Heheh dia gelak kecil.. ok.. jawabnya..
Di office aku benar benar tak sabar.. aku cuma risau yang dia akan bersedih sekiranya keputusan itu tidak seperti dalam jangkaannya.. anak aku lain sikit .. dia kia su.. takut pada kegagalan.. dia snggup berusaha ... cuma aku yang risau... kadang kadang dia terlalu extreame untuk berjaya dengan cemerlang ... dia akan cuba cari competitor dia ...
Aku call hubby... alhamdulillah ... syukur ... Secara keseluruhan, jumlah markah telah merosot sebanyak 6%. Oleh yang demikian Nabilah telah kehilangan tempat pertama. Kali ini dia jatuh ke tempat kedua. Meduduki tempat kedua memang sudah cukup membanggakan seluruh kaum keluarga kami.
Sementara di sekolah Agama.. Nabilah juga menduduki tempat kedua dan sebagai balasan usahanya.. Sekolah Intergrasi Kafa An-Najjah telah mengadakan upacara penyampaian hadiah kepada pelajar pelajar cemerlang ..
Taniah ... aku benar benar ingin dia tahu bahawa segala usahanya selama ini memang betul betul buat kami rasa bangga dengannya... aku juga ingin dia tahu bahawa kami semua sentiasa berdoa akan kejayaannya ... semoga di rahmati Allah dan aku harap.. kejayannya akau berterusan.. diberkati dan semoga dia berjaya dunia dan akhirat... ameen.
No comments:
Post a Comment