Aku betul-betul tak sangka yang aku telah mampu menjalankan satu lagi tanggung jawab besar terhadap ank perempuan aku.. dan tanggungjawab yang baru aku lakukan itu benar-benar mencabar minda dan tahap kedewasaan aku sebagai seorang wanita dan juga seorang ibu.
Balik dari office, sempena bring Kids to office day hari tuh.. soalan yang sama di ajukan bertubi-tubi kepada aku. Perasaan tidak puas hati anak perempuan sulung aku itu memang tidak dapat dibendung.. dia pelik dan seolah-olah benar-benar tidak faham dan dia seolah-olah tahu ada sesuatu yang sedang aku sembunyikan... mungkin kerana tindakan aku benar-benar bertentangan dengan apa yang sedang aku tanamkan ke dalam hati dan sanubari mereka.. agar betul-betul sebati.. agar suatu hari nanti amalan itu benar-benar dilakukan sebagai satu kewajipan yang tidak mungkin akan ditingalkan...
"Mak... kita dah 3 kali tak sembahyang.. tadi Zuhur dengan Asar.. nih Maghrib pun tak sembahyang jugak ker...??? kenapa hari nih tak sembahyang...???" tanya anak aku Nabilah pelik ...
Aku memang tidak akan ada toleransi kalau mereka meninggalkan mana-mana fardhu wajip itu.. aku akan menyinga .. marah dan jauh disudut hati aku berdoa agar mereka sama-sekali tidak akan meninggalkan solat lima waktu itu.. tapi kali ini aku langsung tidak menyuruhnya.. malah aku sendiri meninggalkannya .. apa alasan aku.. apa jawapan yang perlu aku beri kan... arghhh.. aku kelu sebentar.. kepala otak aku seakan-akan terhenti.. aku seperti tidak bernafas entah ... apa aku perlu menjawabnya atau aku perlu melarikan diri lagi dari soalan itu...
Ini bukan kali pertama pertanyaan itu di ajukan.. sudah banyak kali.. tapi sebelum ini aku masih mampu memberi alasan dan sorok-sorok menyatakan bahawa aku telah melakukan ibadah itu tadi.. dan ada juga sesekali dia mengajukan soalan itu jika ustazahnya tidak dapat mengajarnya mengaji dengan alasan ustazah cuti ...
"Cuti??? ada ker ustazah kata dia cuti mak... dia tak ajar ngaji dangan sembahyang hari nih.. mana boleh cuti-cuti sembahyang ...nanti tuhan marah baru tahu" ulasnya tak puas hati...
"Nanti masuk api nekara (neraka) kan mak .. " sambung adik Nayli yang sudah hampir melelapkan matanya.
"Neraka laa dik bukan nekara..." ajar kakak yang memang takut benar bila perkataan neraka itu disebut...
Kali ini aku perlu bagi tahunya.. bagaimana yek cara paling mudah untuk dia mengerti apa yang aku cuba beritahu..
Ok.. aku perlu mulakan perbincangan.. "kakak nak tahu kenapa mak tak sembahyang hari nih..???"
"Kenapa.. " tanyanya sambil melapah ayam KFC yang baru aku beli tadi.. adik sudah nyenyak tidur di bahagian sit belakang kereta...
Aku mengambil nafas panjang sebelum memulakan penerangan.
"Kita.. orang perempuan nih tuhan jadikan terlalu istimewa .. tuhan bagi kita cuti setiap ujung bulan. Abah, atuk ayah andak, ayahngah semua tak ada cuti sembahyang.. semua orang lelaki tak ada cuti..."
Dia pandang aku pelik...
Macam mana yek nak explain dalam bahasa yang paling mudah.. arghh... aku buntu...
"Dalam badan kita nih ada hormon .. bila hormon tuh cukup satu pusingan .. nanti orang perempuan sakit-sakit sikit.. sakit perut.. lepas tuh nanti ada keluar darah..."
"Darah ??? kat mana..???"
"Kat situ.. aku tunjuk ... "
Iye??? dia terkejut dan seperti ngeri tidak percaya.
"Darah tuh kita panggil darah haid.. atau darah kotor atau cakap org putih period... bila datang period orang perempuan tak boleh sembahyang .. Allah bagi cuti... tak yah puasa.. tak boleh ngaji, tak boleh pegang Quran... orang kata masa tuh kita dalam keadaan kotor... kalau sembahyang atau pegang Quran masa ada darah nanti berdosa..."
"Kan kakak dah belajar darah tuh pun salah satu kategory najis kan... so.. bila ada darah kita kena bersihkan dulu baru tempat tuh bersih... ingat tak??? Jadinya darah haid nih nanti datang lebih kurang 7 hingga 10 hari.. bila dah tak ada darah.. kita kena mandi wajib dulu bersihkan diri dan baru kita akan bersih semula.. baru boleh sembahyang dan buat semua Ibadah balik... "
"Lepas datng haid tuh sapa yang tak sembahyang.. tak tutup aurat... tinggalkan suruhan Allah berdosa ... dosa besar tuh tinggalkan perkara wajib'" sambung aku lagi
"Hmmm... " dia pandang aku cuba untuk memahamkan segala butiran ceramah dari mulut aku.
"Kakak faham tak? Tak apa nanti tak lama lagi kakak belajar... "
"Oooo.. mak sekarang nih tengah datang haid laa..." tanyanya seolah-olah benar-benar faham...
"Ha ah.. tu laa sebab mak pakai pampers orang besar tuh.. takut nanti darah tuh keluar .. nanti stain kat baju pulak ... malu lah "
"Oooo.. pampers orang besar tuh sebab mak datang haid laaa... "
"Exactly .. correct.. " jawab aku...
Aku menghela nafas panjang sambil memandu laju, untuk segera pulang ... mungkin dia tak berapa pasti lagi dengan perbincangan tadi .. tapi sekurang-kurangnya aku telah menjalankan tanggung jawab aku sebagai seorang ibu.. banyak lagi yang perlu dia tahu..
Dan aku ... juga seolah-olah admit yang wanita itu betul-betul istimewa... memang benar Allah jadikan perempuan itu terlalu istimewa....
Freud kata mind is just like an iceberg...only 10% of an iceberg is visible (conscious) whereas the other 90% is beneath the water (preconscious and unconscious)... betul ke ??? entah check it out....
Thursday, May 29, 2008
Saturday, May 24, 2008
Dalam kenangan ..
Alhamdullilah .. aku sudah mempu melupakan segala apa yang terjadi ke atas aku .. ya .. mungkin semangat aku sudah kembali .. sudah kembali pulih seperti dahulu ...
Saat dalam bilik procedure itu amat sekejap.. hanya sebentar tadi aku tertidur dan segalanya telah berakhir macam mimpi..
Memang benar .. aku di masukkan ke wad sesudah bersetuju untuk melakukan procedure D & C itu dengar kadar segera.. Pelbagai ujian di lakukan.. darah aku di ambil ... aku betul betul takut .. entah apa yang hendak ditakutkan...aku sendiri pun tidak mengerti akan diri aku.. aku biarkan sahaja perasaan itu kerana aku tahu walau bagaimana takut sekali pun aku tetap akan melakukan procedure itu ...
Seperti biasa.. lampu-lampu putih menghias syiling Operation Theater aku tatap ... aku kurang senang dengan segala benda yang penuh mengerikan itu... mujur laa doktor yang menjalankan procedure begitu baik.. aku serba sedikit terhibur dengan keletah doktor-doktor dan nurse-nurse di dalam bilik itu ... mungkin itu salah satu tugas mereka.. menghiburkan pesakir agar tidak terlalu takut berhadapan dengan segala kemungkinan ....terima kasih..
"Ok.. saya nak inject ubat bius... awak akan lena kejap lagi.. ok tak ..?? "
All yours doktor.. buat la apa sahaja aku sudah tidak mampu melawan... detik hati aku sampai angguk dan senyum tawar tanda aku bersetuju..
terdengar lafaz bismillah dari kedua-dua doktor.. aku lantas mengucapkan 2 kalimah syahadah tanda aku bersedia untuk apa sahaja kemungkinan yang mendatang.. tak sampai beberapa saat aku sudah tidak sedar..
"Azlina .. Azlina ... buka mata ... Alhamdullilah semua dah siap..."
Aku sedar setalah nama aku di sebut beberapa kali.. aku bangun dan syukur aku masih lagi bernafas..
Doktor kata semua berjalan lancar... dan specimen tuh banyak jugak kata doktor lagi.. bermakna bayi yangaku kandung tuh agak sudah besar juga laah ...
Aku pulang ke rumah setelah selama 2 hari satu malam di hospital... sampai di rumah ... aku tatap baju-baju mengandung aku yang telah tersedia bersangkut tanda aku sudah bersedia untuk memakainya .. kini tidak lagi... Aku cuba kawal perasaan aku.. aku cuba melupakan segalanya.. aku anggap rezeki itu bukan milik aku lagi.. aku tahu Allah akan sentiasabsifat belas kepada hambanya .. aku juga cuba menerima bahawa suatu hari nanti Allah juga akan mengantikan segalanya dengan yang lebih baik.. lebih baik dari ini Insyallah
Bring Kids to Office Day ..
Semalam ofice aku buta program Bring Kids to Office. Bukan main excited lagi dia orang nak tengok office mak dia ... ye laa .. bunyi macam grand giler jer.. KLCC ... so the program started at 3:30 pm Friday.. berkumpul kat loby KLCC Tower 2 wing sebelah kiri... lepas dengar briefing from Safety kita org boleh laa terus gi office kat area tempat kerja aku ... pergh kagum gila bebudak tuh tengok .. tuh belum kalau aku duk dalam bilik lagi (in my dream) ... heheh ... sabar yer mana tahu tetiba aku dapat jadi boss ker oleh laa aku ada bilik sendiri..
Lepas tuh acara makan-makan pulak..
Last acara yang paling anak-anak aku pergi .. Naik bridge..
So much fun together ngan bebudak tuh sampai Nayli tertidur-tidur on the way to Parking lot..
Hmm the program memang bagus tapi perlu banyak improvement .. so congratulations to all committee ...

Tuesday, May 20, 2008
Friday, May 16, 2008
Tak tahan lagi ...
Aku sedang dalam keadaan yang membimbangkan ... sama ada aku masih boleh bertahan... atau aku patut melawan ... atau aku patut mengaku kalah ...
Buat masa sekarang ini aku akan cuba sedaya upaya untuk melawan.. aku perlu kuat dengan segala macam jenis cacian, hinaan, cerca dan pelbagai yang sekali-sekala buat aku rasa betul-betul terhina ... terkadang segala kata-kata mereka itu juga buat aku betul-betul memberontak dan ingin betul-betul melawan... apatah lagi segala hinaan itu datang dari orang terdekat... dari mereka yang tergolong dari orang-orang tersayang ... dari kaum kerabat... dari ahli keluarga... dan kali ini sememangnya aku tak tahan lagi ...
Ejekan-ejekan dari suami aku dan anak-anak membuatkan aku betul-betul dalam keadaan stressed, depressed ... dari manusia-manusia yang bergelar kawan... rakan sekerja.. yang saban hari menegur akan kedaan dan penampilan aku ... tidak.. bagi aku ini semua seolah-olah mimpi ngeri... aku perlu keluar dari kepompong ini.. aku perlu keluar dari status ini.. status yang membuatkan aku jadi tidak menentu... jadi hilang keyakinan diri.. hilang pertimbangan ... tolong, tolong beri aku masa ... bagi aku sedikit masa untuk aku berubah dari panggilan-panggilan yang sungguh memedihkan telinga dan hati aku...
Yea.. aku akan berubah ... benar, aku rasa sudah masanya untuk aku mula berubah... mula bertindak agressif .. aku perlu lawan ... itu yang perlu aku lakukan sekarang ini ... aku akan kuatkan semangat aku.. aku akan lawan aku akan buktikan bahawa aku mampu ... aku mampu untuk terus berjuang aku perlu berjuang... berjuang untuk untuk... rrrrrrrr..... untuk... untuk rmmm... untuk kurus.... yealah.. aku nak kurus .. kurus... dan terus kurus...
argghhhhh .... !!!!! berat badan aku semakin melonjak-lonjak naik ... lemak-lemak di sekitar anggota badan aku seperti ingin sangat melihat dunia diluar sana ... semakin terbonjol-bonjol keluar.... Levis mahal aku sudah semakin sendat... baju ala-ala seksi sudah tidak menampakkan keseksiannya lagi.. sudah semakin siksa untuk disarungkan... blouse-blouse yang dahulunya sedang elok dengan potongan badan aku dahulu ... sudah tidak lagi menampakkan lentuk yang mengiurkan ...sudah semakin memualkan ...
Memang betul aku perlu berubah.. mungkin betul kata suami aku.. segala hinaan dan cabaran yang di simbahkan adalah sebenarnya untuk kebaikan aku ... kini aku sahut cabaran itu dengan penuh berani dan tegar ... cuma beri aku sedikit masa .. aku akan kurus .. aku pasti akan kurus ... kerana kini aku sudah tak tahan lagi.....!!!!

Sunday, May 11, 2008
Selamat Hari Ibu
Tidak langsung aku mampu berfikir untuk dapat membalas segala yang telah dia curahkan selama ini ... tidak terdaya langsung untuk membalasnya .. cuma aku harap saban hari aku mampu dapat membahagiakannya, menyayanginya.. melihat dia tersenyum dan ketawa tanpa ada lagi sebak di hatinya ...
Selamat Hari Ibu ... terima kasih atas segala pengorbanan yang dicurahkan ...
hanya itu yang mampu aku lafazkan ...
Selamat Hari Ibu ... terima kasih atas segala pengorbanan yang dicurahkan ...
hanya itu yang mampu aku lafazkan ...
Wednesday, May 7, 2008
Bahan-bahan arkib ...
Tetiba aku jadi begitu nostalgia dengan kenangan-kenangan Sekolah Rendah .. dan terima kasih kepada facebook yang telah menemukan kengkawan sekolah rendah aku .. aku jugak betul-beul berterima kasih diatas gambar-gambar yang aku muat kan dalam blog aku kali ini .. semuanya aku amik dari face book ...
Sekolah Rendah Kebangsan Datuk Palembang
Dan gagambar aku yang masih menjadi bahan arkib aku .. tapi gila kelakar muka sengsorang... kontol giler ...
Thursday, May 1, 2008
Roti Jala dengan Kari Ayam ...
Hmm .. lama tak masak .. selama aku mengandung hari tuh .. aku memang tak boleh masak .. alah sikit dengan bau menumis.. jadinya kalau tak makan kat kedai hubby aku yang masak.. dan baru hari nih aku start masak balik .. kebetulan Nabilah pagi tadi merajuk tak dapat makan roti jala.. puas cari kat kedai tak ada jual pulak.. untuk tidak menghampakan peminat .. aku pujuk dia dengan janji akan masakkan roti jala yang dah berkurun lama aku tak masak.. leceh laa nak menjala lepas tuh nak gulung pulak ..
So.. lepas makan tengah hari tadi, dia dah start tanya bila aku nak start masak roti jala untuk dia ... aku pun sebab dah janji punya pasal.. mula laa merangkak kat daput.. walaupun gila laa punya malas... tapi anak punya pasal aku kuatkan semangat jugak ... aku dah siap masak kari ayam untuk lunch tadi so that aku tak yah laa nak masak kari lagi untuk roti jala nih ...
Dan Nabilah suka sangat pasal aku bagi permision untuk tolong since Nayli tidur.. kalau dua-dua tolong memang tak jadik kerja.. anyway we are really enjoy cooking together ...
Ok laa jom..
Roti jala
Air dalam 1 cawan (sorry aku lupa nak kira betul-betul)
Tepung 1 cawan
Garam
Kunyit
Pewarna kuning
Telur 1 biji
Minyak sapi
Cara:
Untuk memudahkan dan mempercepatkan keadaan... masukkan kesemua bahan di atas ke dalam blender. Blendkan sekali.. kalau rasa pekat sangat tambahkan air jer... jangan cair sangat nanti bila nak menjala susah .. ok panas kan kuali leper ... hmm.. ikat daun pandan. Daun pandan nih digunakan untuk menyapu minyak sapi kat atas kuali leper tuh nanti... owh .. pakai minyak sapi lagi sedap dari pakai minyak biasa untuk memasak roti jala nih... sapu minyak dan boleh la start menjala ... ikut suka laa nak buat cam mana lepas tuh.. ada orang suka gulung ada orang suka lipat-lipat jadi 3 segi... yang penting nampak cam roti jala kira ok laa tue..
Kari ayam:
Bawang putih
Bawang merah
halia
daun kari
kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga
santan
ayam
kentang
rempah kari
daun pandan
Cara :
Tumis laa daun kari dengan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga. Kemudian masukkan pulak bawang putih, bawang merah, halia yang dah dihiris senhingga garing. Bila dah garing masukkan rempah kari yang dah dicampur air atau santan. Tumis sehinga garing. Bila dah garing masukkan ayam yang dah di potong dadu (kalau nak bagi tetamu makan potong dadu laa ayam dan kentang tuh, tapi kalau time aku malas aku belasah jer potong macam masak kari biasa) biar sampai kecut dan tambah laa santan cair... masukkan kentang.. tunggu ayam dan kentang masak. Masukkan daun pandan.. nanti wangi daun pandan tuh menyedapkan lagi kari tuh kalau tak nak pun tak apa.. masukkan sedikit asam jawa. Masukkan garam. Masukkan santan pekat pulak. Tunggu sampai memdidih boleh laa angkat. Dah boleh makan dengan roti jala tadi.
Surah-surah pilihan ketika mengandung ...
Hmm.. aku pernah janji yang aku akan tuliskan tips-tips untuk ibu-ibu mengandung. Aku tak lupa.. cuma mungkin sekarang aku terlalu sibuk dengan kerja-kerja yang telah lama tertunggang di office, dan bila tiba di rumah aku dah terlalu penat untuk menjengah bolg.. atau mungkin aku terlalu sibuk untuk membiasakan diri dengan Facebook teman baru aku... atau mungkin hati aku masih sayu untuk bercerita mengenai kisah-kisah seperti ini .... tak apalah.. aku perlu mematuhi janji yang pernah aku lafazkan ... mungkin hari nih masa yang terbaik aku titipkan sedikit panduan untuk ibu-ibu mengandung...
Ada beberapa amalan yang selalu aku lakukan semasa aku mengandung...ada beberapa surah pilihan untuk dibaca ketika mengandung untuk mendapat anak-anak yang soleh, bijak dan segala yang terbaik...
Aku mulakan dengan bacan surah yang bagus untuk di amalkan semasa mengandung .. amalan-amalan ini pun atas nasihat mak dan beberapa ustazah lain.. dan ada jugak dari buku-buku dan majalah yang aku baca...
1) Surah Al-Fatihah , Ayat kursi dan Al Baqarah - untuk menghalang dari gangguan syaitan, jin dan iblis.
2) Membaca surah Yassin dari awal hingga akhir - agar mendapat anak yang soleh dan kalau tak salah ibu Adi Putra juga mengamalkannya setiap hari semasa mengandungkan Adi Putra)
3) Membaca Surah Taubah
4) Membaca Surah Yusof - agar mendapat anak yang soleh, sihat, cantik daan sempurna.
5) Membaca Surah Luqman - agar mendapat anak yang soleh dan taat
6) Membaca Surah Maryam - untuk mendapat anak yang sabar dan taat
Nih antara surah-surah yang terpilih untuk dibaca semasa mengandung. Tapi bukan ermakna surah lain tak bagus di baca.. tapi mungkin makna ayat dari surah-surah tersebut lebih kepada yang berbentuk nasihat, pengajaran dan doa untuk anak-anak kita.
Nanti yek aku sambung lagi ...

Subscribe to:
Posts (Atom)