Freud kata mind is just like an iceberg...only 10% of an iceberg is visible (conscious) whereas the other 90% is beneath the water (preconscious and unconscious)... betul ke ??? entah check it out....
Thursday, February 14, 2008
Aku sudah tiada .. aku mungkin berubah untuk sementara waktu ...
Jangan terkejut ... untuk beberapa bulan akan datang nih aku akan cuba untuk bersikap lebih baik.. hidup aku sekarang perlukan perubahan untuk beberapa bulan .. yea ...hanya beberapa bulan sahaja.... kenapa..??? mungkin terlalu awal untuk aku nyatakan sebabnya .. tapi yang penting mulai dari sekarang aku akan cuba untuk melakukan hanya perkara-perkara yang terbaik sahaja... aku yang sedia adanya seperti sekarang ini akan berhenti untuk seketika.. aku akan bercuti dari segala benda keji, segala benda jahat ... mungkin untuk beberapa bulan ini tidak akan ada lagi maki hamun dalam blog nih.. tidak ada caci maki, tidak ada umpat mengumpat, tidak ada keji mengeji dan tidak akan ada lagi sumpah seranah yang akan menyulami blog ini dan pendek kata hanya perkataan puji-pujian sahaja akan dilafazkan dalam blog ini untuk sementara waktu .. sampai bila...?? aku kira tak lama .. mungkin sampai akhir tahun ini .. itu pun sudah cukup lama bagi aku untuk berubah dan belakon jadi baik ... jangan risau aku akan beri sebabnya nanti..yup.. suatu masa nanti ... bila aku betul-betul sudah bersedia untuk mengumumkannya .... tapi aku tahu apa yang aku lakukan ini hanya untuk yang terbaik ...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
salam... Mmmm aku rasa ko nak pergi ke tanah suci Mekah!! Betul tak?? Jawab jangan tak jawab... Kalau betul... tolong sampaikan salam aku kepada rasulullah, boleh?? Ntah bila nak sampai ke sana lagi.. Umur makin lama makin banyak, dosa????? Ya Allah!!!!!! Dia saja yang tahu! EE
Owhhh.... yang itu mungkin belum lagi.. entah bila laa aku boleh sampai ke sana...tapi yang ini memang confirm cuma aku belum nak bagi tahu lagi tunggu ....
kalau nak test power dulu pon boleh, pergi serambi mekah dulu...kalau tak berasap kira clear la tu boleh pergi mekah terus....
Post a Comment