Thursday, October 29, 2009

You Belong With Me

Rabbit Park



Ahad hari tuh bawak budak buda pegi Rabbit park baru bukak kat rumah aku.. so kali nih sebab perasmian dia bagi kita orang masuk free ... boleh tahan jugak laa .. rabbit dia memang banyak dan memang jinak.. semua jenis yang boleh pegang.. untuk hari tuh ada jugak pertunjukkan ular.. pergh.. geli aku tengok.. tapi adik Nayli sempat jugak pegang badan ular tuh.. aku cuit sikit jer dah mengelitik badan aku di buatnya .. any way it's really fun.. budak budak laa especiallynya pasal boleh pegang dan kejat kejar rabbit tu..
hari tuh jer 2 kali aku bawak bebudak tu pegi .. pasal kakak ada exam esoknya tu.. sebab nak bagi dia baca buku aku terpaksa pujuk dia org balik tengah hari tuu.. dan dtg balik bila petang tuu... heheh jakun betul pegi sampai dua tiga kali... free kalu .. berapa kali pun masuk... biasalaa.. Malaysian maa..

Thursday, October 22, 2009

Kek lapis buah prune

Baru nih aku buat kek Lapis buah prune.. cara dia sama jer macam buat kek Lapis Asam (click sini untuk resepi Kek Lapis Aam) .. cuma aku try tukar dengan buah prune...

2 cawan serbuk biskut (cream cracker atau biskut marie)
3/4 cawan gula (kalau tak suka manis letak 1/2 cawan jer)
1 sudu kecil serbuk penaik (baking powder)
1 sudu teh esen vanila
1 cawan butter (1 bungkus 250gm tuh)
1/2 cawan susu pekat (creamer pekat manis pun boleh)
5 bijik telur
2 pket buah prune

Macam biasa pukul butter dengan gula sehingga sebati dan kembang. Masukkan telur sebijik demi sebijiksambil kacau. Pukul lagi (pakai mixure laakan) Masukkan serbuk penaik dan susu pekat. Kacau lagi sampai sebati. Masukkan biskut yang dah diblend halus menjadi serbuk tadi sedikit demi sedikit. Masukkan essen vanila. Pukul lagi sampai betul-betul sebati.

Bahagikan adunan kepda beberapa bahagan (Ikut suka... biasa aku bahagi tiga jer). Satu warnakan hijau, kuning dan pink.

Masukkan selapis.. katakan mulakan denganhijau... kukus dalam lebih kurang 5 minit, lepas tuh angkat dan susun buah prune yang dah di rancik rancik.. (aku potong jer besar besar) kat atas lapisan kek yang warna hijau tadi. kemudian letak pula lapisan warna pink.. kukus.. letak pula yg warna kuning.. kukus.letak warna kuning pula kukuskan ... bila dah masak angkat susunkan asam manis tadi.. lakukan sehingga habis...

Laksa Asam

Baru baru nih buat B'day Nayli.. aku teringin sangat nak buat laksa.. biasa aku buar dalam amount yang sikit jer.. 1 kilo ikan.. tapi kali nih aku beli 5 kilo.. satu periuk besar aku masak.. cuak jugak pasal takut tak sedap.. tapi Al hamdulillah .. ramai yg kata sedap.. (huhuhu kembang kuncup mok cik). Ok nih sesapa yang hari tu mintak resepi korang salin laaa ek sendiri

1 kilo ikan (aku guna ikan sardin / ikan selayang - yang mata besar tu)
asam keping dalam segengam (ikut suka - kalau nak masam masuk banyak)
5 - 6 biji bawang merah
2 - 3 biji bawang putih
10 tangkai cili kering di blend (kalau suka pedas boleh tambah)
secekak daun kesum
3 - 4 batang bunga kantan
2 batang serai
otak udang (kalau ada - aku tak buuh pun tak jumpa nak beli)

Cara:

Memula buangla perut ikan.. basuh kasi bersih... pas tuh rebus. Masukkan dalam 5 keping asam keping dan sedikit garam. Dalam masa yang sama blend bawang merah dan bawang putih. Bila ikan dah masak, angkat dan buangkan tulang... air rebusan ikan tu jangan buang, blend isi ikan tadi dengan air rebusan ikan tu. Kemudian tulang tulang dengan kepala kepala dia tuh korang mesin kasi hancur. Pas tuh korang tapis masuk dalam air rebusan ikan tu. Maukkan cili kering yang dah di blend tadi. Ikut suka nak masuk berapa banyak, kalau aku aku suka pedas sikit baru kaw, tapi kalau ada budak budak nak makan elok kurankan cili pasal accessories dia ada cili api dengan cili merah. Masukkan semua bahan bahan lain sekali isi ikan, cili blend,.asam keping, Daun kesum, Bunga Kantan, Serai. Masukkan asam jawa. Tunggu menggelagak kalau dah rasa ok boleh angkat. Kalau kurang asam lagi tambah lagi asam keping.

Bahan accessories:

Timun
Nanas
bawang besar
daun kesum
bunga kantan
cili api
cili merah
salad

Semua nih di hiris halus. Pergh memang sedap giler laaa

Thursday, October 15, 2009

Agar agar Roti / Puding roti

1 peket agar agar
6 gelas air
Gula (ikut suka)
Susu cair 1 tin
Roti 4 - 6 keping
Telur 1 biji
2 sudu kastard

Masak agar macam biasa.. masukkan agar agar dengan air sampai hancur.. masukkan gula ikut suka manis. Susu cair, telur dan roti di blend. Kemudian masukkan dlm agar agar yg dah hancur tadi. Masukkan tepung kastard yang dah dibancuh. Buh essen vanila.. tunggu menggelegak.. dah boleh angkat. bahagikan kepada dua bahagian.. kalau nak buh cokelat atau warna warna lain pun boleh.. buh berselang selang.. dah siap...

Monday, October 12, 2009

Open House

Dah 3 tahun rasanya tak buat open house. Kekadang rasa macam tak seronok kalau tak buat.. sebab masa tu laa dapat jumpa balik kawan kawan lama.... dan baru laaa ada orang dtg rumah.. kalau nak harapkan hari lain mana ada.. aku ngan family pun tak lekat kat rumah ... Hmm...masalah paling utama kenapa aku tak buat open house ialah sebab tak der helper. Dulu masa ada maid.. ok jugak.. sebab akau masak jer maid aku boleh tolong kemas dan serve... tu masa 5 tahun lepas.. masa Nayli baru menjenguk dunia ... Mas tuh boleh laa mintak tolong maid... Aku memang suka masak sendiri kalau buat open house, tak suka cater.. (budget sikit). Penat menag penat tapi puas...

Teringat 3 tahun lepas masa buat open house sekali dengan house warming.. Alhamdulillah ramai giler orang datang... aku rasa mahu sampai seratus lebih orang.. sebab yang dtg mesti berkeluarga ... aku masak nasi minyak 2 periuk besar pun licin.. ayam masak merah 5 ekor langsai by tengah hari lagi... daging masak kurma pun tinggal kuah.. rendang ayam 3 ekor pun habis by tengah hari ... mee hoon sup satu kawah pun habis menjelang malam ...

Majlis start pukul 12 tengah hari.. sepanjang malam aku stay up.. memasak... aku sempat tido beberapa jam jer... pukul 3 baru siap masak.. esok kena bangun pagi nak masak benda lain pulak...

Pagi tuh sebelum pukul 12 lagi orang dah bagi salam.. aku belum mandi lagi.. belum hidang lagi.. belum kemas lagi... lantak laa.. aku naik tukar baju.. dan pada masa yang sama.. aku buh makanan dalam bekas buffet... dan start pukul 12 tuh orang datang menyerbu rumah aku... Orang datang tak berenti henti ... balik satu kereta sampai 2 - 3 kereta... memang ramai kali niii... sampai yang datang tu makan berdiri sebab tak cukup tempat nak duduk.. hari pulak hujan .. tak boleh makan kat luar .... aku yang kelam kabut... memang tak cukup tangan.. mana nak tengok makanan.. mana nak sambut orang dtg .. mana nak bagi direction orang yang nak datang rumah... mujur laa.. ada kakak ipar aku dengan maid dia tolong serve bila dah tengok orang dtg mencurah curah tanpa henti.. dia orang pun terpaksa batalkan niat nak pegi rumah open house lain sebab kesian tengok aku.. sorang sorang ... terima kasih laaa bebanyak kat kakak ipar dan adik adik ipar aku nih..

Menjelang petang lepas pukul 4 tu aku tengok kat dapur... dalam periuk aku.. memang dah licin.. langsung tak der apa.. kuah sup aku yang dah di tambah air pun dah licin jugak... pergh... apa nak buat nih.. Aku memang betul betul panic... cuak dan rasa bersalah pulak.. orang masih lagi datang tanpa henti.. satu dua kereta parking depan rumah... .tak sangka semua yang di ajak nampaknya datang walaupun banyak rumah lain yang bertembung pada hari tu.. sampai malam pun masih ada yang datang...air oren, aku rasa dah di refill beberapa kali ...

Dengan pertolongan Allah nasib baik adik ipar aku dtg bawak laksa. jadinya mintak permission dia untuk hidang untuk tetamu aku.. pun langsai jugak .... aku memang lepak giler.. rasa cam nak pengsan...

Malam tuh sampai pukul 12 lebih baru aku boleh melabuhkan seluruh badan aku.. rasa puas yang amat sangat.. seronok.. gembira dan bangga ... ramai rupanya sahabat yang betul betul menghargai diri ini .. sanggup datang walaupun jauh.. walaupun hujan mencurah curah.... walupun sudah ada jemputan lain .. mereka datang dan makan .. itu yang buat aku rasa terharu.... walaupun ada yang dah makan kat tempat lain tapi masih jugak sudi ke rumah aku dan merasa masakan aku....

Syukur.. tak habis habis aku bersyukur pada tuhan atas majlis open house aku kali ini...kata mak kalau ramai orang datang.. mereka akan bawak sekali rezeki ke rumah kita... alhamdulillah .. aku betul betul bersyukur... aku betul betul gembira ... hanya Allah sahaja yang athu bagaimana perasaan hati au nih...

Tahun nih aku buat kecik kecik jer laa cadangnya .. ajak neighbours dan kengkawan yang duduk dekat dekat dengan rumah aku.. Sekali celebrate birthday Nayli yang dah belated....
So.. sesapa yang nak datang di jemput laa datang untuk sama sama memeriahkan Birthday Nayli dan sambutan Hari raya aku yang secara kecilan kecilan niiii... Pada Hari Sabtu - 18/10/2009 dari pukul 4:00 petang - 6:00 petang.

Insya Allah kalau ada rezeki lebih tahun depan aku buat besar besar.. ajak semua orang macam hari tu... kali nih aku rasa aku nak sewa khemah dan catering jer.. mak cik rasa mak cik dah tak mampu nak masak sengsorang lagi dah.. pitam mak cik di buatnya....