Friday, January 9, 2009

Demonstrasi lepas sembahyang Jumaat hari ini...




Kepada semua rakyat Malaysia yang perihatin jangan lupa selepas solat Jumaat hari ini, akan di adakan demonstrasi di hadapan kedutaan , Amerika Syarikat.


* Dan aku ... aku hanya mampu melihat kekejaman yang terus berleluasa ... apa peranan kita sebagai masyarakat Islam di bumi Malaysia ini ... apa tindakan kita.. apa yang harus kita lakukan ...

bak kata Si Penarik Beca dalam postnya -
"Kepada bayi-bayi kecil, kanak-kanak, orang-orang tua, wanita-wanita dan seluruh mustadh'afin Gaza, saya yang penakut ini memohon ampun!!"

aku juga mohon ampun .. cuma apa yang aku lebih takutkan lagi ialah apabila suatu hari nanti bila Allah murka akan umatnya yang tidak bersatu membentras penganayaan .. dan masa itu lah baru kita rasa jerit perit saudara kita di sana... nauzubillah ..

No comments: