Semakin hari semakin ramai kes pembuangan bayi di dada akhbar.. terlalu banyak.. sehingga aku rasa hampir setiap minggu ada aja kes sebegini meyempitkan ruang berita .. apa punca kejadian sebegini semakin berleluasa .. apa mampukah kita hanya mendengar dan melihat segala kejadian ini berulang-ulang kali …. Tergamakkah kita untuk hanya memekakkan telinga dan membiarkan kes kes ini terjadi .. dan yang paling penting apakah pihak pihak yang berkuasa lakukan untuk membentras kejadian buang bayi ini ..
Perangkaan ibu pejabat polis persekutuan Bukit Aman mendapati 65 kes buang bayi dicatat pada 2000 dan meningkat kepada 83 kes tahun lalu.
Selangor mencatatkan angka tertinggi iaitu 22 kes (pada 2000) dan 24 kes (2006). Daripada jumlah tahun lalu, 79 kes membabitkan kes pembuangan bayi yang baru dilahirkan dan empat lagi kes pembuangan janin.
“ .. pada 2004 hingga 2006 mencatatkan 145 bayi iaitu 56 bayi lelaki dan 89 bayi perempuan diserahkan kepada JKM dalam keadaan yang masih hidup dan sihat. Tetapi jumlah itu berbeza dengan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mencatatkan 176 kes bayi terbuang dalam tempoh sama, kerana jumlah bayi dicatatkan polis termasuk bayi dijumpai mati”
Itu belum lagi termasuk kes-kes terpencil yang tidak mendapat liputan meluas dari akhbar akhbar .. atau pun bayi bayi yang di serahkan melalui orang perseorangan.. atau bayi bayi luar nikah yang di jual sesuka hati dalam mahupun luar negara... apa yang sebenarnya terjadi dengan system masyarakt di Malaysia ini …. Sekiranya perkara ini tidak dibendung.. aku percaya kes kes seperti ini akan berlaku dengan banyak lagi selepas ini...
Sedang sibuk pihak tertentu mencari cari jawapan untuk permasalahn ini.. dengan mengambil kira pelbagai aspek.. dengan segala macam uji kaji.. segala macam theory.. segala macam cadangan.. segala macam kertas kerja.. forum dan lain lain.. Mereka benar benar lupa untuk megkajinya dari aspek agama .. dari aspek undang undang syariah .. dari aspek hukum hukum Allah yang telah di tetapkan …mereka benar benar tidak yakin dengan apa yang telah Allah bekalkan untuk mereka.. mereka seolah olah mencabar ketentuan dan perundangan Allah yang telah ditetapkan dalam Al-Quran ….
Cuma satu sahaja jalan penyelesaian dan bagi aku jalan penyelesaian paling mujarab bagi masalah ini adalah dengan kembali semula ke ajaran Allah SWT....
“Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus dali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman.” (An-Nur: 2)
Apa lagi yang kita perlukan selain dari hukum Allah ini... hudud, qisas dan takzir.... hanya itu sahaja jalan penyelesaian... Yakin laa sesunguhnya tiada hukum lain yang lebih sempurna melainkan hukum Allah.. berbaliklah kita pada Al-Quran dan Hadith … tidak perlu kita mempolitikkan lagi isu ini ..bukan masa kita untuk menunding jari meyalahkan mana mana pihak… apa yang penting bukalah minda .. bukalah mata … cubalah kaji bagaimana keberkesanannya hukum yang Allah sediakan untuk kita ini ... fahamilah hukum yang sesunguhnya bukan untuk menyiksa umatNya … hukum Allah yang bersifat mencegah daripada berlakunya jenayah yang sama berulang kali .. lihatlah kekuasaan Allah dengan bagaimana Dia telah jadikan hukum itu seolah olah sebagai satu pengajaran bagi mereka yang lain... mereka yang melihat akan turut mersa ngeri dan akan kembali ke jalan kebenaran.. dan paling tidak pun cuba untuk menjauhkan diri dari apa yang mereka lihat ...
Bagi pihak yang sememangnya menyokong hukum Allah ini.. teruskanlah usaha suci murni ini … dan pada mereka yang masih tidak dapat menerima dan kurang yakin dengan apa yang telah Allah siapkan.. berbaliklah padaNya …
lihatlah kejadian yang amat menyesakkan dada kita ini … cuba bayakngkan apa akan jadi 10 hingga 20 tahun lagi …. Selagi hukum Allah tidak di perkasakan .. selagi itulah manusia akan terus hanyut ..
No comments:
Post a Comment