Freud kata mind is just like an iceberg...only 10% of an iceberg is visible (conscious) whereas the other 90% is beneath the water (preconscious and unconscious)... betul ke ??? entah check it out....
Saturday, December 15, 2007
Kek Lapis Asam Manis
Sumbangan aku untuk majlis Pertunangan adik ipar aku hari tuh , kek lapis Asam Manis... 4 loyang tuh bib ... berjangut jugak la nak membuatnya .... Kek nih memang sedap dan senang jer tapi cuma remeh sikit nak buat. Kena kukus satu satu dan kena susun asam tuh pun satu demi satu. tu yang buat kek nih kalau kat kedai memang mahal. Jom aku bagi resepi.
2 cawan serbuk biskut (cream cracker atau biskut marie)
3/4 cawan gula (kalau tak suka manis letak 1/2 cawan jer)
1 sudu kecil serbuk penaik (baking powder)
1 sudu teh esen vanila
1 cawan butter (1 bungkus 250gm tuh)
1/2 cawan susu pekat (creamer pekat manis pun boleh)
5 bijik telur
lebih kurang 10 peket buah asam manis
Macam biasa pukul butter dengan gula sehingga sebati dan kembang. Masukkan telur sebijik demi sebijiksambil kacau. Pukul lagi (pakai mixure laakan) Masukkan serbuk penaik dan susu pekat. Kacau lagi sampai sebati. Masukkan biskut yang dah diblend halus menjadi serbuk tadi sedikit demi sedikit. Masukkan essen vanila. Pukul lagi sampai betul-betul sebati.
Bahagikan adunan kepda beberapa bahagan (Ikut suka... biasa aku bahagi tiga jer). Satu warnakan hijau, kuning dan pink.
Masukkan selapis.. katakan mulakan denganhijau... kukus dalam leih kurang 5 minit, lepas tuh angkat dan susun asam manis tadi kat atas lapisan kek yang warna hijau tadi. kemudian letak pula lapisan warna pink.. kukuskan ... bila dah masak angkat susunkan asam manis tadi.. lakukan sehingga habis...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment