Sunday, September 26, 2010

Memenuhi undangan

Pergh .. semalam jer 7 open house .. kali nih we decided to attend all... rrrr.. sebelum sebelum nih ada jugak yang kita oarang pilih pilih pasal takut jammed laa.. pasal jauh laa.. dan rrrr... pasal dah penat ...
ada jugak orang yang tengok aku semacam bila aku citer aku attend all the 7 invitation .. bukan laa aku nak mentedarah pun tapi sekadar MEMENUHI UNDANGAN rakan rakan ... satu lagi pasalnya aku teringat ada ustaz kata tak baik tak pergi any invitation .... so kali nih aku bercita cita selagi tak ada aral melintang aku akan pergi walaupun sekadar amik attendance jer ... sebagai tanda appreciation kepada mereka yang menjemput dan jugak untuk menggembirakan hati tuan rumah .. tapi pergh .... memang laa penat giler ... start pukul 2:00 sampai laa 11:00 baru balik .... dan nih aku ada terbaca satu blog dari Brunei yang membincangkan pasal memenuhi undangan ..

Undangan nih bukan sahaja untuk makan semata mata .. tapi undangan nih more to menhwujudkan satu masyarakat yang mesra  dan mengeratkan silaturahim sesama kaum kerabat, jiran tetangga, sahabat handai mahupun masyarakat global. Rasulullah Sallahu Alaihi Wasalam bersabda maksudnya:

"Dari Abi Hurairah Radiaallahu Anha, Nabi Sallahu Alaihi Wasalam bersabda: Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka sambunglah hubungan silaturrahim". (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)

Manakala adab bagi orang yang menerima undangan pula ada lima iaitu:

Pertama: Tidak membezakan undangan, baik undangan tersebut datangnya daripada orang kaya ataupun orang miskin, kerana perbuatan itu dilarang dalam Islam.

Kedua: Tidak menolak sesuatu undangan hanya disebabkan alasan jauh.

Ketiga: Tidak menolak sesuatu undangan hanya kerana ia berpuasa, tetapi adalah lebih baik ia menghadirinya. Jika ia hanya berpuasa sunat, ia dibolehkan berbuka dan tetap mendapat pahala jika niatnya berbuka itu untuk menyenangkan hati dan mengembirakan tuan rumah. Tetapi jika ia berpuasa wajib seperti puasa qada, maka tidaklah boleh ia berbuka.

Keempat: Menolak undangan jika diketahuinya makanan yang dihidangkan dari barang yang syubahat dan haram, ataupun dimajlis itu diadakan berbagai-bagai kemungkaran seperti hiburan yang diharamkan oleh syarak, ataupun orang yang mengundang itu bersifat zalim atau fasik atau suka bermegah dan membesar diri.

Kelima: Janganlah hendaknya menerima undangan itu dengan niat untuk memuaskan kehendak parut, bahkan hendaklah ia memperbanyakkan niatnya dengan tujuan baik seperti mengikut sunah Rasulullah Sallahu Alaihi Wasalam, memuliakan tuan rumah, menjaga hati serta perasaan saudaranya dan sebagainya.

So kepada sesapa yang asyik ada alasan untuk menghadirkan diri ke mana mana open house ... harap harap jangan laa mengecewakan sahabat sahabat anda yang memang mengharap akan kedatangan anda ...

No comments: