Sakit sakit nih benda paling gembira adalah bila adik beradik dan sedara mara datang melawat .. rasa terubat betul semua sakit sakit yang ada ... seronok dan macam macam lagi ... kali nih adik beradik ngan anak anak sedara datang melawat .. dia orang bawak sekali makanan yang yummy yummy so boleh laa buat kenduri adik beradik secara kecil kecilan .. just baca doa jer .. tanda ucap selamat dan syukur pada yang maha Esa .. ada kak Elma as a imported chef.. dan semua yang hadir .. tima kasih .. you all really make my day ..
Dalam tengah belek belek pasal ziarah banyak juga yang aku jumpa pasal menziarahi pesakit nih ... rrrmmmm ... nih just sebagai tambahan ilmu aja ..
Menziarahi orang sakit hukumnya adalah Sunat Muakkadah. Dan ianya merupakan amalan yang disukai Allah Subhanahu Wataala dan baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Menziarahi orang sakit adalah merupakan salah satu tanggungjawab yang mesti dilaksanakan oleh orang Islam terhadap saudaranya sesama Islam yang sedang sakit. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda sebagaimana hadith baginda:-
Maksudnya:
Dari Abu Hurairah Radiallahu-Anhu dia berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Hak seorang muslim ke atas seorang muslim yang lain ada lima perkara: Iaitu menjawab salam, menziarahi orang yang sakit, mengiringi jenazah, menghadiri undangan dan mendoakan orang bersin (Mengucap Yarhamukallah). (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)
Dari Nabi s.a.w. bersabda: “Apabila kamu menziarahi pesakit, maka panjangkanlah waktunya. Dan ia dapat membangkitkan harapan sembuh dalam diri pesakit.”
Antara kelebihan menziarahi orang sakit
Maksudnya:
Dari Ali Radiallahu-Anhu ia berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Tiada seorang muslim itu melawat seorang muslim yang sakit pada waktu pagi melainkan meminta ampun untuknya tujuh puluh ribu malaikat hingga waktu petang dan tiada dia melawatnya pada waktu petang, melainkan meminta ampun untuknya tujuh puluh ribu malaikat hingga waktu pagi, dan adalah baginya kebun tempat memetik buah-buahan di dalam syurga. (Riwawat Al-Imam At-Tarmizi)
“Sesiapa yang menziarahi orang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah, nescaya penyeru (malaikat) akan berseru kepadanya: “Alangkah bagusnya engkau, alangkah bagusnya perjalananmu, telah tersedia untukmu sebuah rumah di dalam syurga!”.
(Hadits riwayat at-Tirmidzi)
“Sesiapa melawat orang sakit, maka dia tenggelam dalam rahmat Allah, sehingga apabila dia duduk , maka tetaplah dia dalam rahmat itu.”
No comments:
Post a Comment