Tuesday, December 23, 2008

Ambiotic Fluid Embolism

Hari Khamis last week one of my kawan masa kat college dulu YM aku.. dia kata ada kakak kat UIA sekarang nih tengah koma kat Hospital Sg Buloh... I'm not really sure who.. sebab aku kalau sebut nama nih memory aku kurang sikit nak digest tapi kalau tengok muka insya Allah mungkin aku kenal .... Kak Suraya Othman.. isteri kepada Dr. Danial - one of the lecturer kat UIA jugak sekarang nih ... both of them our senior masa kat UIA dulu ... kak Sue nih budak Political Sciences .. Setakat pada pagi hari Khamis 18 December 2008 kak Sue masih lagi dalam keadaan yang critical... so .. those yang kenal kak Suraya Othman nih aku mintak kita sama sama doakan kesihatan dia... semoga dia kembali sihat.. kembali mengecap nikmat dunia yang Allah pinjamkan ini ... untuk suami dia agar dia lebih tabah menghadapi segala ujian tuhan ini .. dan untuk arwah baby dia yang aku pasti sekarang berada di syurga .. semoga Allah cucuri rahmat pada rohnya dan semoga dia juga sentisa mendokan maknya yang sedang bergelut dengan nyawa sekarang nih...

Menurut sumber yang bagi aku infomasi nih.. dia kata kakak nih mengalami Ambiotic Fluid Embolism (AFE) cuba click sini

Penyakit nih kata doctor amat-amat jarang berlaku kat dunia nih... Kes yang berlaku antara 1 : 8000 sampai 1 : 80,000 kelahiranand the cause is unknown- tak ada sapa yang boleh predict atau boleh prevent benda nih dari terjadi ... sesiapa sahaja ada kemungkinan untuk mengalaminya... Menurut laporan hanya 50% mereka yang megalaminya mempunyai harapan untuk hidup. dan apa yang buat aku terkejut ialah walaupun kes nih kes yang terpencil tapi dia menjadi salah satu sebab utama kematian para ibu semasa atau selepas kelahiran. dan menurut sumber yang aku baca.. kebanyak kes memang menemu ajal kerana kebanyakan kes.. air ketuban tuh dah attack the whole anggota dalaman badan dan akan mengakibatkan anggota badan mereka tidak dapat berfungsi dengan betul.

AFE nih berlaku apabila cairan ketuban dan sehala komponen-komponennya masuk ke dalam circulation darah ibu yang mengandung tadi. Komponen tersebut berupa unsur-unsur yang ada dalam air ketuban, misalnya lapisan kulit janin yang terlepas, rambut janin, lapisan lemak janin, dan cairan kental.


Seperti kes yang terjadi pada kak Su nih.. menurut cerita. masa kejadian berlaku.. dia masih sempat berbual bual dengan suaminya sementara menunggu masa untuk melahirkan anaknya. Kak Sue tiba tiba pengsan.. dan setelah disiasat dia mengalami AFE. Sebelum itu jugak doktor mengesahkan yang segala galanya berada dalam keadaan normal sehingga laa dia tiba tiba pengsan dan koma sehingga sekarang. Baby yang hanya menunggu saat untuk keluar dan melihat rupa paras ibu dan ayahnya tidak dapat di selamatkan... Baby kak Su meninggal. Ini mungkin kerana air ketuban itu telah menular masuk kedalam dirinya juga... Arwah baby itu telah selamat di kebumikan oleh adik kak Su dan pada masa yang sama ibunya sedang begelut dengan nyawanya.

Selepas kejadian .. Kak Sue dalam keadaan terlalu bloated (mengembang) .. kerana kebanyakan anggota dalaman badannya tidak dapat berfungsi dengan betul... termasuk laa buah pinggang, hati, jantung...

Dan baru tadi 23 December 2008.. kawan aku kata doctor dah mula tebuk kepala dia untuk tengok the best medication untuk dia ..tapi masalahnya otak dia tak menunjukkan apa apa reaction atau any activity melainkan hanya untuk penafasan sahaja.. the whole rahim dah di keluarkan sebab pendarahan yang amat teruk dan memang kata doctor sudah tidak boleh digunakan lagi ... kata doctor lagi segala apa yang mereka patut lakukan telah mereka lakukan .. dia mintak kita semua sama sama berdoa ..

AFE umumnya terjadi pada kes abortion atau pengguguran, terutama jika dilakukan setelah usia kehamilan 12 minggu. Boleh jugak terjadi semasa amniosentesis (tindakan diagnostik dengan cara mengambil sampel air ketuban melalui dinding perut). Kes AFE yang paling sering terjadi adalah pada saat persalinan atau beberapa saat setelah ibu melahirkan (postpartum).

Apabila AFE menyerang, pesakit akan mengalami sesak nafas atau gangguan respirotory. Air ketuban dan komponen komponennya itu kemudiannya akan menyerap masuk ke circulation darah ibu itu dan akan mengakibatkan cardiorespiratory collapse.

Apa yang aku harapkan agar kak Su akan kembali sihat seperti biasa. Marilah sama sama kita berdoa agar Allah beri kekuatan kepada kak Su untuk terus berjuang. Semoga Allah dapat mengembalikan kesihatan kak Su.. Sihat dan dapat meneruskan hidup seperti hamba Allah yang lain ... Segala apa aturan dariNya itu pasti ada hikmah... dan hanya mereka yang terpilih dan terlalu istimewa di sisi Allah sahaja yang akan diberi ujian seberat ini... Allah maha mengetahui.. Kita sebagai hambaNya hanya mampu berdoa apa sahaja yang terbaik untuk Kak Su dan keluarganya.. Semoga doa kita sama sama dapat di makbulkan oleh Nya... ameen...

Click sini untuk mengetahui tentang penyakit nih dengan lebih lanjut
Kuwait Medical Journa
Amniotic Fluid Embolism

2 comments:

Velva Block said...


Keep sharing this sort of info with us.
çevrim şartsız bonus veren siteler

Velva Block said...

Getting ready is a boss among the most affecting calling choices accessible wherever all through the world. The learn more number of enlightening affiliations and an imperative extent of capital is required to put resources.