Ada lagi seminggu masa untuk berkempen di Malaysia nih. Masing-masing cuba untuk melakukan yang terbaik untuk party mereka. Termasuk yang cuba memburuk-burukan dan membusuk-busukkan party pihak lawan. Terpulang kepada pengundi untuk menerima. Semua telah cukup cerdik untuk menilai mana yang betul mana yang tipu. Cuba jangan cuma bergantung pada media-media kerajaan sahaja.
Cuma aku rasa sedih bila ada yang menolak bulat-bulat dan ada juga yang menerima bulat-bulat segala tomahan atau cerita-cerita baik dari party pemerintah atau party lawan. Jangan jadi seperti burung di dalam sangkar sekadar duduk, tunggu dan terima apa yang tuan mereka berikan...
Aku memang betul-betul tak puas hati .. belajar jer tinggi, isi dalmnya kosong, cuba gunakan minda dan otak yang Allah anugerahkan kepada anda tuh untuk berfikir dan mencari apakah apa yang mereka baca tuh betul atau pun tipu semata-mata. Bukan aku nak suruh korang terima bulat-bulat apa yang korang dapat, dengar atau lihat tuh.. tapi sekarang nih korang boleh carik sendiri melalui web-web, sama ada apa yang mereka cakap itu betul atau pun tidak ... tanya orang lain yang lebih arif... masa nih laa kita boleh menilai mana yang baik atau buruk .. memang kita tak dapat apapun kalau kita sengaja sibuk-sibuk nak mengkaji dan mnilai apa yang berlaku.. tapi sekurang-kurangnya bila di Akhirat nanti bila kita ditanya apa yang telah kita lakukan untuk agama dan bangsa kita sekurang0-kurang kita telah lakukan sesuatu ... memang betul tak semua orang perfect tapi menjadi tanggung jawab kita untuk pilih yang terbaik .... ini bukan main-main bib.. bukan suka-suka.. ini juga amanah Allah.. jangan sekadar duduk tanpa melakukan apa-apa...

Cuba buat sesuatu yang berguna untuk diri sendiri, untuk bangsa, Agama dan negara korang tuh.. kalau sekadar duduk dan menanti apa sahaja yang datang tanpa berbuat apa-apa, aku rasa korang adalah makhluk yang paling tidak berguna di dunia ini... paling tidak patut hidup di muka bumi ini... semua benda tak akan datang bergolek tanpa usaha... jangan jadi Pak turut tanpa usul periksa... siasat dan cari buktinya.. kalau dah ada bukti dan dah tentu sourcenya dari mana baru korang boleh menilai ... nilai dengan otak.. dengan minda bukan dengan hati...
Korang tahu tak apa kah tugas kita sebagai khalifah di muka bumi ini.. kita hendaklah sentiasa pesan-memesan antara satu sama lain.. tugas kita jugak sentiasa ingat-mengingati antara satu dengan yang lain. Jadi tugas kita yang mencari segala fakta yang benar dan berguna bukan sekadar melihat dan menuggu apa keputusannya nanti... kita ada hak kita untuk mencari jawapan sebenar. Cuba buka minda cari apa yang korang ingin tahu... kalau korang rasa fakta opposition party atau ruling party itu tidak betul cuba siasat sendiri. Atau bila korang rasa itu betul tak semestinya betul ... bangun laa ... cukup laa selama ini kita tertidur dengan lagu-lagu dunia dan segala tipu daya dunia.. bangun berfikir dan bertindak ...
Dan paling menyedihkan ialah apabila mereka bercakap pasal hiburan... sanggup pulak mereka ini bermati-matian mencari sampai ke lubang cacing, bukak internet, berhabissan duit beli URTV, beli Mangga hanya nak tengok gambar Faizal Tahir yang menyanyi sambil bukak baju. Sampai nak tahu Faizal pakai seluar dalam warna apa, size berapa.. dan ada yang tak sabar-sabar nak tahu siapakah pengacara Akademi Fantasia untuk musim akan datang atau sibuk nak tahu artis nih nak kawin dengan sapa.. artis mana yang dah bercerai.. betul ker artis nih beraksi lucah .. sampai tak tidur malam fikirkan benda-benda lagha macam nih.. dan topic yang tidak ilmiah inilah yang menjadi topic perbincangan paling hangat di setiap perjumpaan ... adushhh.. sedih aku dengan manusia-manusia yang bergelar Melayu sekarang ini.... Ini barulah dikatakan Typical Malay yang hanya dahagakan hiburan tanpa ada terdetik dihati mereka untuk membela nasib diri sendiri, Agama dan Bangsa mereka. Sungguh memalukan. Cakap bukan main pandai ... tapi kosong... hampeh ...
Mungkin betul laaa... Segala usaha untuk menyampaikan kebaikan dan kebenaran semakin mendapat tentangan, sekatan dan halangan manakala segala hiburan terus ditaja dan di bangga-banggakan ...
Aku sedar aku bukan seorang yang pandai untuk menilai.... (cuma mungkin aku sedikit genius dari korang .. ahaks). Aku bukan tergolong dari kategory yang bijak berfikir dan bukan ahli falsafah yang bijak berkata-kata... Aku sendiri pun masih jahil dan masih mencari-cari.. dan akan sentiasa belajar dan mencari ... aku rasa kita patut sama-sama mencari kebenaran atas apa yang telah berlaku dan akan berlaku kelak... jangan tidur lagi bangun dan berfikir.. bertindak apa yang mampu ...

No comments:
Post a Comment