Aku masih ingat lagi kata-kata menteri pendidikan yang telah menawarkan satu PENDIDIDKAN PERCUMA (cuba klick dan baca sendiri) bagi semua pelajar diMalaysia... Malah dalam bajet 2008 juga ada mennyebut bahawa Malaysia adalah salah satu negara yang mengamalkan dasar pendidikan percuma kepada rakyatnya dengan pemansuhan yuran sekolah untuk sekolah rendah dan menengah.
“Langkah ini adalah ke arah pendidikan 100 peratus percuma,” katanya semasa membentangkan Bajet 2008 bertemakan Bersama Membina Negara dan Menikmati Kemakmuran di Parlimen di sini, hari ini (Utusan Malaysia Online).
Hehe... yuran sekolah tuh sebenarnya berapa sen sangat lee... yang dimansuhkan... aku tak nak komen pasal pembayaran cuma kalau korang teliti semula semua ulasan-ulasan orang yang tertentu pasti sama sekali tidak sama dengan apa yang terjadi.. yang berhormat.. rakyat Malaysia sekarang sudah semakin cerdik sudah tidak boleh di pusing-pusing dan diputar belitkan lagi.. kami sudah tahu mana yang betul dan yang mana yang berbau busuk ... tolong jangan ucapkan statement statement yang berunsur penipuan nih lagi ... cuba bercakap benar dan mungkin kami boleh terima apa yang cuba disampaikan.. (aku tetap tak boleh terima).
Sebenarnya aku memang tak salahkan sekolah atau penambahan yuran nih.. sebab sekolah sebenarnya cuba untuk lakukan yang terbaik untuk ibu bapa dan anak-anak didik mereka. Aku hari tuh pun dengan paksa rela bayar jer yuran tambahan yang dikenakan oleh sekolah... Tapi masalahnya kenapa kerajaan tidak memperutukan wang yang cukup untuk segala kemudahan di sekolah-sekolah... Sepatutnya government perlu peka dengan segala apa keperluan sekolah dan pelajar... ini adalah tugas kamu ... tolong sediakan peruntukan yang sewajarnya untuk pendidikan anak-anak kami...
"Abdullah berkata, bagi memperkasakan sekolah rendah dan menengah, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM30 bilion untuk Kementerian Pelajaran bagi menjayakan usaha menghasilkan modal insan berkualiti."
30 bilion ...??? aku tak tahu betul atau tak tapi walau berapa pun yang dilafazkan itu tidak terdapat dalam baget 2008 hari tuh.. peruntukan-peruntukan lain ada. Mungkin kerajaan kita lebih berminat dalam hal-ehwal lain macam yang Dr nih tulis.. korang baca aa sendiri nanti yek ...
Bagi aku... kita sepatutnya contohi negara-negara lain seperti di Jerman, Brunei, Jepun, US yang betul-betul menitik beratkan pembelajaran dalam sistem kerajaan. Sekolah-sekolah di negara-negara ini adalah percuma.. ada pulak elaun kepada ibubapa yang telah menyekolahkan anak-anak mereka untuk kemudahan mereka belajar. Even di peringkat universiti sekali pun kerajaan-kerajan mereka masih sanggup membiayai penuh pendidikan mereka. dan tahap pendidikan mereka memang tahp pendidkan yang memntingkan kemahiran dan kepakaran. Begitu juga para guru.. mereka terdiri dari golongan professional yang mana mereka adalah golongan yang mempunyai gaji teringgi.. dan hanya yang terbaik sahaja yang akan dipilih menjadi guru. Contohnya di Jepun, guru-guru akan menjalani pelbagai peperiksaan untuk menjadi seorang guru. Mereka akan betul-betul ditapis untuk hanya memperolehi guru yang betul-betul bagus dan terbaik. Tidak seperti di Malaysia. gaji guru cukup-cukup makan jer.. dah laa tuh .. jadi cikgu adalah the last choice.. kalau tak dapat cari kerja lain baru laa terpaksa jadi cikgu.. dan hasilnya guru-guru yang paksa rela dan mengajar ala kadar jer ... aku sedih betul dengan sistem pendidikan negara kita nih ... mungkin kerajaan boleh mengambil iktibar dan belajar dari negara-negara ini. Tapi itu semua bergantung kepada keikhlasan pihak kerajaan sendiri...
Cuba baca nih.. aku betul-betul tertarik dengan ulasan yang dia bagi (click dan baca blog nih.. ada banyak lagi post dia yang best) blog nih banyak membuka mata aku bagaimana kita yang tak berapa cerdik (tapi bukan bodoh) telah tertipu dengan ketidak pandaian kita sendiri. Tapi aku rasa Malaysian sekarang sudah lebih bijak berfikir dan mengkaji sendiri mana yang betul, mana yang tipu.. mana yang baik dan mana yang tidak sepatutnya terjadi ..
Cuna baca nih plak ... Koleksi Berita Isu yuran Sekolah
Sendiri pikir laaa.. cakap pun tak guna jugak ...
5 comments:
bayo aje le kak ungku. Nak free bukak sekolah pondok sendiri la....
(pesanan khidmat masyarakat)
by the way, ulasan paling ngok ngek sekali datangnya dari mamat yang kata boleh bayar rm2 sebulan. Senang la cakap, bukan dia yang tulis resit, kitorang ni la yang menulisnya. Ingat resit kedai runcit ke? buku 555 ke? ruangan no. resit kat buku attendance tu kecik gila. Kalau 5 kali bayo camana nak nulisnya?
Cikgu .. bayor gua tak der hal punya ... tapi jangan memutar belitkan fakta ...
rrrr napa kat Malaysia nih tak boleh free ker .. dah laa semua berbayor ... cukai pintu, cukai jalan, cukai tanah, cukai pendapatan, cukai rumah, cukai jamban dan entah apa-apa cukai lagik .. tak cukup-cukup lagi ker ... tak kesian ker org yang bergaji 4 - 5 ratus jer sebulan ...
tak boleh free, masa berbayo pun budak2 banyak tak kisah pelajaran apatah lagi kalau free. Mak bapak pun sama jugak, banyak cantek la semua nak free isap rokok boleh bayo, bil astro maximum punya boleh bayo, vcd anak halal boleh beli, bayo rm60 setahun sekali untuk pelajaran anak banyak bunyik diorang.....yang tak mampu ada mekanisma sekolah untuk membantu. tak pernah pulak ada budak sekolah aku tak masuk peksa pasal miskin. Yang ramainya tak ambik peksa pasal mak bapak perasan anak tu bagus pas tu belikan moto pas tu melingkup.
Aku cadangkan yuran tahun depan rm1000 sorang. Agak tak mampu buat pinjaman. Baru la reti nak menghargai pelajaran.
Pemansuhan yuran SPM adalah tindakan paling cuai kerajaan sekarang. SPM dah macam standard test memandu je sekarang.
owh.. lupa this is Malaysia.. mana boleh free.. nanti ada pihak pulak yang rugi .. bila orang tertentu kaup untung dan si pembayar tak dapat apa.. riuh jer sekampung isinya kosong ... kalau bayor citer anak halal boleh tengok citer best.. tapi kalau setakat bayor mahal-mahal hasilnya tak ada tak guna jugak ...
Wah,wah!! Hangat ni!! Mmmmm..... lalalalala....mmmmm... Argh!!!! Pilihanraya dah dekat!!Err.. sori.. relevan ker?
Post a Comment