Friday, September 23, 2011

kerabu terung

Resepi nih datang dari keluarga mertua aku .. sedap giler dan yang paling penting amat senang .. kalau ada makan makan aku untuk family in laws aku .. aku mesti buat kerabu nih .. senang dan dia orang pun suka makan .. even aku ngan hubby pun teramat suka ...

Bahan-bahan :-

3 bijik terung celur (aku letak sikit garam dgn gula .. mak aku pesan kalau celur apa apa ulam letak sikit gula dan garam buat rasa.. jgn byk .. kang jadi pengat plak)
5 ulas bwang merah (diblend dengan santan, lada hitam dan ikan)

sedikit lada hitam


santan pekat (satu be kecik yg jual kat pasar tu)


2 ekor ikan kembung direbus

2 biji limau nipis

garam, gula dan sedikit ajinomoto


Cara cara ;
Memula tumbuk atau blend bawang merah, lada hitam. Kemudian masukkan ikan kembung yang dah di rebus dan dah dibuang tulang. Blend sekejap (pasal aku suka ikan tuh tak terlalu hancur). Masukkan garam, gula, aji dan perah limau. Pas tuh masuk kan kedalam terung yg telah dicelur tadi. Terung tadi boleh laa di siat siatkan / potong potongkan memanjang ... dah siap ...

No comments: