Ada invitation untuk amik report card adik Nayli.. kelakar laa pulak ... sebabnya baru 4 tahun dah ada report card... tapi sejak dari dulu lagi memang Tadika Montessori nih dia akan catit setiap perkembangan anak anak kita.. so maknanya sejak umur Nayli 2 tahun lagi dia dah ada report card. Perkembangan yang dia orang observe adalah secra keseluruhan.. baik dari segi perkembangan mental mahu pun fizikal. Contohnya sama ada anak anak kita tuh boleh bergaul dengan mudah ker, mengikut arahan ker, boleh bercakap kat depan class ker, dah boleh tulis dengna menggunakan pensil dengan baik ker, atau boleh susun card, boleh asingkan benda ker.. macam macam laa.. even benda benda kecik macam student boleh asingkan biji kacang hijau dengan menggunkan jari dengan baik jugak akan di catitkan. Tuh masa budak budak tuh umur 2 hingga 3 tahun.
Dan bile dia dah masuk 3 - 4 tahun bermakna dia dah ada report card yang menunjukkan perkembangan dari segi hasil pembelajaran dia orang. Kat sekolah tuh mereka nih akan diajar subject subject teras macam Bahasa Malaysia, Sains, Mathemaics, Komputer, Iqra', Agama (theory dan practical). Maksud practical kat sini ialah mereka akan ajar student yang berusia 3 dan keatas cara cara untuk solat, puasa dan lain lain lagi. Disamping itu jugak mereka di tanamkan dengan sifat sifat suka membantu, bekerja sama dan saling menghormati kawan kawan. Kebanyakn aktiviti ini dijalankan secara group. Tetapi perkembangan mereka tetap akan di ukur secara individu.
Hmm... dan biasa laa Nayli.. kalau dari segi bergaul, bercakap, presentation dan lain lain yang membabitkan penonjolan diri dia.. teacher akan bagi dia staight A. Cemerlang. Alhamdullillah Nayli memang cepat dapat, walaupun umur dia baru 4 tahun tapi sebab dia sedikit advanced dari kanak kanak lain, so teacher masukkan dia dalam kelas budak budak 5 tahun dan teacher kata dia still boleh cope dan dia juga lebih cemerlang dari budak budak 5 tahun yang lain. Banyak kali jugak Nayli kalau balik rumah akan cerita yang ... "teacher cakap adik pandai kat sekolah. " "Teacher kata adik rajin kat sekolah.. " dan yang paling aku tak tahan bila dia kata .. "teacher kata adik yang paling cantik kat sekolah.... " dia pasti gebira dan suka sangat ... Memang betul .. every thing yang bagus dari apa segi sekali pun teacher pasti akan puji sebagai pendorong dan penghargaan untuk budak budak tuh...
Semalam teacher tak banyak komen, cuma katanya Nayli memang cepat boring, dia sekarang sudah tak mahu baca buku buku yang senang macam Lady Bird 5. Dia nak baca level tinggi macam level 6 to 7. Dia dah start baca buku buku kakak, cuma kita kena guide lebih sikit. Itu aja masalah yang teacher hadapi.. misal kata benda tuh dia dah tahu dia tak akan buat lagi, tapi kalau benda tuh dia tak tahu, dia akan buat bersungguh sungguh sampai boleh.. dan kalau kena cabar lagi laa dia akan buat betul betul.
Apa yang aku suka dengan Montessori is, sylabus (cuba click sini untuk baca serba sedikit sylabus Montessori) dia orang nih will be based on individu, so katakan kalau anak kita pandai dia orang akan ajar based on dia aja, dia bukan by group or classes. dan kalau anak kita sedikit lambat in certain part, penekanan akan di berikan .. juga based on individu.
Teacher dia pulak kena berperanan sebagai observer atau pemerhati bukan hanya mengajar individu tersebut. Mereka akan observe kemampuan kanak kanak tersebut dan memberi peluang kepada mereka untuk mengexplore sendiri apa yang mereka ingin tahu. Para teacher jugak harus bertindak berani untuk menjalankan ujikaji trial and error untuk melihat sejauh mana kebolehan kanak kanak tersebut. Contohnya teacher akan membiarkan sahaja kanak kanak tersebut mencuba sesuatu yang baru tanpa memarahi mereka...
Montessori ini juga dilengkapi dengan pelbagai aparatus untuk menyokong sistem pembelajaran mereka. Ini bole di klasifikasikan sebagai material untuk sensory, languange, mathematic , practical life excercise dan lain lain lagi. Kanak kanak ini akan mengasah sensory motor mereka dengan segala permainan atau apparatus yang mereka lakukan sambil bermain.. tanpa mereka sedar yang mereka juga sedang belajar.
Mungkin apa yang aku risau pasal application Montessori di Malaysia adalah... selepas keluar dari MOntessori tu.. sebab sylabus sekolah rendah kita tidak begitu menggalakkan. Anak anak yang pandai atau mempunyai kebolehan tersendiri tidak akan dapat memperjuangkan kepandaian mereka disebabkan sylabus sekolah yang begitu mendatar.. jadi kebanyakan anak anak cerdik nih akan merasa bosan dengan apa yang mereka dah lalui dulu. Mereka tidak akan rasa sekolah itu satu yang menarik disebabkan segala benda yang di ajar di skeolah telah pun mereka pelajari. Mungkin sistem pembelajaran Montessori ini sesuai di jalankan di luar negara tapi bukan sepenuhnya di Malaysia selagi Sylabus pendidikan di Malaysia static.
1 comment:
Anak2 saya pun belajar di tempat yang sama. So far saya amat berpuas hati dgn perkembangan anak anak2 saya.
Dulu sebelum hantar diorang ke PPICDC mereka diasuh di taska. Quality taska sangat mengecewakan.
Saya ada tulis pasal taska2 ini di blog saya untuk perhatian ibu bapa sekalian. Sila klik pada link dibawah.
Facts Of Life
Post a Comment