Aku baru jer balik dari Kelantan rumah mak mertua aku... kali nih banyak jugak activity yang dapat aku buat sebab kali balik dengan tak ada apa-apa project besar-besaran...
Sampai saja kat kampung lepas makan.. kita org beramai-ramai ke Kota Bahru... satu-satunya pekan yang telah betul-betul membangun di Kelantan. Aku kagum dengan cerita mak mertua aku yang kata sekarang nih ada macam kat Kelantan.. baru-baru nih Tesco pun dah ada.. besar laa... kata mak mertua aku dengan penuh kagum... aku dengar dengar jer dengan menunjukkan muka penuh tumpuan. Tesco pulak kata hati aku... banyak sungguh pembangunan di Kelantan sekarang aku mula memikir... bukan itu sahaja.. aku baru tahu yang banyak Kolej-kolej swasta jugak akan dan telah di buka d Kelantan.. seperti Lim Kok Wing, TAR college, apa sudah jadi nih.. macam satu benda ajaib telah menyelubungi Kelantan...
Dan baru-baru aku diberitahu pulak yang KB Mall nih dah di nobatkan sebagai Pasaraya Terunggul di Malysia (kata mereka laa). Entah, aku tak tahu tang mana menariknya KB Mall tuh sehingga dapat mengalahkan pasar raya-pasar raya terkemuka seperti Lot 10, Isetan, Sogo, Mid Valley dan lain-lain... rrrr.. ke atau pihak pengadil tersilap letak nombor ... atau mungkin ini hanya pancingan-pancingan undi di Kelantan... anyway aku tetap kagum dengan KB Mall yang mempunyai pelbagai shop lots yang sama kelas seperti di KL... bak kata orang sudah mampu sebaris dengan pasaraya di Kuala Lumpur.
Aku memang betul-betul kagum kerana selama ini Kelantan hanya dikaitkan dengan kemunduran dan kemiskinan sahaja... nah kali nih anak-anak kelantan yang dah tak berapa nak mengaku org Kelantan (walaupun bila bercakap sah-sah bau budu) tuh pasti akan bangga dan tidak percaya bahawa negari mereka bukan laa seperti yang di gembar-gemburkan dalam akhbar dan Televisyen.
Banyak betul pembangunan yang bakal menyapa Kelantan. Begitu juga dengan segala macam pembaharuan yang akan dan telah di laksanakan di Kelantan dibawah pemerintahan Tuan Guru Nik Aziz. Kebanyakn sistem-sistem baru nih memang menguntungkan semua pihak .. segala-galanya untuk rakyat... tidak hanya memihak kepada orang-orang tertentu sahaja.. aku pun pelik dan kagum macam mana mereka boleh buat dan terpikir menestablishedkan system yang sebigini rupa sehingga dapat menggembirakan hati hampir semua pihak diKelantan. Contohnya sistem dinar emas yang aku sendiri haram tak tahu apa kebaikannya kalau tidak mengambil inasiatif sendiri untuk cuba mengembangkan minda aku dengan benda-benda seperti ini (cuba baca teks ucapan Tok Guru Nik Aziz tentang sistem dinar emas yang telah dilancarkan pada September 2006)
Bekas Perdana Menteri pun mencadangkan perkara yang sama dilakukan oleh negara-negara lain yang bernaung di bawah mana-mana kesepakatan antarabangsa, antaranya ASEAN dan OIC. Semasa menutup ‘Seminar Antarabangsa Dinar Emas Dalam Perdagangan Pelbagai Hala’ anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di Kuala Lumpur pada 23/10/2002, beliau menegaskan bahawa ‘penggunaan dinar emas akan membentuk sistem pembayaran dan perdagangan mata wang tersendiri yang melindungi negara Islam daripada rejim kewangan antarabangsa yang hanya memberi faedah kepada negara kaya dan berkuasa.’ [Utusan Malaysia 24/10/2002]. Hari ini kita melihat kerajaan Kelantan mula mengambil pendirian yang lebih kurang sama dengan Dr. Mahathir di dalam hal ini.Untuk keterangan lebih lanjut mengenai ssistem dinar ini cuba pergi sini dan sini . Dan siri sistem dinar dari siri 1, siri 2, siri 3 siri 4 dan siri 5.
Banyak lagi sistem-sistem lain yang telah diperkenalkan di kelantan.. cuma aku masih lagi dalam proses memahami dan mencari.. kerana semua ini tidak akan dapat diperolehi melalui media-media kerajaan kita dan aku jugak terkejut dengan salah satu blog yang talk about Chinese in Kelantan check it out...
No comments:
Post a Comment