Freud kata mind is just like an iceberg...only 10% of an iceberg is visible (conscious) whereas the other 90% is beneath the water (preconscious and unconscious)... betul ke ??? entah check it out....
Saturday, May 24, 2008
Dalam kenangan ..
Alhamdullilah .. aku sudah mempu melupakan segala apa yang terjadi ke atas aku .. ya .. mungkin semangat aku sudah kembali .. sudah kembali pulih seperti dahulu ...
Saat dalam bilik procedure itu amat sekejap.. hanya sebentar tadi aku tertidur dan segalanya telah berakhir macam mimpi..
Memang benar .. aku di masukkan ke wad sesudah bersetuju untuk melakukan procedure D & C itu dengar kadar segera.. Pelbagai ujian di lakukan.. darah aku di ambil ... aku betul betul takut .. entah apa yang hendak ditakutkan...aku sendiri pun tidak mengerti akan diri aku.. aku biarkan sahaja perasaan itu kerana aku tahu walau bagaimana takut sekali pun aku tetap akan melakukan procedure itu ...
Seperti biasa.. lampu-lampu putih menghias syiling Operation Theater aku tatap ... aku kurang senang dengan segala benda yang penuh mengerikan itu... mujur laa doktor yang menjalankan procedure begitu baik.. aku serba sedikit terhibur dengan keletah doktor-doktor dan nurse-nurse di dalam bilik itu ... mungkin itu salah satu tugas mereka.. menghiburkan pesakir agar tidak terlalu takut berhadapan dengan segala kemungkinan ....terima kasih..
"Ok.. saya nak inject ubat bius... awak akan lena kejap lagi.. ok tak ..?? "
All yours doktor.. buat la apa sahaja aku sudah tidak mampu melawan... detik hati aku sampai angguk dan senyum tawar tanda aku bersetuju..
terdengar lafaz bismillah dari kedua-dua doktor.. aku lantas mengucapkan 2 kalimah syahadah tanda aku bersedia untuk apa sahaja kemungkinan yang mendatang.. tak sampai beberapa saat aku sudah tidak sedar..
"Azlina .. Azlina ... buka mata ... Alhamdullilah semua dah siap..."
Aku sedar setalah nama aku di sebut beberapa kali.. aku bangun dan syukur aku masih lagi bernafas..
Doktor kata semua berjalan lancar... dan specimen tuh banyak jugak kata doktor lagi.. bermakna bayi yangaku kandung tuh agak sudah besar juga laah ...
Aku pulang ke rumah setelah selama 2 hari satu malam di hospital... sampai di rumah ... aku tatap baju-baju mengandung aku yang telah tersedia bersangkut tanda aku sudah bersedia untuk memakainya .. kini tidak lagi... Aku cuba kawal perasaan aku.. aku cuba melupakan segalanya.. aku anggap rezeki itu bukan milik aku lagi.. aku tahu Allah akan sentiasabsifat belas kepada hambanya .. aku juga cuba menerima bahawa suatu hari nanti Allah juga akan mengantikan segalanya dengan yang lebih baik.. lebih baik dari ini Insyallah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment