Thursday, May 1, 2008

Surah-surah pilihan ketika mengandung ...

Hmm.. aku pernah janji yang aku akan tuliskan tips-tips untuk ibu-ibu mengandung. Aku tak lupa.. cuma mungkin sekarang aku terlalu sibuk dengan kerja-kerja yang telah lama tertunggang di office, dan bila tiba di rumah aku dah terlalu penat untuk menjengah bolg.. atau mungkin aku terlalu sibuk untuk membiasakan diri dengan Facebook teman baru aku... atau mungkin hati aku masih sayu untuk bercerita mengenai kisah-kisah seperti ini .... tak apalah.. aku perlu mematuhi janji yang pernah aku lafazkan ... mungkin hari nih masa yang terbaik aku titipkan sedikit panduan untuk ibu-ibu mengandung...

Ada beberapa amalan yang selalu aku lakukan semasa aku mengandung...ada beberapa surah pilihan untuk dibaca ketika mengandung untuk mendapat anak-anak yang soleh, bijak dan segala yang terbaik...

Aku mulakan dengan bacan surah yang bagus untuk di amalkan semasa mengandung .. amalan-amalan ini pun atas nasihat mak dan beberapa ustazah lain.. dan ada jugak dari buku-buku dan majalah yang aku baca...

1) Surah Al-Fatihah , Ayat kursi dan Al Baqarah - untuk menghalang dari gangguan syaitan, jin dan iblis.
2) Membaca surah Yassin dari awal hingga akhir - agar mendapat anak yang soleh dan kalau tak salah ibu Adi Putra juga mengamalkannya setiap hari semasa mengandungkan Adi Putra)
3) Membaca Surah Taubah
4) Membaca Surah Yusof - agar mendapat anak yang soleh, sihat, cantik daan sempurna.
5) Membaca Surah Luqman - agar mendapat anak yang soleh dan taat
6) Membaca Surah Maryam - untuk mendapat anak yang sabar dan taat

Nih antara surah-surah yang terpilih untuk dibaca semasa mengandung. Tapi bukan ermakna surah lain tak bagus di baca.. tapi mungkin makna ayat dari surah-surah tersebut lebih kepada yang berbentuk nasihat, pengajaran dan doa untuk anak-anak kita.

Nanti yek aku sambung lagi ...

No comments: