Freud kata mind is just like an iceberg...only 10% of an iceberg is visible (conscious) whereas the other 90% is beneath the water (preconscious and unconscious)... betul ke ??? entah check it out....
Friday, June 29, 2007
Freaky Little Things
Citer dia cam nih....at one evening tuh... my office mates nih ada training bowling kat one of the bowling centre nearby laarrr... aku pun ada juggak di tempat kejadian but lucky after I'm done with my business aku punkeluar laarr dari toilet tuh ....and suddenly one of them nampak ada tangan kat pintu bilik air... at begining dia rasa hanya khayalan jer kot.. tapi dia rasa balik macam real pulak...eeiii seram pulak
A few days later other office mate aku pulak dengar somebody harming macam menyanyi-nanyi kecik dalam toilet... dia kata masa tuh dia tengah basuh tangan kat sink luar pas tuh dia dengar cam ada orang nyanyi-nyanyi... she wait for a while laaarr kann... coz she tought member dia yang nyanyi.. bila member dia tuh kuar toilet dia pun tanya laarrr... "wah...menyanyi-nyanyi dalam toilet"... and what a surprise member dia kata "Mana ada aku nyanyi dalam toilet ... demi Allah kita tak pernah nyanyi dalam toilet...." zrasss... dia pun apa lagi kuar aa... dari toilet tuh...
Ada one minah nih plak..she came on Sunday ... alone... memula dia memang dengar printer dot matrix tuh switch onn bergerak sikit...dia beranikan diri untuk teruskan perjuangan dia tuh.. pas tuh dot matrix printer tuh terus berbunyi ... cam tengah ptinting something tapi agaknya budak nih hati batu kot.. dia still buat tak tahu walaupun dah takut dah... coz dia kena habiskan jugak kerja tuh sebab manager nak kerja tuh keesokan harinya....mesti makhluk halus tuh frust sebab budak nih tak takut langsung pun... budak nih pasang lagu lagi kuat dari memula tadi... makhluk tuh sure confused dan terus blah dari situ... heheh
Even kat men's toilet pun dia orang kata benda tuh kacau jugekk... dia start ngan main-main ngan air kat sink tuh... kejap dia pasang belah nih, kejap dia pasang belah tuh pulak, kejap belah nih pulak .... air paip tuh kuar dengan sendirinya... even kat tempat yg buang air sambil berdiri tuh... (tak tahu nak panggil apa) pun dia main kan jugak.. saja nak main air kot...
Citer lain pulak... ada budak lain pulak nih... dia memang selalu kerja lambat... stayback till 9.00pm at night... tengah dia sedang elok jer buat kerja tetiba dia dengar ada macam orang terajang/tendang partition ... dia kata kuat gila... yg tak bestnya sampai tiga kali non-stop... kalau nak kata ada orang tersepak mesti sekali... lagi pun after she heard that sound dia pun try gi check kekalau ada orang lain yang still at the office at that time... tapi sah she alone...
Ermmm last Saturday (23/07/07) aku pun datang kerja laarrr sekali ngan sorang budak nih... sebab this thing happens seems like very seldom aku pun ajak laarrr in other word "paksa" (coz last minute dia decide not to come pulak) budak nih datang kerja hari Sabtu coz aku ada banyak sangat kerja yang nak kena buat and semua due on Monday ... so aku nih duduk lar depan dia buat kerja... aku cam biasa larrr... datang (walaupun lambat 1/2 jam) bukak PC... pasang lagu... buat air kat pentry .... actually masa aku buat air kat pentry tuh aku ada dengar jugak macam ada orang dalam toilet sebab ada bunyi batuk-batuk.... tapi aku tak berani laarr pulak nak check... assuming memang ada orang laarrr dalam toilet.... so... aku makan... and after mentedarah... aku pun duduk larr buat kerja cam biasa....and dia aku tak larrr hiraukan sangat coz I'm in a desprate situation... semua nak cept habis... so that I can submit everything on Monday tuh...rupa-rupanya dari pukul 10.30 pagi tuh sampai ker pukul 12.30 thtuh... dia kata dia dengar macam-macam ... memula... dia dengar ada orang belek file kat dalam filing room .. pas tuh dia intai tak der sesapa pun... and she just continue laarrr buat kerja balik... a few minutes later dia dengar file tuh jatuh kat dalam filing room... kuat nih... dia dah seram laarrr kan... then dia still boleh buat kerja ... cam photostating, filing dll... dia tengok aku selamba jer buat kerja ... sebab Alhamdulillah aku tak pulak dengar apa-apa... and she assumed that I also herd it but aku buat tak tahu becoz aku nak habihkan kerja-kerja tuh...pas tuh bunyi lagi file jatuh kat dalam filing room tuh lagi kuat dari tadi... The filing room tuh like... very close to out work station oleh kerana ianya adalah bilik you have to go inside that room to see what had happend inside.. yeaa although the room is opened... at this time dia dah tak boleh bangun lagi dari tempat dia... takut punya pasal she been glued to her chair ..... dia try to write me an e-mail but dia kata dia takut nanti ada benda lain pulak yg balas e-mail tu... the worst is dia keeps hearing footsteps ... dan yg buat dia takut... bunyi tapak kaki tuh berkali-kali datang ke arah dia bukan sekadar berjalan ... berlari dengan kuatnya... heee... nauzubillah laarrr .....
Next two days lepas kejadian tuh... ada sorang minah nih pulak ... dia cam cakap besar laarrr... nak sangat dengar all those things.... becoz dia kata ada jugak sebelum nih dia dengar ada file jatuh dalam bilik one of our lead tapi dia kata dia buat tak tahu jer laarrr .... sekalai at one evening pukul 8.00 pm lebih... which she still doing her job. She actually dah lupa pasal citer-citer nih... tetiba dia dengar footsteps... memula tuh berani larr jugak dianya untuk try check sapa yang ada kerja hari tuh... bila dia realize memang tak der sesapa yang kerja at moment dia pun start feel something is not right...pas tuh baru dia teringat citer pasal makhluk nih... dia pun apa lagi cabut aaa... berlari dia kuar dari that building...
Tak tahu nak cakap cam mana... nak kata tak percaya... benda nih memang sememangnya ada... tapi kenapa baru sekarang dia nak kacau ??? mungkin dia saja jer naik main-main ngan kita orang... bagi aku mintak tolong jangan menjelmakan diri dia yang sebenarnya sudah... kalau aku... for sure pengsan... eeiii nauzubillah... we are planning for some sort of kenduri masuk office baru - baca doa ... aku harap lepas nih tak der laarrr benda-benda cam nih happened lagi kat sini..
Check it out...
http://www.darussyifa.org/artikel/MakhlukHalusMenurutAl-Quran_Iss1_18Mei2006_.PDF
Saturday, June 23, 2007
GBMI - Guilty But Mentally Ill
Apa tuh hallucination??? hallucination nih... apa-apa yang bersangkut paut dengan pendengaran (auditory hallucination) iaitu dia dengar ada something yang suruh dia buat sesuatu...atau visual hallucinations iaitu mereka seolah-olah nampak sesuatu dihadapan mereka atau disekeliling mereka yang sememangnya are not there and asked them to do something yg selalunya harming themselves ke atau orang lain... ada lagi 3 jenis hallucination tapi tak kritikal mana... macam rasa ada ular berjalan dalam perut (somatic hallucination), tetiba rasa panas macam terbakar atau tetiba rasa macam kena electrical shock...(tactile hallucinations) pastu last sekali bau-bau pelik / wangi padahal tak der pun bau-bauan cam tuh pada masa tuh.. (ermmm olfactory hallucinations). Nih laarr sebahgian dari sebab kenapa berlakunya scizophrenias...
Oppss... melalut plaks... sekadar kongsi pengetahuan... berbalik pada citer GBMI nih... kalau tak salah aku kebanyakan negara diseluruh dunia termasuk Malaysia yang mengamalkan sekiranya seseorang pembunuh yang telah disahkan gila oleh doctor sakit jiwa dan dalam pada masa yang sama dia telah melakukan pembunuhan / kesalahan maka, dia akan dihantar ke hospital sakit jiwa untuk menjalani rawatan mental...pas tuh baru dia akan di bicarakan semula dan akan disabitkan kesalahnnya fuuhh... complicated... kalau orang tuh buat-buat gila cam mana...??? macam kes pelajar mesir baru-baru nih... taka tahu apa sebab sebenar si pembunuh membunuh arwah... tapi kalau tengok dari gambar yang diambil... si pembunuh bukan lagi ada sifat-sifat manusia..dan selalunya kalau manusia nih dah hilang sifat-sifat manusianya... mereka tuh memang dicatagorykan sebagai abnormal... tapi setiap masalah mesti ada puncanya... ingat tak lagi citer budak Korean yang tembak beberapa orang pelajar college dia sampai mati... dia sempat lagi tinggalkan rakaman vidio untuk tatapan semua. Dengar dari citer family dan kengkawan dia, dia memang ada masalah dari kecik lagi....
Ada beberapa kes(yg kita org kena hafal untuk subject Abnormal Psychology - Dr. Rahmatullah Khan) kalau di US yang si pembunuhnya dipenjarakan dan dalam masa yang sama menerima rawatan psichology dari pihak hospital penjara tersebut.... ada pihak yang tak bersetuju dengan kaedah ini kerana bagi mereka sekiranya mereka-mereka ini telah di confirmkan oleh doctor bahawasanya dia orang nih gila so by right dia orang buat kerja-kerja tuh dalam masa dia orang dibawah tahap sedar / unconscious... jadi mereka-mereka nih(si pembunuh) sepatutnya hanya perlu diberi rawatan sakit jiwa... cam mana hek... confuse...
try check this out...
http://law.enotes.com/everyday-law-encyclopedia/insanity-defense
Dari segi Islam cam mana pulak... setahu aku leer kalau seseorang tuh memang betul-betul gila mereka nih tidak akan berdosa melakukan apa-apa kesalahan-kesalahan pun... entah aku pun sendiri tak tahu nak jawab macam mana ... tapi setiap nyawa tuh milik Allah. Allah yang berhak keatas nyawa seseorang tuh.... soooo complicated... buat masa nih aku masih lagi dalam proses pencarian mengenai GBMI nih dari sudut pandangan Islam pulak...
Lagi Pelajar Bunuh Rakan ....
(13/6/2007)Pelajar Al-Azhar Mansurah, Mesir (dicopy dari http://f-hasan.blogspot.com)



KUALA TERENGGANU 17 Jun – ‘‘Makcik tidak maafkan dia, apa yang dia buat pada anak makcik adalah zalim, terlalu kejam,” luah Zaharah Mohamad, 58, ibu pelajar Universiti Al-Azhar cawangan Mansurah, Mesir terhadap tindakan pelajar yang menikam anaknya sehingga mati, Rabu lalu.Walaupun menyedari segala yang berlaku adalah ketentuan-Nya, dia tidak dapat menahan sedih dan marah apabila anaknya, Mohamad Ishak, 22, diperlakukan seperti binatang.
Katanya, dia dapat membayangkan bagaimana anaknya ditikam berulang kali tanpa belas kasihan sehingga pisau yang digunakan patah walaupun mangsa cuba melarikan diri sehingga ke dalam tandas untuk mengelak daripada terus diserang.
‘‘Zalim, memang kejam, tiada perikemanusiaan langsung. Dia buat anak saya macam kambing...macam binatang, walaupun Mohamad lari ke dalam tandas, dia tikam lagi, lari ke pintu hingga kain pelekat terlondeh, dia tikam lagi.
‘‘Sekali dia tikam tak mengapa, tapi 10 kali dia tikam. Makcik boleh nampak macam mana dia menikam anak makcik yang sudah telanjang,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pangkalan Rajawali, Chendering di sini selepas upacara pengkebumian Mohamad, pagi ini.
Jenazah pelajar kursus Usuluddin itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) dari Mesir kira-kira pukul 9.10 malam tadi dan dibawa pulang ke rumahnya dengan van jenazah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dan tiba kira-kira pukul 7.15 pagi ini.
Jenazah kemudian disembahyangkan di rumahnya dengan diimamkan oleh guru sekolah pondok, Abdul Rahman Ahmad sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Laut, Kuala Terengganu kira-kira pukul 9 pagi ini.
Lebih 100 orang menghadiri upacara pengkebumian tersebut termasuk Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Datuk Che Mat Jusoh dan Pengarah Jabatan Pelajar Malaysia di Kaherah, Dr. Mohd. Fakhrudin Abdul Mukti serta wakil Yayasan Terengganu.
Mohamad anak kesembilan daripada 12 beradik dikebumikan di sebelah kubur kakak dan adiknya, Zuraida dan Zuarida selepas bacaan talkin yang dipimpin oleh imam Masjid Kampung Laut, Mohd. Rosdi Abdul Rahman.
Walaupun tidak dapat menahan kesedihan, Zaharah berpuas hati kerana dapat menatap wajah Mohamad buat kali terakhir selepas berpisah kira-kira lapan bulan lalu apabila Mohamad melanjutkan pelajaran ke Mesir.
Menurutnya, selepas kejadian itu rakan anaknya yang hanya dikenali sebagai Kadir ada menelefon dan memberitahu perubahan sikap mangsa yang menjadi penakut beberapa hari sebelum itu.
‘‘Malah pada hari kejadian dia berpesan kepada rakan-rakannya supaya pulang awal kerana takut tinggal seorang di rumah sewa mereka,’’ ujarnya.
Zaharah yang mempunyai dua anak yang masih bersekolah tidak akan membenarkan mereka melanjutkan pelajaran ke Mesir selepas ini kerana trauma dengan kejadian yang menimpa Mohamad.
Apabila ditanya sama ada dia sudi memaafkan suspek sekiranya keluarganya datang memohon maaf selepas ini, katanya, belum tentu dia boleh berbuat demikian dan melupakan penderitaan yang ditanggung anaknya sebelum menemui ajal.
Bapa mangsa, Ishak Abdul Rahman, 63, pula berkata, walaupun sedih anaknya meninggal dunia dalam keadaan yang menyeksakan akibat ditikam bertalu-talu, mereka sekeluarga tidak berdendam dengan suspek dan keluarganya.
‘‘Undang-undang ada, biarlah undang-undang yang menentukan,” katanya sambil memberitahu bahawa wakil keluarga suspek ada menghubungi anaknya, Hasan, 28, bertanyakan mengenai kos perbelanjaan urusan pengkebumian Mohamad dua hari lepas.
dikirim oleh Faizal Hasnul Bin Yahaya pada Isnin, Jun 18, 2007 15 komen Links to this post
Jumaat 15 Jun 2007
Pelajar Malaysia di al-Azhar maut ditikam


KUALA LUMPUR: Seorang pelajar Malaysia di Universiti al-Azhar cawangan Mansurah, Mesir, mati selepas ditikam lebih 10 kali oleh rakan senegara, yang dipercayai mengalami tekanan mental, dalam kejadian di rumah sewa mangsa, malam kelmarin.
Mohammad Ishak, 22, dari Kampung Pangkalan Raja Wali, Chendering, Terengganu, meninggal dunia selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Antarabangsa As-Sallam, Kaherah kerana kecederaan parah di kepala akibat dipukul dan ditikam bertubi-tubi pada leher pada kejadian jam 8.30 malam (1.30 pagi waktu Malaysia).
Suspek, juga pelajar universiti itu berusia 22 tahun dan berasal dari Dengkil, Selangor, kini ditahan polis Mesir bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Abang mangsa, Hussin, 28, yang ditemui Berita Harian di Chendering bagaimanapun berkata, Mohammad mungkin menjadi mangsa keadaan kerana suspek sebelum itu dikatakan mencari dua rakan serumah adiknya.
Beliau yang dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh Yang Dipertua Dewan Perwakilan Pelajar Mansurah, Ali Zulfakar, berkata suspek mengunjungi rumah sewa adiknya kira-kira jam 7 malam tetapi dua rakan serumah Mohammad tiada.
“Ketika itu Mohammad keseorangan dan sedang menggunakan komputer. Selepas gagal menemui rakan serumah Mohammad, suspek dikatakan meluru ke dapur dan mengambil pisau,” katanya yang turut menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah bagi mengesahkan kejadian itu, kira-kira jam 11 pagi semalam.
Mangsa adalah pelajar tahun pertama jurusan Usuluddin manakala suspek menuntut di tahun tiga jurusan Pengajian Islam.
Hussin yang juga bekas pelajar universiti itu dan kembali ke tanah air pada 2005, turut mengenali suspek ketika di sana dan menyifatkannya sebagai seorang yang pendiam.
Katanya, berdasarkan maklumat rakannya di sana, suspek dipercayai mengalami tekanan akibat peperiksaan dan pernah berselisih pendapat dengan rakan serumah adiknya.
Beliau berkata, Mohammad tidak mendapat tajaan mana-mana pihak dan keluarganya menghantar RM200 sebulan untuk perbelanjaan. Keluarganya reda Mohammad dikebumikan di Kaherah kerana mereka tidak mampu membawa jenazah pulang.
Bagaimanapun Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata kerajaan negeri sedia membiayai kos membawa pulang jenazah yang akan diuruskan Yayasan Terengganu.
Sementara itu, seorang pelajar Malaysia di Mansurah ketika dihubungi berkata, mangsa dan suspek saling mengenali, malah sering berkunjung ke rumah sewa Mohammad.
Pelajar itu berkata, suspek dikatakan membawa tiga pisau, termasuk satu pisau pemotong daging yang baru dibeli.
Jurucakap Bahagian Atase Pendidikan Jabatan Penuntut Malaysia (MSD) di Kaherah ketika dihubungi pula berkata, suspek ditahan bersama tiga pisau berlumuran darah, dipercayai senjata yang digunakan dalam pembunuhan itu.
Duta Besar Malaysia ke Mesir, Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir, tidak dapat dihubungi kerana dikatakan ke tempat kejadian, kira-kira dua jam perjalanan dari Kaherah.
dipetik dari akhbar malaysia : http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Friday/Mukadepan/20070614233112/Article/
pembetulan : mangsa merupakan pelajar tahun 3 usuluddin..
ISTIDRAJ
Apakah dia istidraj itu?
Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj.
Rasullulah s.a.w. bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat
kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT."
(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)
Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka. Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan
berpegang teguh pada agama Islam.
Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak,dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.
Rasullulah s.a.w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.
Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh
kaya macam aku, katanya sombong."
Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.
Rasullulah s.a.w bersabda: "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul æIbad)
Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap), dia
akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.
Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati,namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.
Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.
Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya,jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya,akhirnya binasa juga.
Jadi,jika kita kaji dan fikir betul-betul,maka terjawablah segala keeraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?
Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari. Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah.
Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas
mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.
Wallahualam.
Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda:
" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.."
Friday, June 22, 2007
Khas Untuk Wanita
Ustazah bagi amalan untuk menjaga keperempuanan kita supaya sentiasa jadi macam 'abkaro' menurut ayat dalam surah Al Waqi'ah.
(Abkaro ni perawan yang sentiasa menjadi perawan)
Elok untuk orang yang lepas bersalin, elok juga untuk di amalkan setiap hari bagi perempuan yang sudah berkahwin........
Caranya :
1. Lepas Isya' ambil air segelas, baca Al Fatihah sekali, ayatul Qursi sekali, dan surah Al Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.
2. Tiup dalam air dan minum.
3. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri kita untuk kebahagiaan rumahtangga kita.
Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38 :
Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan
ciptaan istimewa, Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya. (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan;
Huhu... sentiasa dara leeerrr....
Khasiat Ayat-ayat Al-Quran
1. Khasiat Al-Quran:
Hendaklah kamu menggunakan dua penyembuh dr penyakit:1. Madu dan 2. Al-Quran.
(HR Ibnu Majah)
2. Pada surah Al-Fatiha terdapat penyembuh dr semua penyakit.(HR Baihaqi)Didalam hadis sohih seorang sahabat membaca tujuh kali Surah Fatihah kpd seorang yg dipatuk ular; lalu sembuh penyakitnya.
3. Khasiat Surah Al-Baqarah:
Rumah yg di bacakan surah al-Baqrah tidak dimasuki oleh syaitan selama 3 hari.(HR Muslim).
4. Khasiat Ayat kursi. Syaitan telah berkata kpd Abu Hurairah r.a :
Maksudnya: Apabila kamu berada di tilam kamu (Nak tido) hendaklah kamu membaca Ayat Kursi. Maka sesungguhnya Allah akan sentiasa menjaga kamu dan syaitan tidak akan menghampirimu sehinggalah subuh. Lalu Nabi s.a.w berkata kpd Abu Hurairah r.a:Syaitan bercakap benar kpdmu (tentang ayat kursi) walaupun dirinya sangat pembohong.(HR Bukhari)
5. Menjauhkan gangguan Jin dan SyaitanIbnu Masud berkata:
Sesiapa yg membaca 4 ayat awal Surah Baqarah, Ayat Kursi, 2 ayat selepasnya dan 3 ayat akhir surah Baqarah; maka syaitan tidak akan mendekatinya dan keluarganya dan tidak ditimpa dengan perkara yg tidak diingini. Jika dibaca kpd org yg gila(yg dirasuk) pasti dia akan sedar.(HR Darimi dgn sanad yg sohih)
Imam Qurtubi berkata:Harus menjampi dengan ayat2 Allah dan Nama2nya. Kalau ianya diambil dr Hadis maka hukumnya sunat.
*Ada banyak lagi ayat-ayat Quran yang digunakan untuk tujuan perlindungan, perubatan, kecantikan dll...untuk kesejahteraan rumah tangga pun ada jugek... kebanyakkannya aku dengar dari ceramah-ceramah Ustazah Fathma kat KLCC - Petronas hari Rabu 2 minggu sekali... ok..nanti kalau ada masa insya Allah aku syer yg lain-lain pulak key....
Monday, June 4, 2007
Cara Minum Mengikut Rasulullah S.A.W.
Rasullah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk. Amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan. Rasulullah SAW juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi.
Antara khasiat amalan-amalan ini ialah:
1. Menghilangkan balqham (kahak/lendir)
2. Mencuci perut
3. Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal di dalam perut yg tidak dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar
4. Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu
5. Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati. Rasullah SAW suka minum air yang telah disimpan semalaman di dalam suatu bekas.
Minuman Manis dan Sejuk
Aisyah (ranha) meriwayatkan bahawa: "Diantara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah saw suka minuman manis dan sejuk" Hadis bermaksud, baginda mengemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar). Di dalam suatu doa Rasullah ada menyebut
"Ya Allah kurniakanlah aku dengan cintaMu yang lebih besar dari
cintaku kepada nyawa, harta, anak dan cintaku kepada air sejuk"
Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar. Adapun minuman jika terkumpul didalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan. Ini sekali gus berperanan bahan pemakanan dan mencernakan makanaan yang masuk ke dalam tubuh lalu menyalurkannya ke seluruh anggota badan.
Ringkasan adab minum
1. Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan
2. Bacalah " Bismillah"
3. Minum dengan tiga nafas
4. Minum dalam keadaan duduk
5. Jangan bernafas kedalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ketempat lain.
6. Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah Alhamdullilah
7. Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri
8. Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain. Hadis menyatakan bahawa saki baki air minuman seseorang Islam adalah ubat untuk penyakit
9. Jangan terus minum selapas dari melakukan persetubuhan ataupun setelah selesai mengerjakan kerja-kerja berat
Jazakumullahu Khairan Khatirah.......
Wednesday, May 30, 2007
Tae Kwon Do
Aku pernah jugek buat benda-benda lasak cam nih... hidup aku macam dah sebati dengan Tae Kwon Do, sampai ada satu ketika, aku selalu berangan, masa garaduation day aku nanti, aku akan pakai baju Tae Kwon Do aku dalam jubah garaduation aku tuh besama-sama Black Belt aku ... pergh sure hebat...tapi...lepas tragedi 1996... bila aku accident dan patah kaki... aku terpaksa tinggalkan semua nih... sedih yang amat sangat tapi nak buat cam mana...
Friday, May 25, 2007
Only in Kelantan...
Cuba tengok ada apa kat atas pokok tinggi tuh... wonder...cam na dia org panjat and pacakkan bendera nih...???
Rasa tercabar kalau ada sesapa yg tak tahu cam mana nak baca papan tanda nih....
Eh... Maya Karin pakai tudung... cun nya...
Cuba bandingkan gambar yang seterusnya...
Opps silap pulak... kalau gambar cam nih boleh jumpa kat any of our Islam Hadhari states....
Thursday, May 24, 2007
MEMAHAMI TINGKAHLAKU EMOSI KANAK-KANAK
Oleh: YM Raja Kamariah Raja Khalid Bahagian Perkhidmatan Psikologi, JPA
Cahayamata merupakan anugerah ilahi pada pasangan suami isteri dan ia merupakan lambang cinta yang paling bernilai dalam kehidupan berumahtangga. Tanpa tawa ngilai dan tangis gurau anak-anak, akan terasa sunyi bagi pasangan suami isteri lebih lebih lagi yang telah lama berumahtangga. Namun, kesediaan untuk menerima cahayamata amat penting terutamanya untuk mengetahui perkembangan yang berlaku dalam diri kanak kanak dari segi fizikal dan mental kanak kanak tersebut. Dalam perkembangan mental kanak-kanak, selain daripada perkembangan kognitif iaitu pemikiran dan fungsi otak, aspek perasaan dan tingkahlaku emosi juga penting. Tingkahlaku emosi dan perasaan kanak-kanak boleh diklasifikasikan dalam dua cara yang paling umum iaitu: a. Faktor luaran iaitu kanak-kanak sering menunjukkan reaksi emosi melalui riak muka seperti ketawa, senyum, menangis, bermasam muka, tidak berkata-kata dan sebagainya. b. Faktor dalaman iaitu perasaan emosi yang dilahirkan melalui tingkahlaku emosi yang berubah-ubah mengikut tindak balas emosi untuk menarik perhatian penjaga atau rakan rakan sebaya. Emosi adalah penggerak pada tingkahlaku kanak-kanak dan merupakan cara yang termudah untuk kanak-kanak melahirkan apa yang mereka fikirkan dan apa yang mereka rasa. Segala situasi yang berlaku di keliling dan juga perubahan biologi yang mereka lalui akan bertindak untuk mewujudkan tingkahlaku emosi seperti meradang, marah, naik angin, takut, benci dan sebagainya. Situasi yang melibatkan tingkahlaku emosi kadang kala sukar dinilai lebih-lebih lagi bila kanak-kanak itu berusia antara satu hingga lima tahun kerana perubahan yang berlaku dalam diri kanak-kanak itu tidak seimbang. Setiap perubahan yang berlaku adalah disebabkan perubahan luaran dan juga dalaman yang berkait rapat dengan perubahan biologi yang kurang konsisten. Ini bermakna, seorang kanak-kanak itu dalam masa yang sama harus mengimbangi perubahan diri dan juga penyesuaian faktor luarannya. Secara tidak langsung, ia mempengaruhi sikap ibu bapa terhadap reaksi kanak-kanak itu. Sekiranya ibu bapa kurang sensitif dengan perubahan emosi dan biologi kanak-kanak itu, kanak-kanak yang bijak, akan mula memanipulasikan ibu bapa mereka untuk memenuhi kehendak kanak-kanak itu. Sebagai contoh, kanak-kanak yang sensitif pada perubahan biologi dan perubahan emosinya, akan sering menangis dan merengek. Keadaan ini akan menimbulkan rasa marah pada ibu bapa. Atas tindak balas itu, ibu bapa akan mengambil jalan pintas dengan menghukum kanak-kanak itu agar berhenti menangis. Tindakan ini tidak akan memberi apa apa faedah kerana tindaklaku emosi kanak-kanak itu hanyalah bersifat sementara. Kanak-kanak itu akan berhenti menangis kerana ‘takutkan hukuman’ yang diberi. Malahan tingkahlaku emosi ini akan berulang-ulang dan berterusan kerana kanak-kanak itu tidak belajar bahawa ‘menangis’ atau tingkahlaku emosi itu bukanlah cara yang betul untuk menyatakan sesuatu. Ini adalah kerana tingkahlaku emosi ini dijadikan sebagai ‘pembantu’ untuk mereka menghadapi situasi yang dihadapinya seperti untuk memenuhi kehendak dan keinginannya sendiri. Ibu bapa seharusnya menggunakan teknik bertanya untuk mengajar anak-anak agar tidak mengambil jalan pintas dengan tindaklaku emosi sekiranya mahukan sesuatu. Seperti, "Adik nak apa? Kenapa adik menangis? Adik nak susu? Adik nak mainan? Adik tak mahu tidur?" Jika mereka mengiakan apa yang telah ditanya itu, kemudian, ibu bapa haruslah menerangkan pada kanak-kanak tersebut agar nyatakan apa yang mereka mahu dengan jelas (katalah seperti, " Oooo katalah adik nak susu.....jangan lah menangis...mana ibu tahu adik nak susu..lain kali adik cakaplah.....adik tunjuklah pada ibu...") bukannya tingkahlaku emosi (seperti menangis). Proses ini perlu diulang beberapa kali agar mesej tersampai pada kanak-kanak itu. Ini adalah disebabkan oleh pertumbuhan mental yang turut berkembang pada kanak-kanak berusia satu hingga lima tahun. Berbanding dengan cara ‘hukuman’ tadi, ia akan menimbulkan kesan emosi negatif pada kanak-kanak itu dan ia membantutkan pembesaran emosi yang positif. Dikhuatiri sekiranya kanak-kanak itu akan terus menggunakan teknik menangis (atau tingkahlaku emosi) ia akan melahirkan suasana tidak tenteram, benci membenci antara satu sama lain. Perangai tunjuk emosi ini boleh ditangani sekiranya ibu bapa tahu mengendalikan emosi anak-anak mereka. Ibu bapa harus peka dengan kehendak dan kemahuan anak-anak serta pola tingkahlaku emosi mereka supaya setiap kali berlakunya tunjuk emosi, ibu bapa tahu cara untuk menanganinya. Contoh yang sering berlaku ialah apabila berada di pusat membeli belah. Ada kanak-kanak menggunakan tingkahlaku emosi dengan menangis dan berguling-guling di pasaraya untuk menarik minat ibu bapa agar memenuhi kehendaknya. Keadaan ini akan berterusan walaupun kanak-kanak itu telah dihukum (selalunya ibu bapa akan memukul atau memaksa anak mereka agar berhenti menangis tetapi, kanak-kanak itu akan mendapat apa yang dihajatinya kerana sekiranya mereka terus menangis walau pun di hukum, kanak-kanak itu akan dapat juga apa yang dihajatinya) Secara tidak langsung,ibu bapa kanak-kanak tadi telah dimanipulasikan oleh anak mereka sendiri. Sekiranya tingkahlaku emosi seumpama ini terjadi, ibu bapa harus berhati-hati agar tidak menjadi ‘mangsa’ pada anak anak sendiri. Ibu bapa harus menggunakan teknik perjanjian dengan anak-anak dengan syarat setiap apa yang dijanjikan itu ditepati. Berjanjilah dengan anak-anak sekiranya mahu mengikut ibu bapa ke pasaraya, haruslah berkelakuan baik jika tidak, mereka tidak akan dibawa bersama nanti sehinggalah mereka berjanji akan berkelakuan baik. Ibu bapa harus bijak dalam menguruskan emosi anak anak. Cuba elakkan dari menggunakan teknik menghukum, sebaliknya digantikan dengan teknik bertanya dan perjanjian agar dalam masa yang sama, mereka akan belajar untuk menguruskan emosi mereka sendiri. Kaedah ini amat penting bagi kanak kanak yang membesar kerana pada peringkat awal inilah akan membentuk peribadi kanak kanak bila mereka dewasa nanti. Kanak-kanak seharusnya diajar/dilatih menurut kata-kata ibu bapa bukannya dimarahi, dihukum atau dileterkan . Secara amnya, ibu bapa harus mendidik anak-anak dengan disiplin dan hukuman. Kedua-dua ini memberi kesan yang kurang sihat pada pembesaran anak-anak. Hukuman ialah sesuatu yang ‘menyakitkan’. Hukuman ialah membalas seseorang yang telah melakukan sesuatu kesalahan. Disiplin pula merupakan tindakan yang dilakukan dengan satu matlamat tertentu. Dalam hal ini, ibu bapa harus mendisiplinkan anak-anak dengan diplomasi dengan tujuan untuk membantu anak-anaknya memperbaiki dirinya. Harus kita pertimbangkan bahawa kanak-kanak sebenarnya tidak boleh dipaksa. Sistem ‘pembelajaran’ akan berlaku secara automatik. Cuba bentuk emosi anak-anak dengan disiplin dan diplomasi serta kasih sayang. Mereka akan kenal siapa mereka, realiti yang harus mereka hadapi dan ini dapat memperkembangkan keseimbangan tingkahlaku emosi kanak-kanak.
4 GOLONGAN LELAKI YANG DI TARIK OLEH PEREMPUAN KE NERAKA
Pertama:- Ayahnya Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.
Kedua:- Suaminya Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri......walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.
Ketiga:- Abang-abangnya Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ....tunggulah tarikan adiknya di akhirat.
Keempat:- Anak Lelakinya Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak ...... nantikan tarikan ibunya.
Maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat ... maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap firman ALLAH S.W.T.:-
"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA, DIMANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA DAN BATU-BATU....."
Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda...kesiankanlah mereka dan diri kamu sendiri......jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas..
Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik....oleh mana-mana pihak ?????
Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA... semua kaum muslim masuk syurga ..... janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.
SEMOGA KITA SEMUA TERGOLONG DARI AHLI SYURGA YANG MEMASUKI-NYA TANPA HISAB. AMIN..... YA RABBALALAMIN.
Khasiat Peluk Isteri
Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.
``Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh. ``Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,'' katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit' di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini. Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w. Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri. ``Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,'' katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu. Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik. ``Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,'' kata Fadzilah.
p/s : lepas nih ada yang tak pergi kerja asyik nak kena peluk ngan suami jerrr....
Wednesday, May 23, 2007
Satu Rumah Satu Penyanyi...

Tuesday, May 22, 2007
Sakit...
Kekadang tuh aku rasa sedih sangat bila teringat kat mak ngan ayah yg ada kat kampung... sihat ker sakit ker.... ermmmm dah... tinggal dua orang jer kampung ... memang laarrr boleh tanya khabar tapi dalam phone rasa cam tak puas... nak balik selalu pun tak terdaya... aku ada responsibilities aku sendiri untuk family aku....Terfikir macam mana agaknya diri aku bila dah tua esok... sakit pening aku ni nanti ada tak orang tengok... ada tak anak-anak aku jaga dan amik peduli atau sampai hati ker dia orang tinggalkan aku kat rumah orang-orang tua... hmmm... entah laahhh...Bagi aku.... semua depends on how you treat your parents and how you educate your kids.... Walau cam mana pun semua tuh qada' dan qadar tuhan... kita manusia nih hanya mampu merancang hanya Dia yang menentukan... semoga dengan berkat amalan kita segala-gala yang terbaik akan di anugerahkan untuk kita jugak nanti.... berdoa saja lah...
Tuesday, May 15, 2007
Exams

Oppsss... malu plak rasa nya... aku ker dia yg nak amik exam nih... dia cam rilex jer aku yg kelam-kabut semacam and yet it's just a KINDERGARTEN lahhhh... aku pun tak tahu kenapa dengan aku ...
cam mana hek ...aku tak dapat bayangkan kalau bila anak aku nak menduduki examination yang lebih besar cam UPSR, PMR, SPM and masuk U all the Final exam pergh...
Teringat aku masa dedolu... masa aku nak amik SPM... (yg lain-lain tuh aku tak pernah kisah pun) ingat lagi masa tuh parents aku gi buat haji kat Mekah so... hampir every night dia call to ask my progress about my study.. maybe sebab tuh kot aku pun rasa cam tuh... my parents tak pernah berenti buat sembahyang hajat bila aku nak amik all the exams masa kat u... especially bila aku kata subject nih susah sikit larr mak... and selalunya before exam and immidiately after exam i will called my parents and citer... kalau sebelum exam tuh biasanya aku mintak restu laarrr...
So aku rasa aku dapat degree nih pun atas doa-doa mereka... nak harapkan aku baca buku bersungguh-sungguh aku rasa idak ler...
So bila sampai kat office pagi tadi, aku try rilex ...bawak bertenang ... and aku rasa tak logik sungguh apa yg aku rasa sekarang nih... aku sepatutnya cool jer and doakan dia dapat jawab semua soalan-soalan... and aku realise that kalau aku buat cam nih mesti dia rasa pressure dan nanti dia pulak yang cemas dan kalut... so, aku pun decide to be cool and just act as nothing happend .... just hide my real feeling about all those things....
Anyway aku doa kan anak aku boleh jawab semua soalan-soalan exam dia dengan cemerlang...
Saturday, April 28, 2007
"According to Ilardi, Rodriquez-Hanley, Roberts, and Seigel (2000), the clinical doctoral program at Ohio University ranks 31st in the nation on the mean score earned by its graduates on the national psychology licensing examination (EPPP). The program also ranks 48th in the country in the number of its graduates on the faculty of doctoral programs in psychology."
Woahhh... I'm always dream to study kat sini...
OHIO UNIVERSITY... such a beautiful place to study... aku selalu berangan that one day aku boleh further my study kat sini... aku dengar this University is one of the best university for Psychology .. tapi yang penting this University macam cantik je...
Tapi sekarang nih... I don't think I would like to continue the dream ... biar dia berkubur cam tuh jer... lagi pun benda yang aku kerja sekarang nih tak der langsung sangkut-menyangkut dengan apa yang aku belajar dulu...
Yup Bachelor Degree of Psychology with Honors... errmmm tinggal kenangan jer laarr kot...
Aku selalu bercita-cita nak jadi motivator cam Dr. Fadzilah Kamsah tuh... aku rasa jadi motivator ker penceramah ker memang hebat.. dia kena tahu every singgle thing... bukan saja bidang yang dia expert tuh tapi semua sekali... macam rasa semua orang give full respect ... even apa yang dia orang cakap kengkadang tuh bull sheet jerrr... aku tak lar kata aku rasa menyesal tak teruskan cita-cita aku tuh tapi aku rasa aku tak mampu nak buat... aku dapat kerja nih pun aku rasa amat-amat bersyukur.... tak kisah lahhh apa yang aku buat tuh ada kena mengena dengan apa yang aku belajar th ker tidak... rezeki masing-masing... aku anggap apa yang aku belajar dulu tuh sebagai ilmu yang amat berguna bagi aku... walau pun aku tak pakai secara direct tapi aku rasa ia amat berguna bagi aku untuk aku hidup kat dunia nih.... at least 1/3 otak aku nih pernah di gunakan untuk sesuatu....
Opppss... merapu plak... just check it out... OHIO UNIVERSITY... http://www.psych.ohiou.edu/academics/grad_studies/clinical.html
Sesiapa yang nak melanjutkan pelajaran dalam bidang Psychology nih maybe boleh try kat sini... orang kata facilities untuk buat research.. buat lab test, Psychology test, apa-apa clinical test dll memang best.....
Sunday, April 22, 2007
nelly furtado - promiscuous
Nope
[N:] Didn�t think so
How you doin� young lady
That feelin� that you givin� really drives me crazy
You don�t haveta play about the joke
I was at a loss of words first time that we spoke
Looking for a girl that�ll treat you right
You lookin� for her in the day time with the light
You might be the type if I play my cards right
I'll find out by the end of the night
[N:] You expect me to just let you hit it
But will you still respect me if you get it
All I can do is try, gimme one chance
What�s the problem I don�t see no ring on your hand
I be the first to admit it, I�m curious about you, you seem so innocent
[N:] You wanna get in my world, get lost in it
Boy I�m tired of running, lets walk for a minute
[Chorus]
Promiscuous girl
Wherever you are
I�m all alone
And it's you that I want
[N:] Promiscuous boy
You already know
That I�m all yours
What you waiting for?
Promiscuous girl
You're teasing me
You know what I want
And I got what you need
[N:] Promiscuous boy
Let's get to the point
Cause we're on a roll
Are you ready?
[Verse]
[N:] Roses are red
Some diamonds are blue
Chivalry is dead
But you're still kinda cute
Hey! I can't keep my mind off you
Where you at, do you mind if I come through
[N:] I�m out of this world come with me to my planet
Get you on my level do you think that you can handle it?
They call me Thomas
last name Crown
Recognize game
I'm a lay mine's down
[N:] I'm a big girl I can handle myself
But if I get lonely I�ma need your help
Pay attention to me I don't talk for my health
I want you on my team
[N:] So does everybody else.
Baby we can keep it on the low
Let your guard down ain�t nobody gotta know
If you with it girl I know a place we can go
[N:] What kind of girl do you take me for?
[Chorus]
Don't be mad, don't get mean
[N:] Don't get mad, don't be mean
Hey! Don't be mad, don't get mean
[N:] Don't get mad, don't be mean
Wait! I don't mean no harm
I can see you with my t-shirt on
I can see you with nothing on
feeling on me before you bring that on
Bring that on
[N:] You know what I mean
Girl, I�m a freak you shouldn't say those things
I�m only trying to get inside your brain
To see if you can work me the way you say
It's okay, it's alright
I got something that you gon' like
Hey is that the truth or are you talking trash
Is your game M.V.P. like Steve Nash
[Chorus]
Promiscuous Girl
Wherever you are
I�m all alone
And its you that I want
[N:] Promiscuous Boy
I'm calling your name
But you're driving me crazy
The way you're making me wait
Promiscuous Girl
You're teasing me
You know what I want
And I got what you need
[N:] Promiscuous Boy
We're one in the same
So we don't gotta play games no more
Cuba tengok nih... he-he-he memang cute.. kelakar laarrr pulak...
Jumpa Video clip nih dalam blog member aku Farhi - the ID man ...
Justin Timberlake - What Goes Around...Comes Around
Yup agree... What Goes Around Comes Around... orang Melayu kata Buat Baik Di balas Baik ..... Buat jahat pun di balas jahat gekkk...
"Hukum Karma"
Monday, April 9, 2007
Menurun...
Semalam masa aku tengah tengok tv ngan anak-anak aku... aku dok peratikan Nayli - anak aku yg no 2 tuh tengah ralit (asyik) gesel kaki dia kat tilam tempat dia tidur.... aik... menurun jugek...
Baru aku teringat kat kepala hotak aku nih... macam mana keadaan aku dolu-dolu... (actually sampai sekarang). Aku baru perasan, rupa-rupanya banyak persamaan antara aku dengan anak-anak aku...
Memang tak dapat di nafikan, kalau aku nak tidur secara spontan nya aku akan gesel kaki aku kat tilam tempat aku tidur tuh. Lama-lama dalam 10 minit, baru aku dapat lelapkan mata... tu saat yang paling best aku rasa... mana tidaknya.. masa tuh boleh pikir macam-macam ... orang kata tengah layanzzz....erm.... like mother like daughter... mana tak tumpahnya kuah kalau tak kat nasikkk... ermmm aku try to flash back masa aku kecik-kecik dolu, masa aku sebaya dengan anak-anak aku nih.... jom flash back...
Sedikit pembersih kononnya...
Masa aku kecik dulu aku pantang gi makan tempat-tempat yg kotor... akau tak akan masuk warung-warung nih... kalau aku gi tempat-tempat cam nih benda yg pertama aku akan gi adalah dapur dia ... kalau dapaur dia cam ok baru aku boleh nak makan... family aku, especially mak aku, memang tahu sangat perangai aku nih...kengkadang kalau aku tengok tukang masak tuh cam tak semenggah jer ropa dia, memang laarr aku tak kan lalu nak makan... and aku perasan laa nih anak aku yg no 2 tuh pun sama dia mesti tak berapa lalu kalau tengok org tukang masak dengan kedai tuh kotor... tak lalu bib....
Even kalau pinggan / cawan tuh ada macam bekas minyak atau hitam-hitam sikit ermmmm... tak der nya aku nak minum...
Pas tuh aku tak boleh kalau baju aku tuh kotor atau basah... memang aku nak tukar baju lain... Nayli (yg no 2 tuh) pun cam tuh gek... sampai kalau hari Sabtu ngan hari Ahad tuh penuh dengan baju dia jer... tension aku di buatnya
Memilih....
Aku kalau tak selesa aku tak kan pakai... biar larrr mahal cam mana pun... cantik cam mana pun kalau aku tak suka, kalau aku tak selesa aku tak kan sanggup pakai... dua-dua anak aku pun cam tuh jugak... susah kalau nak pilihkan dia orang baju and especially kasut baru... kalau silap pilih ... terbiar cam tuh jer tak kan dia orang pakai punya... mak kata kalau nak belikan aku baju aku akan tawaf satu pekan Melaka nak pilih baju yg aku berkenan .... lepas satu kedai ke satu kedai . Bila aku dah puas hati round aku akan select yg mana satu . Biasanya pilihan aku mesti yg mula-mula sekali.... he-he-he....
Cam tuh jugak kalau makan... kalau mak masak tak sedap what I mean tak kena ngan tekak aku...aku mesti tak makan... paling aku tak suka ikan masak singgang... adush... punya larr tak menarik... so, mak akan at least gorengkan aku telur cicah kicap.... sama lar bebudak dua orang tuh... kalau lauk aku masak tak sedap .. yg kecik tuh langsung tak makan... at least kakak makan jugak tapi sikit larr.. dia jarang complain...
Pengotor sikit-sikit...
Tapi dalam bersih-bersih aku tuh... aku nih pengotor gak... aku memang malas nak amik handkerchief untuk lap hingus aku... baiasanya aku akan guna cara paling mudah... cuba teka??? aku lebih suka lap kat baju jer.... ahaks... senang apa... leceh larrr nak amik kain... sementara nak amik kain hingus tuh nanti dah nak masuk mulut kan lagi kotor... sekarang nih aku dok membebelkan anak aku - Nayli geram aku di buat nya... aku sampai letak kain lap hingus tuh di every favourite tempat dia... belum habis cakap lagi dia dah kesat hingus dia dari lengan baju sampai kat pergelengan tangan dia... adushhhh...
Aku malas nak mandi pagi... so, kalau cuti.. aku lebih suka lepak ngan baju tidur tengok tv atau buat kerja-kerja lain dulu sebelum mandi... hehheh biasanya aku akan mandi dalam tengah hari... around 2 o'clock... Nabilah... ermmm... yelah cam tuh gak tapi aku akan pastikan dia orang mandi lepas tengok one of the fav cartoon dia org habih which is around 9:30. Teringat abang aku - Abang Nuar my 2nd elder brother... he is a really particular bab bab kebersihan nih... dia selalu marah aku and kekadang tuh dia purposely datang rumah mak aku to check wether aku dah mandi ke belum... He's the one which always advise me to be cantik.. macam try to wear lipstick bila keluar jejalan... dia pun selalu belikan aku beautiful staff cam baju tidur renda-renda, baju kurung bunga-bunga.. kasuk pompuan... stokin renda-renda... ermmmm.... cerita pasal baju... the youngest daughter... tak suka sangat pakai skirt... she love jeans and t-shirt jer... ada sekali aku beli skirt cinderella... she like it but... sakit mata ku tengok dia pakai... dia angkat skirt tuh setinggi-tinggi yang boleh... biar lahh... asal kan dia orang tuh bahagia...
Penakut...
Frankly speaking... I'm really-really penaku/pengecut punya orang. Aku akan pasal semua lampu yang ada suis kat rumah tuh kalau aku tinggal sorang... and kalau mak aku suruh aku amik something kat dapur I will on all the lights and bila dak amik tuh I will run as faster as I could... God ... tuhan jer yang tahu betapa aku takut... I think sampai sekarang pun aku cam tuh... Yup the second daughter of mine cam tuh gek.. kalau tengok dia depan-depan memang cam berani. Depan orang jer berlagak tapi kalau sengsorang mampus... menjerit tak hengat.... penakut hapeh...
Lasak
Know what had happened on my really first month of mariage... my hubby betul-betul tak boleh nak buat apa ngan aku... nak marah... bini... baru kawin plak tuh... tak marah nanti rasa cam tak elok plak... hemmm
aku tak boleh tidur baik-baik... aku lasak... habis semua aku terajang... termasuk laki aku... kaki aku kat muka dia tuh cam benda biasa bagi dia... so kekadang dia senyap-senyap tidur kat lantai... esok bila aku tanya ... dia tak cakap kenapa.. dia cuma kata dia panas... aku ok jer lahhh alasan kira bernas apa... at last maybe dia cam dah tak tahan kot... dia cakap jugak... memula tuh malu gak aku... tapi nak buat cam mana dah aku tak sedar... bukannya sengaja... sorry yer ... ahaks... ermmm Nayli pun sama... ada sekali tuh samapai separuh kaki dia masuk dalam bilik air ... lasak tak lasak nya... bila angkat balik sekejap jer dia dah ada kat tempat lain ... ada larrr dua tiga kali aku bangung check and cari dia kat mana.... tak per laarr dik nanti bila adik dah ada anak nanti adik boleh cool sikit kot... cam mak jugak... skema sikit sekarang nih... boleh laarr duk diam satu tempat kalau tidur tuh...
Kuat Berangan...
Benda yang aku paling surprise tengok my eldest daughter buat is.... dia suka berangan dan cakap sorang-sorang... nampak gaya cam adik dia pun dah start berangan depan cermin.... tuh pekerjaan yang paling aku suka buat masa kecik dulu... aku akan berangan jadi apa-apa aja yang aku nak... I will start talking alone like hell... and expressing my feelings well kot...aku pun tak tahu nak explain cam mana... it's really-really syiokkkk tau... aku cam berada dalam dunia aku sendiri... aku paham persaan anak-anak aku... kekadang tuh aku sengaja intai tengok dia orang tengah buat apa... entah.... hanya aku jer yang tahu...
Entah rasa cam banyak lagi benda-benda yang boleh dikatakan sama antara aku ngan anak-anak aku... aku tak tahu cam mana mak ngan ayah aku jaga aku dulu... orang kata What Goes Around Comes Around







