Friday, May 29, 2009

Jaya Supermarket Runtuh ...

Terkejut jugak aku bila dengar Jaya Supermarket kat SS 14 runtuh.. bukan apa teringat kisah kisah lampau masa duk kat college dulu.. kat situ laa tempat kita orang beli barang dan melepak.. dan yang paling penting tempat paling dekat untuk berdating hehehehe ...

PETALING JAYA 28 Mei – Dua buruh warga Indonesia maut, manakala lima lagi dikhuatiri masih tertimbus apabila bangunan pusat beli belah Jaya Supermarket setinggi enam tingkat di Seksyen 14 di sini runtuh ketika kerja-kerja mengubah suai dilakukan.

Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 4.45 petang ketika terdapat antara 20 hingga 30 pekerja asing sedang menjalankan kerja-kerja persediaan sebelum merobohkan salah satu blok bangunan itu.


Click sini untuk baca dengan lebih lanjut...

Thursday, May 28, 2009

"ini hari hantar semalam sampai... :"

"Boss I MC for 2 weeks"... kata aku confident betul bercampur sedikit gumbira pasal tak yah gi kerja for 2 weeks...

"Hmm.. ok laa.. take a good rest" kata supervisor aku.. tapi macam sedikit gelabah jerk..

"rrrrr... I ada banyak benda urgent untuk July shut down boss..." jawab aku sedikit cuak dan cuba list kan satu persatu kerja aku...

"Ok ... Tak apa nanti I check tray you..." nanti I call you balik...

Tak sampai sejam telefon aku dah berbunyik dah...dan sejak dari masa dan saat itu laa aku rasa hidup aku miserable sangat ... Hampir dua minggu aku kat rumah nih.. Hand phone aku tak pernah berenti dengan panggilan panggilan keramat dari supervisor aku... tanya itu laa tanya ini laaa.. kena citer dari A sampai Z semua kerja kerja aku yang urgent.. so that dia orang boleh tolong settle kan...hmmm.. baru padan muka dia orang.. kelam kabut di buatnya..

Dan aku pun pelik jugak everytime aku miscarriage.. masa tu laa masa dia orang nak buat shut down kat site .... masa nak shut down tu laa pulak aku miscarriage.. (heheh padan muka dia orang) dan dia orang terpaksa kelam kabut sebab everytime shut down.. I will in charge almost 70% of the items yang dikehendaki dengan kadar segera untuk shut down..

Tapi nasib baik laa mak cik ko nih terer ... aku boleh list down all my work line by line.. boleh kata every line item being stored kat dalam kepala hotak aku dengan baik dan lengkap.. (huhu mok cik perlu bagi a big star kat diri mok cik sendiri di atas kebagusan memory mok cik ) dan mok cik pun tahu yang mok cik memang efficient gitu...hu hu...

Actually everything dah hampir siap sebelum aku MC hari tu.. cuma 20% jer yang dalam process of Award Recommendation before they could proceed with Purchase Order ...dan mana yang aku dah purchase tuh .. dia orang cuma kena pastikan barang barang aku tuh tak sangkut kat mana mana port atau kat mana mana kastam yang dengki tak bagi barang aku lepas .... Dia orang pun perlu pastikan barang yang aku purchased tu sampai before time.. hello before time tau.. macam yang aku buat pada kebiasaan shut down.. so that dia orang boleh check mana mana barang yang dia orang lupa nak order.. (biasalaa... bila orang atasan lupa nak order barang bukan sebab dia orang bangang, bodoh, lembap tapi sebab dia orang terlalu sibuk dengan kerja kerja dia orang ..tapi kalau orang cam aku nih lupa nak place order.. dia orang akan kata kerja cam tu pun tak boleh nak buat... !@#%$$)

Cuma apa yang aku takut bila ada vendor yang buat taik .. lambat deliverkan barang aku.. dan aku akan really really in a deep shit .... dan masa tuh ... aku rasa aku memang dah tak ada pilihan lain ... aku terpaksa guna hikmat Uncle Samy Vellu ... pasal dulu dia pernah kata sistem pos laju kita memang bagus... "ini hari hantar semalam sampai... :"

Tuesday, May 19, 2009

"... boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu ..."




Mungkin itu aja yang mampu aku katakan buat masa sekarang. Ujian yang sama itu datang lagi.... sama seperti tahun lepas... dan seperti 6 tahun yang lalu ... ianya datang lagi buat ketiga kalinya ... tapi Alhamdulillah kali ini mungkin aku lebih tabah.. lebih sabar .. mungkin juga kerana pengalaman sebelum sebelum ini ... atau mungkin juga atas permintaan aku sendiri agar diberikan yang terbaik untuk diri aku dan sekiranya ada apa-apa yang tidak baik dan yang tidak sesuai untuk aku... aku minta dijauhkan dari awal lagi .. mungkin sebab itu aku lebih tabah.... cuma satu sahaaja yang aku harapkan .. aku harapkan agar Allah berikan aku ketabahan yang berlipat kali ganda agar aku lebih tenang menghadapi segala ujianNya ini ....

Kali ini makhluk Allah itu hanya sempat menghuni rahim ini selama 7 minggu... dan aku terpaksa redha dengan kehilangannya lagi.. ketentuan Ilahi bisik hati aku... bukan rezeki aku lagi kali ini .. itu kata Allah... itu Qada dan Qadar Allah ... aku perlu redha... tidak ada apa yang perlu aku tangiskan atau kesalkan... aku tahu apa yang Allah janjikan itulah yang terbaik buat aku dan kelurga aku ... Aku tahu suatu hari nanti Allah pasti akan gantikan dengan yang lebih baik... kalau tidak di dunia mungkin di sana .. di akhirat kelak....

Friday, May 15, 2009

Agar agar Lapis Cokelat


Untuk hari guru hari tu .. balik jer sekolah kakak request nak buat apa apa untuk Hari Guru kat sekolah Agama esok. Hmm... kesian pulak.. walaupun rasa cam dah tak larat sebab dah malam.. aku usaha jugak masak something untuk dia bawak esok.. Aku intai dapur aku.. aku tahu dua benda yang confirm ada ialah agar agar... hmm.. ada koko... ada susu cair ... hehehe buat agar agar koko laaa....

Bahan bahan...

1 plastik agar agar kering
6 gelas air
daun pandan (nak kasi wngi jer kalau tak ada tak apa)
Koko ( aku suka guna koko serbuk Van Houtan)
1 tin susu cair
Gula ( ikut rasa)
2 sudu besar tepung kastard

Memula masakkan agar agar dengan 6 gelas air sampai hancur. Bila dah hancur masukkan gula dalam 2 senduk (ikut rasa). Kacau lagi sampai mendidih dan gula hancur. Masukkan tepung kastard yang dah di campurkan dengan susu cair. Tapis supaya tak berketul. Kecikkan api dan kacau supaya tepung kastard tak berketul. Bila dah mendidih tutup api. Asingkan kepada dua bahagian. Bancuhkan koko dalam 2 sudu besar dengan air panas. Tapiskan sebelum masukkan kat dalam salah satu bahagian tadi. Kacau dan tenggekkan sekejap kat atas api kecik. Satu bahagian tadi biarkan plain... rrr... warna putih laaa... Dah boleh start lapiskan. Mulakan dengan yang putih tuh... bila dah keras lapiskan dengan yang koko tuh.. Make sure garis gariskan dengan garpu sebelum melapiskan bahagian yang seterusnya supaya agar agar tuh melekat antara satu dengan lain.. kalu tak nanti masa potong lapisan tuh tertanggal.dah settle.. masuk dalam peti ais.. potong dan dah boleh makan..

Bleeding or spotting during pregnancy

What should I do if I notice spotting or bleeding when I'm pregnant?

Call your doctor or midwife right away, even if the bleeding seems to have stopped. While it may turn out to be something minor, it could be a sign of a serious problem. You'll probably need an exam to make sure you and your baby are fine and to rule out any complications.

If you're actively bleeding or have severe pain of any kind and can't immediately reach your practitioner, head straight for the emergency room.

How is spotting different from bleeding?

Spotting is very light bleeding, similar to what you may have at the very beginning or end of your period. It can vary in color from pink to red to brown (the color of dried blood).

What can cause spotting or bleeding?

It's not always possible to determine the cause of prenatal spotting or bleeding. Because the blood supply to your cervix and pelvis has increased, it's not unusual to notice spotting after a Pap smear, an internal exam, or sex. Some other culprits include:

Implantation bleeding You may have some light spotting for a day or two at about the time when the fertilized egg burrows into the wall of your uterus. This is a process that starts just six to seven days after fertilization, so you wouldn't even know you were pregnant yet.

Miscarriage or ectopic pregnancy Spotting or bleeding can be an early sign of miscarriage or an ectopic pregnancy, especially if accompanied by abdominal pain or cramping. (Bleeding can also signal a molar pregnancy, a relatively rare condition in which abnormalities in the fertilized egg at conception make it impossible for the embryo to develop or survive.)

Up to a quarter of pregnant women have some spotting or bleeding in early pregnancy, and about half of these women miscarry. But if you have an ultrasound that shows a normal heartbeat between 7 and 11 weeks, your chances of continuing the pregnancy are greater than 90 percent.

Infections Spotting can also be caused by conditions unrelated to pregnancy. A vaginal infection (such as a yeast infection or bacterial vaginosis) or a sexually transmitted infection (such as trichomoniasis, gonorrhea, chlamydia, or herpes) can cause your cervix to become irritated or inflamed. An inflamed cervix is particularly prone to spotting after sex or a Pap smear. You may also spot or bleed after sex or a Pap smear if you have a cervical polyp (a benign growth).

Placental problems or premature labor In the second or third trimester, bleeding or spotting can be a sign of a serious condition such as placenta previa, placental abruption (in which the placenta separates from the uterus), a late miscarriage (between 13 weeks and midpregnancy), or premature labor (between midpregnancy and 37 weeks).

Even first trimester bleeding may be a sign of an underlying problem with the placenta. Research shows a link between early pregnancy bleeding and an increased risk of later complications, such as preterm delivery or placental abruption, particularly if the bleeding is heavy.

Normal labor A mucus discharge that's tinged with blood after 37 weeks is most likely just a sign that the mucus plug has dislodged and the cervix is beginning to soften or open in preparation for labor. You should still report any other bleeding or spotting at this point to your practitioner.

Note: If your blood is Rh-negative, you'll need a shot of Rh immune globulin if you have vaginal spotting or bleeding unless you know for sure that the baby's father's blood is also Rh-negative or it's clear that the bleeding is not coming from the uterus.
Refer BabyCentre

Tuesday, May 12, 2009

HAPPY MOTHER'S DAY

HAPPY MOTHER'S DAY TO ALL MOMS...

Untuk mak aku.. tak der apa yang layak aku ucapkan untuk mak aku... ucapan terima kasih ini terlalu sedikit jika di bandingkan dengan segala pengorbanannya... cuma apa yang dia perlu tahu yang kami sentiasa menyayanginya dan akan cuba sedaya upaya untuk membuat dia bahagia ...

Dan pada hubby, kakak and adik terima kasih for all the cards yang cantik sangat sangat, for the chocolates (memang dia org tahu mak dia nih hantu chocolates) and for the dinner kat Pizza yang pakai duit tabung adik ngan kakak semalam... mak really-really appreciate it.. thank you very very much.. love you all ... . mmmmuaaahhhh !!!!

NIZAR SAH MENTERI PERAK ....

(245) Nizar vs Zambry - Dato Seri Nizar MB PERAK yang SAH ! - Mahkamah

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim telah pun mengumumkan keputusannya, dan..

KEPUTUSAN TERKINI ( Jam 3.50 pm) :

NIZAR SAH MENTERI BESAR PERAK. KITA MENANG !!

Sumber yg baru diterima, DS Nizar dijangka akan mengadap Sultan Perak di Istana Perak, petang ini juga. Nizar daripada Pakatan Rakyat memfailkan kesnya 13 Februari lalu supaya mahkamah mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah. Hakim berkata, Nizar tidak pernah menghadapi UNDI TIDAK PERCAYA dalam DUN..TAKBIRR !!!

Menteri Besor Sah tersenyum lebor

HAKIM Mahkamah Tinggi Abdul Aziz Abd Rahim telah memutuskan bahawa Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sah. Ketika membacanya, Abdul Aziz berkata Nizar berhak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak. RAKYAT MOHON MB PERAK BUBARKAN DUN..! Kita berpilihanraya lagi !

Thursday, May 7, 2009

Episod Terakhir ....










Sila ke Al-Banjari dan Cina Islam untuk berita penuh dan gambar gambar yang lebih sensasi... nih pun copy paste dari Wak Banjar jugak niii....

LIVE Sidang Dun di Perak

Nih lagi Blog blog yang menyajikan berita berita terkini dari Perak.... sesapa yang nak tahu dengan lebih lanjut boleh la kesini...

Anillto
Cina Muslim
MStar online
Perak Express
Malaysiakini

Jom bersama Wak Banjar nih.... Live dari Perak nih Yeop....

LIVE@blog di alBanjari Online - Krisis Perak bakal berakhir hari ini ? ( 8.20am)


Salam kepada semua pengunjung blog alBanjari Online.

Wak akan bawakan lintas langsung LIVE menerusi blog ini bermula pada jam 8.45 pagi sehingga Sidang ditangguh pada jam 4 petang, InsyaAllah..Media BloggersNetwork, dari rakyat untuk rakyat. Wak harap wak dapat mengupdate pada setiap 15 minit sekali untuk paparan yg lebih jelas dan sedang berlaku di Ipoh.

Terkini !
Bold8.20am
Dato Seri Nizar berserta semua Adun Pakatan Rakyat baru sahaja bergerak menuju ke Bangunan SUK dari perkarangan hotel Grand View, 800 meter dari tempat berlangsungnya sidang. Diketuai oleh kenderaan MB Nizar bergerak menuju ke sana. Usaha bloggers dan pemerhati yg mahu mengiringi kenderaan Adun telah dihalang oleh anggota Polis dan FRU, tiada kemungkinan kubu yg amat ketat dapat ditembusi, walaubagaimanapun, bloggers tegar cuba mencari jalan melalui anak2 sungai dan longkang....untuk menyusup..janji boleh sampai dan dapat beri liputan...Takbir !

Sesapa yang nak terus di updatekan oleh Wak Banjar nih boleh laa terus ke Laman Web beliau kat sini :

Al-Banjari

Friday, May 1, 2009

Kek butter kosong

Kek nih adalah kek yang pertama aku masak masa aku bujang dulu... kek nih kek kegemeran mak aku. Dia memang suka makan kek kek kosong cam ni jer .. dia kata tak muak.. kalau makan kek cokelat tuh muak.. makan keke kek lain pulak semua manis.. tapi kalau kek kosong nih dia sedap jer ... nak nak kalau buat kurang manis.. orang tua memang suka... dan yang paling best kek nih kek paling senang.. aku panggil kek nih.. kek sekilo.. pasal semua bahan dia adalah sama berat ... jom.. kita tengok cam mana...

Bahan
500 gm butter (korang nak pakai margerine pun boleh)
500 gula
500 gm tepung gandum
satu sudu teh bicarbonat of soda
500gm telur (nih korang timbang jugak sebijik sebijik)
satu sudu teh esen vanila
sedikit pewarna kuning

Macam biasa kacau butter sampai putih dan masukkan gula (biasanya aku blend dulu gula nih nak bagi cepat sikit dia putih dan ringan). Kacau (guna mixer laa ek senang sikit) sampai dia putih dan agak ringan. Maksudnya kalau angkat mixer tu dia tak jatuh .. banahn tadi tuh melekat kat mixer tuh.... Masuk tepung yg dah di ayak sekali dengan bcarbonat of soda tuh sedikit demi sedikit sambil on kan jer mixer tadi. bila dah sebati masukkan telur satu persatu sampai habis. Masukkan esen vanila. Masukkan sikit pewarna kuning (saja nak naikkan lagi warna kuning dia tuh. Buh dalam loyang yang dah disapu butter dan tepung supaya tak melekat. Bakar dalam 180 darjah cecius. Bakar dalam 45 minut. Korang pandai pandai laa budget time.. test dulu sebelum tutup api... nanti tak masak plak.... masa tutup api tuh biar jer kek tuh kat dalam oven supaya cantik gebu. Ok dah siap boleh makan... haa.. senang kan...

Sayur Campur



Bahan bahan untuk sayur campur

Sayur yang macam macam
Bunga kobis, batang saderi, baby jagung, carrot, kacang sepat, capsicon (merah/hijau/kuning), brocoli, kobis cina dan apa apa sayur yg korang rasa sedap dan sesuai.. jangan laa pulak buh bayam, sawi, kangkung plak....
Sotong
Udang
Daging
Telur burung puyuh (kalau ada kalau tak ada tak payah)
Sos tiram
Sedikit tepung jagung
Bawang putih (banyak dalam dua gengam)
Halia sikit sangat dalam sebesar sepruh jari kelingking

Cara...

Katuk jer bawang putih tuh dan cincangkan ... tumbuk halia tadi. Amik sikit bawang putih dan halia tadi tumis sampai naik bau.masukkan sos tiram dalam suku botol. Tumiskan sekejap. Kemudian masukkan daging yang di potong kecik. Masukkan udang dan sotong. Masukkan sayur yang susah nak masak. Macam Carrot. Pas tuh boleh laa masukkan sayur sayur lain. Last baru masukkan capsicon. Kemudian masukkan air. Masukkan lebihan bawang putih yang dicincang tadi. Tunggu sampai rasa rasa semua sayur dah masak. Bancuhkan tepung jagung dalam 1 sudu besar dengan air dan masukkan dalam kuali tuh... Masukkan telur puyuh.. kacau sekejap rasa garam semua dah ok dan dah boleh tutup api. Makan masa panas panas perghhh !!! memang yummy ...