Aku pernah tulis cam mana nak masak sup ekor dulu .. cara dan bahan dia sama jer.. cuma tukar tulang dengan ekor je... dan rasa ekor dengan tulang memang lain.. sup ekor lagi kaw ... pergh meleleh betul kalau teringat sup ekor nih beb ...
Bahan bahan
Tulang ekor dalam sekilo
Bawang merah dalam 5 - 6 biji, bawang putih 5 bijik, halia sebesar ibu jari
Rempah sup adabi dalam 11/2 sudu besar (kalau nak pekat boleh di tambah)
Sup Bunjut adabi / mak siti
Daun sup
Daun bawang
4 brothers - bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis &
Lada hitam (aku selalunya tak bubuh takut budak budak makan pedas)
Minyak
Garam & ajinomoto
Cara
Memula tumis 4 brothers bila dah naik bau masukkan bawang merah, putih dan halia. Goreng sampai kekuningan. Masukkan rempah sup yang dah di campur air. Tumis sampai garing (jgn hangus plak). Masukkan tulang dan sedikit jer air. Tutup periuk tu dan biar ekor tuh kecut dan keluarkan air dalam 10 minute. Bila dah kecut, tambah air. Masukkan sup bunjut. Masukkan daun sup yang disimpulkan. Kalau nak seda masukkan sekali akar daun sup yang dah di basuh bersih. Biar dia masak. Masukkan garam dan perasa. Angkat taburkan daun sup daun bawang yang dah di hiris halus serta bawang goreng.
No comments:
Post a Comment