Lama sudah tak menjengah Blog. Demam pilihanraya semakin menjadi-jadi... demam aku pun semakin menggila... tekak aku pun dah semakin meloya mendengar cerita-cerita dongeng di akhbar-akhbar dan media-media elektronik yang keluar membuak-buak. Sana-sini terdengar masing-masing memuji dan mengeji party-party pilihan mereka. Ada yang bersungut, ada yang tak puas hati dan macam-macam kerenah ada disini sana. Kedai-kedai kopi , di surau, di mesjid, office, shopping kompleks, rata-rata topic perbualan adalah pilihan raya...
Tambahan pulak sekarang nih dunia Malaysia semakin panas dengan keputusan Pak Lah mengenengahkan muka-muka baru dan menyimpan mereka-mereka yang sudah lama dan kurang upaya untuk melakonkan watak-watak telus, iklas, baik, jujur, bersimpati, bertimbang rasa sebagai wakil-wakil rakyat...
Terus terang aku katakan .. aku betul-betul bosan dengan berita-berita yang hanya berpihak kepada sebelah pihak sahaja.. berita puji-pujian yang berat sebelah terus-menerus menusuk ke lubang telinga aku .. dan apa yang sungguh lagi membosankan adalah .. janji-janji manis yang terus-menerus membelai mendayu-dayu cuba untuk memujuk para pengundi... aku sudah lali dengan pujuk rayu ini.. janjian jutaan ringgit di lafaz untuk kemudahan rakyat.. kata mereka. Kat sana janjian kerajaan atas projek bernilai sepuluh juta.. kemudian disana projek bernilai 50 juta.. di sana lagi 20 juta pulak ... merata tempat akan dijalankan projek berjuta-juta ringgit.. kekadang aku turut bertanya.. begitu kayakah Malaysia ini sehingga merata-rata bumi Malaysia ini akan wujud projek berjuta-juta... sekarang ni dimerata tempat di adakan majlis pecah tanah, majlis meletakkan batu asas, majlis itu majlis ini.. yang entah zaman bila akan mula projek sebanarnya akan di jalankan ... aku bosan dengan janji-janji manis ini..
Tolonglah semua bangun dan berfikir.. buat sedikit kajian.. gunakan otak anda yang Allah berikan untuk menilai .. cukuplah kita dijajah pada zaman dahulu kala.. minda kita perlu terbuka dan perlu mula berfikir mana yang realistic mana yang hanya lakonan semata-mata.. jangan hanya bergantung pada media-media kerajaan sahaja.. celikkan minda anda, bukalah mata luas-luas agar keadilan di kecapi semua...
Bagi aku 8 haribulan ini adalah penentu ... jangan salah pangkah ..ubah sebelum parah...
No comments:
Post a Comment