Terpanggil lagi untuk melahirkan apa yang aku fikirkan berkenaan kecohan rakyat rakyat Malaysia berkenaan Klip Video Sajak Kematian... aku betul betul pelik.. aku betul betul tak berapa faham .. apa sangat yang menjadi masalah kepada video klip Sajak Kematian tu ..
Aku mengambil keputusan untuk mencari video klip ini agar aku jelas akan apa yang di perbincangkan.. jangan sekadar cakap... tapi langsung tidak berusaha untuk melihat sendiri apa yang mereka perbincangkan .... Dan semalam berita atau kekalutan ini telah diakhiri oleh kata putus pendirian Kementerian pelajaran Malaysia menerusi menterinya Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein untuk menyekat penayangan video klpi ini di sekolah sekolah.
Klip video inilah yang dipertontonkan oleh teacher sekolah transit anak aku, aku rasa sudah berbulan bulan yang lalu. Anak aku Nabilah balik dan bertanya akan azab kubur kepada aku. Sememang sejak dari kecik lagi pendedahan azab neraka .. pahala dan dosa akan sentiasa aku laungkan .. sentiasa aku dedahkan kepada anak anak aku.. dan bila klip video ini ditayangkan.. ditonton oleh anak aku sendiri dia seolah olah lebih mengerti.. dan tugas aku lebih mudah bila dia sudah agak faham tentang perkara perkara wajib dan perkara yang dilarang.. entah tidak pula aku nampak sesuatu yang mengelirukan atau perwatakan yang pelik yang hinggap pada diri anak aku.. baik dari segi mental dan phisical .. sekarang bila aja dia melambat lambatkan solatnya.. aku akan cuba mengimbaskan semula dengan apa yang derianya experienced sendiri.. alhamdulillah aku rasa cerita itu betul betul tersemat dalam hatinya.. dan terbukti isa merupakan salah satu media penyampai maklumat yang baik ..
Bagi aku setiap sesuatu perkara tuh kalau kalau betul dengan caranya... tidak menjadi apa apa masalah.. Allah jadikan manusia terlalu istimewa.. kita di anugerahkan dengan akal fikiran untuk berfikir..yang mana satu baik yang mana satu tidak dan bagi kanak kanak itu .. bergantung pada kebijaksanaan ibu bapa dan penjaga untuk menerangkan segala apa yang sepatutnya menjadi ajaran kepada mereka. Mungkin video klip itu sedikit extream untuk kanak kanak yang berusia bawah sepuluh tahun..(menurut sesetengah pendapat) tetapi dengan adanya penjelasan dari pihak tertentu seperti guru guru agama dan para ibu bapa video klip ini boleh menjadi satu alat penyampai maklumat yang amat berguna...tambahan pula dengan keujudan technology yang begitu canggih sekarang ini.. kita boleh mengambil kesempatan ini menerbitkan cerita cerita yang berunsur pengajaran..
Allah juga menganugerahkan kita segala macam deria untuk kita gunakan dengan lebih berkesan, dan sistem pembelajran yang menggunakan kesemua deria inilah yang akan memberi impact yang kuat. Manusia akan lebih ingat dengan apa yang mereka pelajari.. mata melihat, telinga mendengar dan kesemua message yang mereka dapat itu akan sampai ke otak manusia.. otak akan memproses dan menggunakan akal untuk mengimbanginya. Sekiranya mereka di salurkan dengan informasi yang betul berkenaan alam barzakh, berkenaan alam ghaib sejak dari mula aku rasa tidak akan menimbulkan masalah sama sekali. Perkara seperti ini tidak perlu dipersoalkan... gunakan kebijaksanaan sebagai ibu bapa untuk lebih intelek menjawab dan menerangkan kepada anak anak kamu..
Allah tidak mengadakan ayat ayat Quran mengenai alam barzakh untuk merosakkan minda dan psychology kanak kanak.. Allah utuskan semua berita itu agar manusia tahu keazaban api neraka dan balasan hari akhirat... Agar kita para manusia dapat lebih mendalami .. menurut perintah Allah dan cuba sedaya upaya untuk menjahi segala larangannya ... Kalau Malaysia boleh menggunakan technology canggih ini untuk mengasuh kanak kanak bersih, anak anka yang betul suci ini menjadi seorang penyanyi gelek mengalahkan penari bogel di kelab kelab malam... kenapa tecnology canggih ini tidak boleh di gunakan untuk menjadi satu alat penyampai maklumat untuk sesi tazkirah.
Jika orang atasan menyoalkan tentang aqidah.. apakah paparan kisah hantu, kisah kisah seram yang acap kali ditayangkan di TV tidak memesongkan aqidah umat Islam..
Mungkin akan terjadi di mana suatu hari nanti semua kebaikan disekat dan kejahatan bermaharajalela...
No comments:
Post a Comment