Saturday, February 23, 2008

Penyambung Impian aku yang dah lama musnah ...


Mereka sahaja yang dapat meneruskan cita-cita aku untuk berjaya dalam bidang yang pernah aku ceburi dulu, suatu ketika dahulu, yup .. sapa lagi kalau bukan anak-anak aku .. anak-anak aku yang akan lakukannya...
Ini semua kisah lama ... cerita lama mengenai aku dan aktiviti lasak dan penuh adengan ganas yang telah aku kuburkan menjadi sejarah hidup aku yang penuh nostalgic. Satu masa dahulu aku selalu beraksi di gelanggang. Aku tahu aku tak pernah menjadi juara sesuatu pertandingan pun.. aku akan gugup bila aku mengetahu aku akan bertemu lawan yang sama hebat dengan aku ... setiap kali pertandingan untuk menentukan siapa juara dan naib juara.. aku lebih bertindak untuk tidak mahu beraksi dengan sepenuh hati.. darah aku akan menjadi beku.. aku jadi tikus yang takutkan kucing... akhirnya aku akan kalah dalam pertandingan akhir dan hanya akan bergelar naib juara... dan kali ini aku akan pastikan anak-anak aku akan sentiasa di tingat teratas..

No comments: