Thursday, May 29, 2008

Kenapa hari nih tak sembahyang???

Aku betul-betul tak sangka yang aku telah mampu menjalankan satu lagi tanggung jawab besar terhadap ank perempuan aku.. dan tanggungjawab yang baru aku lakukan itu benar-benar mencabar minda dan tahap kedewasaan aku sebagai seorang wanita dan juga seorang ibu.

Balik dari office, sempena bring Kids to office day hari tuh.. soalan yang sama di ajukan bertubi-tubi kepada aku. Perasaan tidak puas hati anak perempuan sulung aku itu memang tidak dapat dibendung.. dia pelik dan seolah-olah benar-benar tidak faham dan dia seolah-olah tahu ada sesuatu yang sedang aku sembunyikan... mungkin kerana tindakan aku benar-benar bertentangan dengan apa yang sedang aku tanamkan ke dalam hati dan sanubari mereka.. agar betul-betul sebati.. agar suatu hari nanti amalan itu benar-benar dilakukan sebagai satu kewajipan yang tidak mungkin akan ditingalkan...

"Mak... kita dah 3 kali tak sembahyang.. tadi Zuhur dengan Asar.. nih Maghrib pun tak sembahyang jugak ker...??? kenapa hari nih tak sembahyang...???" tanya anak aku Nabilah pelik ...

Aku memang tidak akan ada toleransi kalau mereka meninggalkan mana-mana fardhu wajip itu.. aku akan menyinga .. marah dan jauh disudut hati aku berdoa agar mereka sama-sekali tidak akan meninggalkan solat lima waktu itu.. tapi kali ini aku langsung tidak menyuruhnya.. malah aku sendiri meninggalkannya .. apa alasan aku.. apa jawapan yang perlu aku beri kan... arghhh.. aku kelu sebentar.. kepala otak aku seakan-akan terhenti.. aku seperti tidak bernafas entah ... apa aku perlu menjawabnya atau aku perlu melarikan diri lagi dari soalan itu...

Ini bukan kali pertama pertanyaan itu di ajukan.. sudah banyak kali.. tapi sebelum ini aku masih mampu memberi alasan dan sorok-sorok menyatakan bahawa aku telah melakukan ibadah itu tadi.. dan ada juga sesekali dia mengajukan soalan itu jika ustazahnya tidak dapat mengajarnya mengaji dengan alasan ustazah cuti ...

"Cuti??? ada ker ustazah kata dia cuti mak... dia tak ajar ngaji dangan sembahyang hari nih.. mana boleh cuti-cuti sembahyang ...nanti tuhan marah baru tahu" ulasnya tak puas hati...

"Nanti masuk api nekara (neraka) kan mak .. " sambung adik Nayli yang sudah hampir melelapkan matanya.

"Neraka laa dik bukan nekara..." ajar kakak yang memang takut benar bila perkataan neraka itu disebut...

Kali ini aku perlu bagi tahunya.. bagaimana yek cara paling mudah untuk dia mengerti apa yang aku cuba beritahu..

Ok.. aku perlu mulakan perbincangan.. "kakak nak tahu kenapa mak tak sembahyang hari nih..???"

"Kenapa.. " tanyanya sambil melapah ayam KFC yang baru aku beli tadi.. adik sudah nyenyak tidur di bahagian sit belakang kereta...

Aku mengambil nafas panjang sebelum memulakan penerangan.

"Kita.. orang perempuan nih tuhan jadikan terlalu istimewa .. tuhan bagi kita cuti setiap ujung bulan. Abah, atuk ayah andak, ayahngah semua tak ada cuti sembahyang.. semua orang lelaki tak ada cuti..."

Dia pandang aku pelik...

Macam mana yek nak explain dalam bahasa yang paling mudah.. arghh... aku buntu...

"Dalam badan kita nih ada hormon .. bila hormon tuh cukup satu pusingan .. nanti orang perempuan sakit-sakit sikit.. sakit perut.. lepas tuh nanti ada keluar darah..."

"Darah ??? kat mana..???"

"Kat situ.. aku tunjuk ... "

Iye??? dia terkejut dan seperti ngeri tidak percaya.

"Darah tuh kita panggil darah haid.. atau darah kotor atau cakap org putih period... bila datang period orang perempuan tak boleh sembahyang .. Allah bagi cuti... tak yah puasa.. tak boleh ngaji, tak boleh pegang Quran... orang kata masa tuh kita dalam keadaan kotor... kalau sembahyang atau pegang Quran masa ada darah nanti berdosa..."

"Kan kakak dah belajar darah tuh pun salah satu kategory najis kan... so.. bila ada darah kita kena bersihkan dulu baru tempat tuh bersih... ingat tak??? Jadinya darah haid nih nanti datang lebih kurang 7 hingga 10 hari.. bila dah tak ada darah.. kita kena mandi wajib dulu bersihkan diri dan baru kita akan bersih semula.. baru boleh sembahyang dan buat semua Ibadah balik... "

"Lepas datng haid tuh sapa yang tak sembahyang.. tak tutup aurat... tinggalkan suruhan Allah berdosa ... dosa besar tuh tinggalkan perkara wajib'" sambung aku lagi

"Hmmm... " dia pandang aku cuba untuk memahamkan segala butiran ceramah dari mulut aku.

"Kakak faham tak? Tak apa nanti tak lama lagi kakak belajar... "

"Oooo.. mak sekarang nih tengah datang haid laa..." tanyanya seolah-olah benar-benar faham...

"Ha ah.. tu laa sebab mak pakai pampers orang besar tuh.. takut nanti darah tuh keluar .. nanti stain kat baju pulak ... malu lah "

"Oooo.. pampers orang besar tuh sebab mak datang haid laaa... "

"Exactly .. correct.. " jawab aku...

Aku menghela nafas panjang sambil memandu laju, untuk segera pulang ... mungkin dia tak berapa pasti lagi dengan perbincangan tadi .. tapi sekurang-kurangnya aku telah menjalankan tanggung jawab aku sebagai seorang ibu.. banyak lagi yang perlu dia tahu..

Dan aku ... juga seolah-olah admit yang wanita itu betul-betul istimewa... memang benar Allah jadikan perempuan itu terlalu istimewa....

No comments: