Kisah Nabi Musa belah Laut
Appy Springer  BOULDER, Amerika Syarikat (AS) – Saintis-saintis di AS membuktikan  kebenaran kisah Nabi Musa membelah laut seperti yang diceritakan dalam  kitab suci al-Quran dan Injil, lapor sebuah akhbar semalam.
Satu  kajian oleh sepasukan penyelidik yang diketuai saintis Carl Drews dari  Pusat Penyelidikan Atmosfera Nasional di sini, mendapati fenomena itu  tidak bercanggah dengan hukum fizik. 
Kitab al-Quran menceritakan  bahawa Nabi Musa membelah laut dengan menghentakkan tongkatnya ke tanah  semasa baginda dan kaum Bani Israel terperangkap di antara pasukan  tentera Firaun yang sedang mara dan laut di hadapan mereka. 
Kumpulan  saintis itu yang mengkaji beberapa peta kuno Delta Sungai Nil mendapati  laut terbelah itu merujuk kepada sebuah lagun yang kini dikenali  sebagai Tasik Tanis di selatan Laut Mediterranean dekat Laut Merah dan  satu cawangan Sungai Nil.
Kini, dengan menggunakan simulasi  komputer, saintis-saintis itu menunjukkan bahawa laut berkenaan terbelah  dua melalui proses tiupan angin kencang yang dikenali sebagai angin  timur bertiup selaju 100.8 kilometer sejam (km/j) selama 12 jam  menyebabkan aliran air sungai dan lagun itu berpusing balik lalu  membentuk seperti dinding air.
Satu model lautan komputer  kemudian digunakan sebagai simulasi bagi melihat kesan angin yang  bertiup semalamam ke atas air sedalam beberapa meter itu.
Selama empat jam, tiupan angin tersebut menghasilkan jambatan darat sepanjang 3.2 kilometer (km) dan selebar 4.8km.
Sejurus selepas angin timur reda, air lagun dan sungai itu kembali mengalir ke tempat asal seperti ombak tsunami
 
 
 
          
      
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment