Tuesday, January 8, 2008

The Punisher

Hmmmm.. movie nih memang movie lama, tapi aku baru jer tengok hari tuh... bukan apa, sekarang nih dah ada port untuk pinjam DVD atu CD .. murah tuh... satu CD / DVD 3 hengget jer... untuk 2 hari 1 malam.. kalau cite tuh dah lama sikit 2 hengget jer .. lepas tengok .. boleh copy... so.. korang jangan terkejut kalau korang nampak aku rambut sudah tukar colour-colour merah hijau biru.. jual CD kat pasar malam satu hari nanti...

Ok sambung pasal The Punisher... citer nih memang best, dia mulakan citer dengan FBI agent Frank Castle yang tengah dengan jayanya menyelesaikan satu kes besar sebelum dia bersara dan cuba ingin memulakan hidup baru bersama isteri dan anak lelaki dia ... masa kes nih laa... dia dan pasukan dia telah menembak salah seorang anak seorang penjahat yang paling hebat kat negara tuh ... rrr.. lakonan John Travolta. Anak penjahat nih nak jadikan citer mati. John Travolta memang sedih atas kematian anak kesayangan dia tuh... dia dan isteri dia pun nak balas dendam atas kematian anak dia nih ... pergh.... ha lepas nih baru satart citer sebenar ...
Cerita nih bermula bila Frank Castle buat party kat rumah dia dan jemput semua ahli keluarganya dari mak ayah atuk nenek kaum kerabat semua datang. Dan John travolta telah mengarahkan orang-orangnya untuk melenyapkan kesemua keluarga Castle. Masa nih laa aku rasa part paling best bila Castle nampak dengan mata kepala sendiri ahli keluarganya dibunuh satu persatu... dan paling sedih bila dia cuba selamatkan anak dan isteri dia yang sedang melarikan diri.. dia orang kena langgar hidup-hidup tuh bib ...bila Castle sampai kat situ dia cuma nampak mayak anak dan isteri dia terbaring .... masa nih memang sedih ...
Castle yang disangka mati, telah bangun semula dan wanted to punish the murderers of his family. Dia kata apa yang dilakukan bukan atas dasar balas dendan tapi untuk mengajar (to punish orang jahat tuh ...Di sinilah cerita bermula... bila dia telah dengan penuh liciknya mengaturkan kesemua pembunuhan. Castle telah merancang bahawa kesemua pembunuhan itu akn dilakukan sendiri oleh John Travolta. Dia telah dengan sendirinya membunuh kesemua orang-orang yang dia percayai.. seperti isterinya sendiri dan kawan baiknya ...
Citer nih penuh dengan dendam tapi memang kesian bagi Castle tuh... hidup dia punah, musnah, hancur bila kesemua orang tersayang dia mati...

2 comments:

Arin said...

mana port nya kak raje?

Kak Ungku said...

heheh .. kat Puchong Perdana sebelah Mc Donalds ... Video EZY ...