Friday, January 25, 2008

Swimming ...


Hmmm ... sekarang nih dah ada avtivity baru untuk aku dan anak anak ... swimming ... hehehe ... aku baru jumpa port baru untuk swimming... tapi kali nih kena bayor ... sebelum nih.. aku ngan family selalu pergi one of my hubby punya kawan punya appartment and .. belasah.. berenang sampai biru ... dah laahh free pas tuh memang tak ramai orang ... aku pun pelik jugak kenapa laa dia orng nih tak pergi berenang kat situ.. kan dia orang nih semua dah bayor maintenance untuk swim kat situ .. by the way thanks to my hubby friend yang bagi kita orang berenang kat situ... rrmmm boleh kata every week... tapi bila tetiba apartment tuh memang dah tak bagi outsiders dan hanya bukak weekdays.. kita orang jadi mati kutu... tak tahu nak pergi berenang kat mana, sampai satu hari tuh (masa aku hantar Nabilah gi Taekwondo) ada sorang kakak kata ada swimming class kat Putra Jaya... dan kalau sesapa nak pergi pun boleh...
so.. kita orang try.. pergh, memang best .... tak berapa ramai orang.. kebanyakan yang datang kat sini pun orang Melayu... jadinya tak ramai yang pakai seksi-seksi... ahaks

Actually kat sini ada banyak facilities yang disediakan. Disamping boleh berenang, korang boleh jugak masuk Gym... atau activity lain ... macam padang bola, dewan, bilik mesyuarat, bilik perbincangan, gelanggang badminton, ping pong, squash dan Auditorium. Semua bilik-bilik nih korang boleh booked misal kata korang nak buat any occasion dan peralatan dalam bilik-bilik ini pun korang boleh sewa macam audio system dia, kerusi ker meja ker .. anything laa... misal kata korang nak buat aerobik untuk orang pompuan sahaja pun korang boleh sewa tempat tuh. Kadar sewaan dia by hour....

Tempat : -
Persinct 16 belakang Alamanda. Nama glamour dia Kompleks Kejiranan Presint 16 - Putrajaya

Masa untuk berenang :
Sesi 1 - 9 pagi - 11 pagi
Sesi 2 - 1.00 tgh - 3 ptg (*Jumaat sesi 2 ni untuk wanita sahaja)
Sesi 3 - 5.00 ptg - 7 mlm
Sesi 4 - 8.00 mlm - 10 mlm
Masuk untuk kanak-kanak RM1.00 dewasa RM2.00
Ada jugak klam yang betul-betul rendah untuk bebudak main-main air. Yang ini kat luar kawasan kolam besar tuh.. free jer. Kalau datang just nak main-main air boleh laa gi kat situ jer..
Class swimming yang ada kat sini kalau tak salah aku laa kan dari pukul 3.00 ptg - 4.00 ptg untuk hari Ahad, hari Sabu pun ada jugak tapi aku dah lupa pukul berapa dan paling best instructor dia perempuan. Baju-baju renang yang menutup aurat jugak ada disediakan oleh jurulatih ini. Maksud aku korang kena beli sendiri laa... Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi sendiri Puan Latifah 017-2960238. Actually aku pun tak join class tuh, aku cuma pergi waktu pagi jer hari Ahad 9 -11 pagi.
So.. jom aa.. beramai-ramai memeriahkan keadaan...

No comments: