Saturday, April 26, 2008

Rahim aku sudah tidak berpenghuni .. sudah genap satu bulan

Hari nih genap sebulan kandungan aku gugur. Dan mak kata cukuplah sampai hari nih aku berpantang. Tak perlu sampai 44 hari macam pantang orang beranak.

Ramai yang ingin aku lakarkan cerita ini dalam blog.. sememangnya kadang-kala aku masih lagi sedih dengan apa yang terjadi .. tapi aku pasti setiap kejadian itu ada hikmah disebaliknya.. dan aku juga yakin bahawa sesungguhnya Allah pasti akan gantikan ianya dengan lebih baik lagi... aku juga yakin bahawa aku adalah salah satu yang terpilih untuk menempuh segala ujian yang Allah berikan kepada aku kerana Allah tahu aku mampu memikulnya .. dan.. aku terima semua ketentuan Allah itu dan aku perlu redha...

Hari itu selepas aku beli lunch kat bawah, aku dapati ada sedikit stain darah. Aku mula cuak.. mungkin kejadian biasa.. kerana aku tahu setiap kali aku mengandung aku akan bleeding for the whole 9 months. Kali nih instinct aku lain.. aku jadi takut.. aku cepat-cepat siapkan kerja aku dan aku bercadang untuk mengambil cuti dan ke klinik esok.

Aku kembali tenang kerana sepanjang malam dan pagi itu sememangnya tiada langsung kesan kesan darah lagi. Alhamdulliah detik aku... tapi aku masih ingin berjumpa doktor kerana aku sudah tidak sabar .. kandungan aku sudah hampir 3 bulan.. sudah 11 minggu setengah... dan aku pasti imbasan kali ini akan menunjukkan gambar yang jelas dengan menampakkan tangan, kaki, kepala dan badannya dengan jelas. Aku tidak sabar untuk melihat jantungnya bergerak dan dia sendiri pastinya sudah pandai menggerakkan badannya sendiri..

Selepas tengah hari aku bersiap untuk ke klinik.. aku singgah ke MC Donald untuk makan tengah hari. Sambil itu aku bercakap-bercakap dengan anak dalam kandungan aku. Aku betul-betul gembira hari ini. Aku gembira kerana kandungan aku kali ini sememangnya lain dari yang lain-lain.. aku tidak mengalami alahan yang teruk..

Selepas urine test, di bilik doktor, doktor memeriksa aku seperti biasa... tak ada apa yang pelik semua sihat... Kemudian seperti biasa aku baring di katil kecil agar doktor boleh melakukan ultrasound dengan mudah.. aku sudah pasti tidak sabar..

Tapi kali ini lain.. doktor nampak cuak.. doltor seperti tidak pasti denganapa yang di carinya kali ini... doktor cari lagi.. "eh" kata doktor.. aku semakin cuak.. kemudian doktor pandang aku, penuh dengan rasa serba salah..

"Argh tak mungkin sekali lagi" detik hati aku ...
"hmm.. there is something wrong somewhere.. " kata doktor lagi.

Aku cukup cuak .. doktor pandang lagi aku ... lantas doktor beritahu aku "Saya rasa awak kena buat D & C".

Seolah-olah ada benda berat menghempap dada aku.. aku seperti tidak boleh bernafas...

"Kenapa doktor ... aku tanya doktor ..tapi last 2 weeks ok jer doktor.. saya pun tak ada problem apa-apa.. tak kan laa doktor.. " kata aku cuba menafikan apa yang aku dengar.

"Memang dah tak ada. tak ada heart beat seolah-olah tak ada perkembangan pun... " kata doktor cuba menerangkan.. aku masih lagi boleh bertahan... dia tahu aku tidak dapat menerimanya lagi.. dia cuba meyakinkan aku lagi.. dia tutup balik ultrasound machine tadi.. dia onnkan balik.. dia buat dari mula..

"Ok jom kita buat balik"
katanya.. " tengok nih.. tak ada heart beat langsung.. dan bentuk dia pun tak macam biasa.. " aku mula diam... dia tahu aku tak percaya.. hampir 3 kali dia ulang semula perbuatannya tadi ..

"Ok lahh.. mari saya terangkan.. "
dia tunjukkan hasil ultrasound ..

Dia print dan bandingkan dengan baby-baby yang sihat.. aku sudah tidak mendengarnya lagi.. fikiran aku sudah hilang entah ke mana.. kesedihan aku semakin memuncak.. memang kali nih aku sudah tidak tahan lagi... aku tahu aku sudah tidak mampu .. lantas berderailah air mata aku...

Doktor cuba tenangkan aku.. dia suruh bersabar dan mengarahkan aku agar aku dapat berfikiran positif katanya aku patut bersyukur kerana mungkin kalau baby ini hidup mungkin dia cacat.. atau mungkin dia tidak sihat.. katanya apa yang Allah buat tuh semua ada kebaikan.. aku terus diam dan berhenti menangis..

Aku baru sedar bahawa semua ini ketentuan dari Illahi.. aku tidak sepatutnya menagis dan bersedih lagi.. aku perlu tabah sabar dan redha detik hati kecil aku.

Doktor senyum.. bila lihat aku beristigfar .. "Haa.. camtuh laa.. nanti kita cuba lagi.. lepas ni kita kira balik ok.. then lepas nih saya bagi satu pill sebab awak memang ada masalah dengan womb awak walaupun saya rasa kali nih memang tak ada masalah cuma belum rezeki awak lagi..."

Aku terus pulang ke rumah tanpa terus memberi tahu sesiapa.. aku langkahkan kaki aku dengan lemah masuk ke dalam rumah.. entah aku cuma lihat hitam...

Aku cari no talifon abang.. suami aku .. aku tak dapat luahkan lagi.. bila aku dengar suara itu beberapa kali.. aku terus menangis..

"Baby dah tak ada ..
" itu aja yang mampu aku katakan..

Dia tanya "kenapa.. " aku tak jawab.. dia tanya lagi..

Aku kata "Doktor Puteri suruh saya pergi hospital buat D & C.. tolong amik budak-budak dan lepas tuh kita gi hospital... "

Dia diam aja .. dan aku terus letakkan HP aku.. aku nangis lagi..

Orang kedua aku telefon adalah emak aku .. "Mak .." aku panggil dia..
aku tahan agar aku tidak menangis .. aku diam lama..

Mak sudah tahu pasti ada sesuatu yang berlaku..

"Awak kat mana nih .. asu" panggil mak .. "kenapa nih.." tanyanya cuak tapi cuba menenangkan dirinya sendiri.. "kenapa nih" tanya dia lagi bila aku masih senyap ..

"Mak.. baby dah tak ada..
jawab aku seiring dengan linangan air mata.

"Innlillah hiwainllihrajiun.. kenapa ?? tanya dia.. jatuh ker ??? darah banyak??" "Tak.. tak ada apa-apa.. cuma tadi doktor Puteri kata dia dah tak ada heart beat .. "

"Tak apa jawab dia.. nanti mak datang sana.. apa-apa nanti telefon mak.. sabar ye .. bertenang ... ingat tuhan tuh .."

" Asu
... " dia panggil kuat bila aku terus senyap

"Ingat tuhan.. Dia aja yang tahu.. kita tak tahu apa -apa.. selawat.. beristigfar banyak-banyak.. sabar banyak banyak ... syukur atas apa yang dah jadi ..
" ceramahnya panjang ..

Aku cuba tahan perasaan aku.. ye mak.. jawab aku berat .

"Dah jangan nangis lagi.. Asu.. jangan nangis lagi" katanya.

Cepat-cepat aku tenangkan fikiran dan aku tahu aku perlu kuat ... aku mampu lakukannnya.. "Ye mak .. " aku jawab seolah olah akur dengan apa yang terjadi ..

Malam tuh aku pergi Selangor Medical Centre untuk mengetahui keadaan aku .. setelah menjalani pemeriksaan.. doktor suruh datang semula esok... aku pulang dan hanya menanti saat esok hari.. tinggal satu hari lagi baby ini bersama aku... esok dia sudah tidak lagi menghuni rahim ini...

Bersambung...

No comments: