Monday, November 3, 2008

Cheese Cake paling senang


Aku terjumpa resepi Cheese Cake paling senang, tapi sorry aku lupa nak copy web dia pulak.. soryy ek... Saja jer try buat masa makan makan umah aku hari tuh.. pergh.. memang sedap sekali letak jer.. anak anak buah aku dah langsaikan ...

250g Philadelphia Cream Cheese
3 biji telur
1/2 cawan gula
Sedikit Butter
Biskut Tiger

Cairkan butter. Gaulkan dengan biskut tiger yg dah di blend hancur sampai boleh kepal. Tekan kan sikit bagi mampat. Pukul cream cheese dengan gula sampai kembang. Tapi jangan lama sangat nanti kek tuh pecah (nih pesanan dari yang empunya resepi - cuma aku lupa nak copy web site dia) Last masukkan telur sebijik sebijik .. kacau rata. Dah boleh tuang kat dalam lapisan biskut tadi. Bakar dalam 1/2 jam hingga 45 minute - 180 darjah celcius. Siap.. kalau nak topping ngan blueberry atau strawberry jam pun boleh jugak.

No comments: