Thursday, November 6, 2008

Nasik Carrot, kurma daging, ayam masak merah ...

Makan lagi ... hari tuh buat makan makan lagi.. kali nih gerombolan dari Melaka pulak.. mak ayah ngan adik beradik aku .. masak simple jer .. Nasi Carrot, daging masak kurma, ayam masak merah, bubur jagung. cheese cake, puding roti ngan biasa laa.. cocktail.... kelam kabut jugak aku.. malam tuh hantar mak ngan ayah ke Batang Kali rumah abang aku.. pagi Ahad tuh pulak terbangun lambat.. nak gi pasar lagi nak masak lagi.. dia org dtg kul 12.. pergh apa lagi.. cam lipas kudung aku.. tapi ok laa.. semua berjalan lancar.. lambat laa sikit.. kul 2 baru boleh makan .. heheh..

Nih resepi Nasi Carrot

Beras - 3 - 4 put
Susu Cair - 1 tin
2 sudu susu pekat
bunga cengkih, buah pelaga, bunga lawang, kulit kayu manis (cam biasa nak masak nasi minyak) Bawang putih
Bawang merah
halia -
carrot - 2 batang hiris halus halus
minyak sapi 1 tin kecik
daun pandan
air
garam

Tumiskan bunga cengkih, buah pelaga, bunga lawang, kulit kayu manis (cam biasa nak masak nasi minyak, Bawang putih, Bawang merah, halia dengan minyak sapi ... jangan banyak sangat minyak sapi tuh.. nanti muak. dah garing.. masukkan beras. goreng sekejap. Pas tuh masukkan air sukat ikut sukatan macam masak nasi biasa.masukkan susu cair dan susu pekat tadi .. masuk daun pandan dan garam secukup rasa, pas tuh masukkan carrot yang dah di hiris halus halus.. kalau malas guna jer penyagat.. tapi hasilnya tak laa berapa cantik..
Pas tuh tunggu dia masak ... dah siap.

Kurma daging

Daging
bunga cengkih, buah pelaga, bunga lawang, kulit kayu manis (cam biasa nak masak nasi minyak) Bawang putih
Bawang merah
halia
Rempah kurma
Santan
2 - 3 titis air limau nipis
cili merah ngan hijau
kentang
bawang besar

Tumis bunga cengkih, buah pelaga, bunga lawang, kulit kayu manis, bawang merah, bawang putih, halia dengan sedikit minyak sapi ynag dicampur dengan minyak masak biasa (kalau banyak sangat pun tak sedap.. nanti muak sangat) Masukkan rempah kurma yang dicampur dengan sedikit santan cair. tumis sampai garing. Masukkan daging, biarkan sampai kecut. Masukkan santan cair. Bila dah agak agak lembut daging tuh masukkan kentang. Bila dah lembut masukkan santan pekat. Tunggu sampau menggelegak masukkan cili, tomato dan bawang besar - untuk hiasan. Boleh rasa sedap ker tidak.. last sekali masukkan 2 titk air limau nipis. Siap. Boleh makan

Ayam masak merah

Ayam
Sos tomato
bawang merah bawng putih halia
5 brother (bunga cengkih, buah pelaga, bunga lawang, kulit kayu manis) kalau koramh suka. Hubby aku tak berapa minat rasa berempah nih.. nih terpulang laa..
Serai
Garam
Cili hijau, tomato, Bawang besar - untuk hiasan

Memula goreng ayam cam biasa- buh garam kunyit. Bila dah masak.. angkat dan ketepikan. Goreng 5 brothers (sesiapa yang suka rasa rempah sikit sikit), bawang mereah, bawang putih, halia yg dah ditumbuk. pas tuh masukkan sos tomato, masukan ayam dan bubuh sedikit air. Pas tuh masukkan ayam, biar seketika, bubuh garam dan gula. Kalau nak cantik bubuh gula merah...
Bila dan rasa, dan air dia dah kering. Bubuh bawang besar yang dihiris bulat serta cili hijau dan tomato untuk hiasan. Siap...

No comments: