain - For The Rest Of My Life with Lyrics
To my beloved husband ... happy 10th anniversary ... for the rest of my love ...i'll be with you ... Insya Allah ...
Happy 10 anniversary ...
Sudah 10 tahun ... hari ini 2 September 2010 ..genap. 10 tahun kami membina hidup bersama dan di anugerahkan 2 orang puteri yang cukup cantik dan sempurna.. dan aku amat amat bersyukur atas apa yang Allah telah berikan .. Selama 10 tahun bersama sama menghadapi segala ujian ujian dan mengecapi rahmat dan kebahgian yang Allah telah kurniakan bersama sama ... Selamat Menyambut Hari Ulangtahun Perkahwinan yang ke 10 semoga perkahwinan kami kekal abadi dan bahagia dunia dan akhirat ... semoga Allah tetap memberkati dan terus memberi rahmat kepada perkawinan dan rumah tangga kami ...
Subscribe to:
Posts (Atom)