Monday, April 6, 2009

Changeling









Angelina Jolie - Changeling


The real Christine Collins





Kali nih bukan citer ganazz.. bukan citer pembunuhan secara brutal.. aksi aksi yang mendebarkan ... kali nih aku tengok citer drama yng tiba tiba aku rasa memang best ... memang sedih.... Bila tengok citer nih.. fikiran aku terus teringat akan citer Arwah Adik Nurin dan adik Sahrline dan jugak ramai lagi anak anak yang telah hilang entah ke mana... mungkin inilah yang ibu ibu mereka rasakan apabila anak mereka hilang tak berjumpa... cerita nih pun seolah olah menggambarkan kejadian sebenar di Malaysia ...

Synopsis.

Citer nih mengisahkan seorang ibu bernama Christine Collins ( Angelina Jolie) yang telah kehilangan anaknya,Walter Collins (Gattlin Griffith ).Christine yang sepatutnya balik cepat hari tuh sebab dah janji dengan anaknya nak tengok wayang tapi disebabkan bebanan kerja dia terlepas bas.. dan bila dia sampai di rumah dia benar benar terkejut kerena melihat anaknya tak ada.. di dalam rumah dan di seluruh sekitar rumahnya. Christine lalu melapor kepada pihak polis berkenan kehilangan anaknya. Namun, seperti biasa pihak polis tidak dapat berbuat apa apa selagi kehilangan berkenaan tidak melebihi 12 jam. Christine amat kecewa dengan jawapan yang diberikan oleh pihak polis. Mereka hanya akan mengambil tindakan dan mencari anaknya keesokan harinya sekiranya anaknya masih jugak hilang.

Christine terus tidak berputus asa. Dia telah menghubungi banyak jabatan jabatan yang dia rasa boleh tolong dia. Kemudian pada satu hari, Christine mendapat kabar langsung dari Kapten J.J Jones,bahawa mereka telah menemukan Walter Collins. Merekapun membawa Christine Collins menemui anaknya - Walter. Christine begitu gembira sekali dan memang tak sabar nak berjumpa dengan anaknya yang telah hilang berbulan bulan lamanya. Tapi bila Christine melihat raut wajah budak lelaki yang di katakan Walter dia memang sudah tahu dari awal lagi yang budak tuh bukan Walter anak kandung dia. Namun Captain J.J Jones tidak percaya dan menganggap Christine masih lagi terkejut sehinggakan dia tidak dapat menerima kenyataan bahawa anak dia dah kembali. Di sebabkan terlau banyak wartawan yang sedang membuat liputan mengenai pertemuan mereka tu Captain J.J Jones mahu Christine menerima sahaja budak itu di hadapan media.




A photo of Walter Collins includes descriptive notes from his mother, Christine Collins. Walter’s 1928 disappearance and police efforts to convince his mother that the boy they returned to her was her son are the subject of “Changeling.” Northcott’s mother, Louise, was eventually convicted of murdering Walter.


Beberapa hari budak tuh kat rumah Christine, dia semakin yakin bahawa budak tuh bukan anaknya Walter. Segala tingkah laku, sifat budak itu sememangnya berbeza dengan Walter Collins. Christine dengan bersungguh sungguh cuba untuk membuktikan pada semua orang yang itu bukan anaknya. Tingginya turun beberapa inci. Dia tidak kenal siapa gurunya. Dan dokter yang pernah memeriksa Walter Collins,mengakui bahwa anak itu bukanlah Walter Collins. Hal ini membuat seorang paderi bernama Reverend Gustav Briegleb ( John Malkovich ),berusaha menolong Christine Collins.

Christine tak mau diam saja. Dia lalu berusaha agar polis percaya, bahwa mereka salah dan mereka perlu mencari anaknya tanpa tangguh tangguh lagi. Kerana dia tahu sedetik dia lewat apa apa sahaja boleh berlaku terhadap Walter

Oleh kerana rasa tercabar dengan keberanian Christine dan tidak mahu cerita sebenarnya terbongkar, Kapten J.J Collins justru memasukkannya ke rumah sakit jiwa.

Di rumah sakit jiwa tu Christine terpaksa akur dengan apa yang mereka lakukan terhadap dirinya kerana dia tahu tidak ada apa yang dia boleh lakukan. Dia kemudian bertemu dengan Carol Dexter ( Amy Ryan ) sorang lagi mangsa diatas konspirasi polis. Dan bukan dia saja,ada banyak lagi yang lain-lainnya yang terjerat di Rumah Sakit Jiwa.Christine hanya akan dibenarkan keluar dari rumah sakit jiwa, sekiranya dia mengakui bahwa budak yang dijumpai oleh polis tuh adalah Walter Collins. Tapi Christine tidak mau.



A picture of the Northcott chicken ranch in Wineville in 1928 includes notes by investigators probing the “chicken coop murders,” in which several young boys were kidnapped and held as sex slaves by Gordon Stewart Northcott, then butchered. Searches of the property turned up bones and other items linked to the victims, but no bodies. The farm house at left is still standing.

Di scene yang lain Gordon Northcott ( Jason Butler Harner ) telah memulakan siasatannya. Dia kemudian telah pergi sendiri ke satu kawasan yang dishaki kawasan pembunuhan kanak kanak. Dia kemudian berjaya menangkap seorang budak lelaki. Budak lelaki inilah yang menceritakan segala apa yang sebenarnya terjadi ke atas kesemua kanak kanak itu.. hampir 20 orang telah terkorban.

Adakah Walter termasuk sekali dalam list kanak kanak tersebut. Macam mana kesudahan cerita ini.. Adakah Christine akan berjumpa dengan anaknya semula... atau sempatkah Christine menyelamatkan anaknya dari dibunuh oleh pembunuh bersiri kanak kanak itu... heheh korang gi aa tengok.. aku bagi 4.5 bintang untuk citer nih...

Film ini berasal dari kisah “Wineville Chicken Coop Murders” yang telah betul betul berlaku pada sekitar tahun 1928. kat bawah nih adalah gambar gambar sebenar.






Serial killer - Gordon Stewart Northcott


Click sini untuk baca cerita sebenar mengenai Wineville Chicken Murders

Serial Killer

No comments: