Jumaat 2 Januari 2009 | 5 Muharam 1430 Hijrah
Azan dilaung tepat detik 12 malam di Kelantan
Mohd Nor Yahya & Atif Idris
Thu | Jan 01, 09 | 4:36:38 pm MYT
KOTA BHARU, 1 Jan (Hrkh) - Kebiasaannya sambutan tahun baru dihiasi dengan nyanyian artis dan letupan bunga api, namun lain pula apa yang berlaku di Kelantan malam tadi.
sambutan tahun baru yang diadakan serentak bagi 1430 Hijriah dan 2009 Masihi dimulakan dengan solat Maghrib dan Isyak berjemaah di Dataran Stadium.
Dan selepas itu paluan gendang oleh pelbagai kaum dimulakan mewakili masyarakat Melayu, Cina dan India.
Agak menarik juga apabila tempat duduk penonton di dalam Stadium Sultan Mohammad Ke-IV diasingkan antara lelaki dan wanita serta keluarga.
Tema sambutan tahun ini iaitu 'Hijrah Dirai,Masehi Dinanti'.
Berita selanjutnya
No comments:
Post a Comment