Untuk pengetahun semua... sesiapa yang mengenali Sainur Salwa.. HS student UIA year 1999.. kalau tak salah majoring in Sociology telah kematian suaminya minggu lepas. Menurut kata kawan aku suaminya menderita penyakit brain tumor.
Dan ada seorang lagi senior aku year 1998 HS student jugak .. Kak Faridah Tawhed ... dan rasanya majoring in Mass Communication telah meninggal dunia kalau tak salah aku pada dua atau tiga minggu lepas akibat cancer.
Semoga roh mereka dicucuri rahmat.. dan pada Sainur Salwa dan suami arwah kak Ida - Poji .. aku harap dia akan tabah menghadapi ujian Allah yang amat amat berat ini. Allah telah memilih mereka untuk menghadapi ujian berat ini kerana Allah tahu yang mereka merupakan seorang yang kuat dan tabah ... La yukallifullahu nafsan illa wus'aha.
Dan ingatlah .. Allah berhak memberi dan Allah berhak mengambilnya pada bila bila masa sahaja... dan jadikanlah ianya satu dorongan untuk kita yang masih lagi mengecap nikmat Allah ini terus dekatkan diri pada Allah.. tingkatkan amal ibadat... beramallah seolah olah kamu akan mati esoknya dan berusahalah seakan akan kamu akan hidup lebih lama lagi...
No comments:
Post a Comment