Hari nih masuk 3 minggu rakan seperjuangan aku di pejabat pulang ke rahmatullah... seperti baru semalam aku lihat dia di work stationnya.... Hari ini, baru aku mampu lakarkan kisah itu dalam blog ini. Aku masih sedih dan belum mampu menyusun ayat mengenainya... Terus terang aku katakan belum pernah aku rasa sedih seperti ini di hari pengkebumian sesiapa. Tapi hari itu.. perasaan aku sebak ... aku sedih... entah berapa banyak air mata aku tumpah di perkarangan mesjid itu.
Pagi itu aku ke office seperti biasa. Sampai di office .. rakan aku yang memberitahu aku yang dia sudah meninggal.. aku sungguh sungguh tidak percaya dengan kata kata rakan aku itu.. mungkin tersilap..detik hati aku... rasanya baru lagi dia menerima berita gembira.. dia baru sahaja melahirkan anak lelaki yang betul betul dia idamkan sebelum ini.. maklumlah .. sudah lama dia menunggukan kehadiran seorang putera setelah puteri terakhirnya berusia 7 tahun.
Aku ingat lagi.. saat saat akhir dia di office sebelum dia mengambil cuti bersalin .. dia begitu ghairah setelah dia tahu yang dia mengandung.. terlihat kebahagian di raut wajahnya dan kebetulan masa itu aku juga pregnant... Kami sama sama berbincang mengenai keinginan memperolehi anak lelaki.. katanya lagi kandungan dia kali ini amat amat terasa lain dari yang sebelum ... terlalu senang, tidak banyak ragamnya jika di bandingkan dengan kandungannya sebelum ini... hampir setiap hari topic perbincangan aku dan dia adalah mengenai bayi dalam kandungan kami. Dan tarikh lahir bayi kami juga dijangka dalam bulan yang sama.. cuma berbeza 1 atu 2 minggu sahaja.. tapi malang .. aku keguguran.. dan aku terpaksa akur dengan takdir itu .. namun begitu setiap kali aku lihat dia .. pasti aku seronok ... dan aku masih lagi ingat yang pada suatu hari dia amat amat gembira ... katanya dia sedang menunggu kehadiran anak lelaki .. katanya lagi menurut doctor.. imbasan bergambar yang dilihatnya tempoh hari seolah olah memastikan bahawa dia mengandungkan seorang putera .. dia senyum lebar.. suka betul dia.. aku juga tumpang gembira dengan berita itu ...
Arwah pergi meninggalkan 3 orang puteri yang masih kecil dan seorang putera yang baru dilahirkan.. baru 35 hari melihat dunia... mungkin sebab itu .. aku sedih.. aku sedih memandang wajah wajah kecil yang akan kehilangan kasih sayang seorang ibu. Pasti putera malang itulah yang tidak dapat lansung merasa kasih sayang ibunya . Kakak yang sulung baru sahaja habis menduduki peperiksaan UPSR, yang nombor dua baru saja berusia 9 tahun manakala anak arwah yang ketiga, Sofea pulak yang merupakan anak kesayangan sebelum mendapat cahaya mata yang terakhir itu baru sahaja mula bersekolah.. darjah satu... wajah wajah kecil yang suggul itu aku tatap satu persatu.. betapa sayu hati kecil aku melihatkan mereka.
Aku masih terbayang bayang wajah adik ketiga Sofea atau nama timangannya Ecah ...yang menangis meronta ronta apabila saat ibunya dikapan kan.. dia langsung tidak mahu menatap wajah ibunya untuk kali terakhirnya ... ramai saudara maranya cuba memujuk... tidak ada seorang pun yang berjaya ..
Entah kenapa aku betul betul sayu melihat gadis kecil itu... seperti terpukau aku pergi mendapatkan Sofea .. aku pujuk dia.. dan secara tiba tiba naluri keibuan aku berkata yang aku perlu dakap dia.. aku peluk dia erat .. aku cium dia... aku bisikan kata kata yang dapat mengihiburkan hatinya... aku cuba tenangkan dia... aku dakap dia lagi agar dia tahu yang ada lagi orang yang menyayangi dia... mereka semua masih lagi sedang memujuk Ecah untuk melihat wajah arwah untuk kali terakhir... emak saudaranya.. kakak sulungnya.. neneknya .. tapi dia tetap enggan..
Aku pandang Ecah ... sambil aku bacakan ayat ayat penenang agar dia lebih tabah... aku tanya dia.. "Ecah nak tengok ibu... nanti ibu nak pergi jauh.. ibu nak pergi syurga.. nanti esok Ecah dah tak boleh tengok dah... kalau Ecah nak tengok, untie tolong bawakkan .. kita tengok dari jauh... " aku seperti terus mengerti.. mungkin anak kecil itu tidak tergamak lagi melihat rupa paras ibu mereka.. sudah tidak sanggup menerima kenyataan... tidak perlu paksa dia.. mungkin itu lebih baik... biar dia sendiri membuat pilihan dan berfikir... atau biarkan sahaja gerak hatinya ..
Aku peluk lagi.. dan sesekali aku tanya dia lagi... soalan yang sama... semakin lama semakin reda tangisan gadis kecil itu... dia pandang aku sayu.. aku tanya dia lagi.. "kenapa..?? Ecah nak untie buat macam mana .. " kalau Ecah nak apa apa Ecah cakap.. untie tak tahu apa yang ada dalam hati Ecah tuh.. ok ..." dia dekatkan bibirnya ke telinga aku... "Ecah tak pandai baca doa... " tiba aja air panas mengalir di pipi aku.. aku sedih l ..sebak betul hati aku..... "tak apa.. " kata aku perlahan.. "Ecah tak payah baca apa-apa doa.. Ecah pandai baca Al-fatihah.. Ecah baca jer Al-Fatihah... " kata aku memujuk.. "Ecah nak tengok ibu.. " soal aku lagi. Tiba tiba dia angguk lesu.. "untie bawakkan... " dia angguk lagi... aku bingkas bangun.. menarik jari jemari kecil itu.. memimpin dia dekat ke arah jenazah... tapi .. arwah sudah d itutup mukanya dan sudah dikapankan .. sudah dimasukkan kedalam keranda itu... aku mintak tolong kalau kalau mereka boleh tolong bukakkan .. sekejap pun jadi lahh... malang.. mereka kata tak boleh dah.. lagi pun mayat akan dibawa ke perkarangan masjid untuk disembahyangkan...
Ecah tarik tangan aku... "kenapa??? aku tanya..??? " dia pandang aku lagi... "Ecah nak pergi mesjid... " tanya aku seolah olah mengerti dengan mimik mukanya itu... dia angguk... aku bawa dia ke mesjid.. tiba tiba.. kakinya terpaku .. "Ecah tak tahu sembahyang .. Ecah tak tahu baca doa..." arghhh .. sekali lagi aku sebak ... aku perlu tabah .. aku perlu tahan diri agar aku tidak sama lemah seperti dia .. dia perlukan aku dalam masa masa begini ... "Tak apa.. untie pun tak sembahyang .. untie baca Al Fatihah jer untuk ibu... jom kita baca sama sama .." pujuk aku lagi
Sepanjang jenazah di sembahyangkan.. Ecah duduk atas ribaan aku... aku dakap dia seperti aku dakap anak aku sendiri... sesekali air matanya mengalir.. aku kesat.. aku mampatkan dengan kata kata dorongan agar dia tenang .. aku peluk dia lagi .. aku cium dia.. mungkin dia perlukan kasih seorang ibu ...
Selesai solat jenazah .. kami kembali ke kuburan.. hujan turun sangat lebat ... aku cuba bawa Ecah ke kubur arwah.. mungkin dia boleh lihat wajah arwah untuk kali terakhir... tapi mungkin terlalu lama dia menunggu untuk melihat wajah itu.. Ecah tidak lagi mahu... dia undurkan diri... "Ecah nak masuk dalam .." katanya .. "Ecah tak nak tengok ibu .???" "tak nak.. Ecah tengok kat sini jer ... "
Aku kecewa betul.. kerana tak dapat menunaikan permintaan pertama dia tadi.. dia melihat jenazah di kebumikan .. dia cuma lihat dari jauh.. hujan lebat semakin membasahi kawasan itu.. dan aku tahu hujan dalam hati kanak kanak kecil itu lebih lebat dari itu... sampai saat kami pulang .... Ecah tetap terpaku melihat jenazah semakin hilang dari pandangan.. semakin di kambuskan dengan tanah ...dan aku .. aku terpksa pulang ... masih banyak lagi tanggung jawab aku yang lain ... aku hanya mampu memandang jauh kanak kanak tadi .. kakak sulungnya senyum melihat aku ... seolah olah berterima kasih.. aku pandang dia ...dialah yang akan menggantikan ibu mereka... dia sambut tangan Ecah dan memeggangnya.. seolah olah .. hari ini bermula laahh kisah baru dalam hidupnya.. dan bermula lah tanggung jawab besar yang akan di gendong nya selepas ini ... kanak kanak kecil yang masih belum mengerti apa apa... masih kecil untuk memikul gendogan besar itu...
Aku menaiki bas company dengan lemah ... berat sungguh hati aku meningglkan pusara itu ... meninggalkan anak anak kecil yang masih memerlukan kasih sayang seorang ibu.. dan bayi kecil yang masih tidak mengerti apa-apa...
Apa yang aku harapkan.. agar mereka tabah... itu sahaja yang mampu terkeluar dari mulut ini.. kerana aku tahu .. tak ada satu apa kata kata pun yang mampu menenangkan hati mereka...
Keapada arwah... semoga roh mu bersama orang orang yang beriman dan dicucuri rahmat ... Al-Fatihah..
3 comments:
Sedihnya... Siannya budak2 tu dah jadi anak yatim... tanpa ibu...
ssedihnyer.... sian anak2 dia..
sakit ape ek? so siape jaga anak2 dia sekarang.. ya allah.. meleleh lar baca citer ni !!
ketentuan Ilahi .. macam tu lah ajal ...
Sudden death... heart problem.. sebelum nih dia pun tak tahu, cuma ada chest pain sikit kadang kadang.. dia ingat sebab dia dia letih sangat msa pregnant kali nih...
anak dia.. husband dia yang jaga. husband dia baru ambik bibik.. so maid la yang banyak bantu...dan yg sedihnya lagi.. baru baru nih.. anak no 3 tuh (Ocah)nangis kat sekolah sebab rindu sangt kat ibu dia... arghh.. sedihnya...
Post a Comment