Freud kata mind is just like an iceberg...only 10% of an iceberg is visible (conscious) whereas the other 90% is beneath the water (preconscious and unconscious)... betul ke ??? entah check it out....
Wednesday, March 24, 2010
Parts of body
Dia pun asyik baca .. baca tak berenti .. aku pun concentrate on my job jer laa..
"Parts of human body.. head, face, chest, neck 2 legs, 2 hands, elbow, ankle ... bla bla bla..
Sedang dia asyik sangat baca buku tuh .. tetiba jer dia tengok aku ... rrrrr... rrrmmmm.... apalagi laa budak kocik nih .. apalaa soklan cepu mas dia kali niii .. bisik hati kecik aku curious jugak nak tahu ... tapi aku buat don't no jer .. aku memang banyak kerja niii.. kalau layan dia sampai bebila pun tak habih...
Tetiba aku dengar dia baca balik .. "parts of mummy's body ... " aku dengar balik betul betul macam ada benda yang tak kena kali niii .. aku stop menaip kerja aku .. aku cuba hayati .... cuba dengar betul betul apa yang nak di sampaikan oleh mulut kocik dia tuuu ....
"parts of mummy's body is all lemak ... here lemak .. here lemak .. here also lemak ..." sambil menunjukkan part part body aku yang sememangnya penuh lemak ...
"Dah tak yah baca buku nih lagi.. pegi amik buku lain baca ...memekak jer dari tadi ... "marah aku .. ada yang kena seligi jugak budak niiii ..
Aku dan handbag ...
hasrat nih sememangnya telah lama aku pendamkan .. (chit.. nak termuntah aku) cuma mungkin belum berkesampaian ... tapi awal tahun lepas.. aku bekenan betul kat satu handbag POLO nih .. memang simple... kecik jer ... comel ... Aku betul betul confius .. nak ke tak nak .. pasal selama nih aku cuma ada backpack yang aku pikul kemana sahaja.. bagpack aku nih memang ada macam macam... segala benda ko boleh jumpa kat dalam backpack aku nih.. itu yang buat aku betul betul suka backpack .. handbag nih unique sikit .. dia boleh buat sling bag.. dia boleh buat pouch dan dia boleh buat handbag .. so .. last last aku beli .. harga boleh tahan jugak .. kalau tak salah 100 lebih...
Bermula laa era handbag aku.. ngeh ngeh ngeh.. masalahnya .. rrrrr... mak cik ko nih mana lah tahu sangat bergaya ... memula aku guna.. memang tak selesa.. kejap kejap jatuh .. kejap kejap jatuh.. .. melorot jer sampai ke bawah ...nak angkat barang lain handbag mesti jatuh.. nak kuar keta handbag mesti jatuh ... nak bercakap pun handbag boleh jatuh jugak... pendek kata dia macam tak boleh nak duduk diam kat bahu aku ... asyik jatuh jer.. betul betul meguji kesabaran aku ...
Dan memula guna tuh jugak aku betul betul confius .. kat mana aku dah letak duit aku ... kat mana nak letak hand phone ..kat mana nak buh segala gala yang aku selalu bawak ke hulu ke hilir ... sampai aku sendiri tak tahu cam mana nak organize .. ada satu hari tuh.. bila aku dah salah letak duit aku .. hijau biru betul muka kat counter cashier ... dalam aku kalut kalut tu.. aku terasa cam anak aku pandang aku sungguh tak puas hati.. "Are you ok mak... anak aku tanya cam confius tengok mak dia cam dah nak meninggal cari duit tak jumpa.... aku korek jugak handbag aku.. last last baru jumpa ... "ha tu laa.. tak reti bawak handbag nak bawak jugak .." dia sound direct depan cahier tuh.. ciss.. tak der insuran betul mulut anak anak aku niii... ada jugak yang nak kena makan penampor ngan aku nih kang
Pas tuh satu lagi kejadian ... tengah syok syok bawak handbag aku dengan penuh gaya tetiba hand phone aku berbunyik... aku pun terus bukak handbag .. korek sana korek sini .. dan masa yang sama handphone gampang aku nih memekik mekik tanpa henti .. kat mana lah aku simpan handphone .. aku cari cari tak jumpa.. ye laa.. bag tu ada banyak compartment .. cam mana aku nak ingat aku letak kat mana barang aku .. kalau dulu senang jer masuk jer dalam pocket seluar aku .. pocket belakang selit bag duit (biasa aku guna jer bag dompet for men) satu lagi pocket buh handphone... pocket depan belah kanan buh kunci kereta.. depan belah kiri buh kunci rumah .. pas tuh duit pecah cam duit singgit singgit atau pun duit syiling .. bila nak bayar jer selu pocket .. senang ...
Masalah lupa nak bawak handbag nih memang selalu laa .. merata aku tinggalkan handbag aku niii... cam hampeh betul nak jaga handbag satu niiii.... entah berapa kali aku tak ingat nak bawak handbag .. ada sekali tuh aku gi toilet kat shoping complex .. rrrr .. sorry .. bukan sekali banyak kali more than 3 times aku buat kesilapan yang sama.. biasa sebelum membuang aku akan letak bag aku kat tempat letak handbag yang tersangkut kat pintu atau pun kat belakang .. tapi masalahnya bila dah siap bisness .. aku selamba giler keluar tanp handbag glemer aku... ek eleh .. kuar cam tuh jer ... bila dah lama baru teringat hari nih aku bawak handbag .. pergh makcik pun apa lagi berlari masuk laa balik toilet cari handbag .. tapi so far .. Alhamdulilah bag aku nih tak pernah lagi hilang...
Ada sekali tuh .. aku nak beli baju .. cam biasa .. mesti kena cuba dulu kan.. lepas satisfied aku pun cam tadi jugak .. kuar jer .. kali nih memang lama .. dah siap gi department lain dah ... tetiba bile nak bayar baru teringat .. ya Allah mak cik bawak hand bag laa.. pergh .. pucat giler aku berlari ke fitting room.. fuuuhhh .. elok jer tersangkut kat situ.. syukur laa... merata aku pernah tinggalkan handbag aku nih..
kat mana mana pun aku boleh lupa.. kat restaurant aku pernah tinggalkan handbag aku .. kekadanag kat kerusi sebelah .. kekadang kat bawah meja ... kekadang tuh bila letak kat peha .. masa makan.. aku bangun habis jatuh.. siap ngan isi perut dia.. terburai habis.. ramai jugak yang pandang... pasalnya aku lupa nak zip balik lepas kuarkan hand phone ... adush .. apa laa nak jadik .. tapi as usual mak cik control macho ...
Hm.. memang confius bila kat meja makan.. aku nak letak kat mana lah benda alah nih.. kalau nak pangku kang aku nak amik lauk susah.. masa makan susah .. nak letak bawah meja dah bayak kali lupa nak amik.. nak letak kat kerusi sebelah kang orang lain nak duduk plak.. sumgguh tak sopan plak aku niii ... pergh... bukan senang beb ..
Tapi kes yang terbaru .. awal bulan tiga hari tuh aku ada interview .. dia orang nak offer aku gaji 5 angka tuuuu .... masa interview semua ok... setiap kali dia tanya aku jawab.. memang control .. penampilan aku pulak superb ... excellent .. pakai baju 3 piece (pakai kot tuu) and of course bawak handbag tergetik getik.. lepas sesi interview dia ada sesi writing .. essay test .. dia suh aku buat karangan kat luar ... selesai essay test .. aku pun dah salam ngan all the interviewer .. aku pun blah.. aku turun dari lift tuh dengan confident gilerrr... belakang masa nak pulangkan pass.. tetiba aku teringat .. handbag aku ... arghhhhhhhh... handbag aku tertinggal kat dalam bilik interview tuh.. celaka betul laaa.. aku pun naik balik dan ketuk bilik tuh.. buat muka tak malu .. aku cakap sorry i left my handbag inside.. sial betul detik hati aku.. dia orang pun bagi kat aku sambil sengeh sengeh .. aku rasa pasal tuh laa aku tak dapat kerja tuh kot .... ishhhh...
Sampai sekarang nih pun aku still tak berapa comfortable bawak benda alah nih .. kekadang bila aku hilang sabar terasa cam nak humban dalam laut jer .. tu laa... aku tetap aku .. cam mana nak berubah pun.. naluri aku tetap seperti dulu .. aku tak boleh lari dari diri aku sendiri ... mungkin bagi aku masa menyesuaikan diri untuk aku berubah ...
Tuesday, March 23, 2010
'Granny’ prostitutes
Oldies in world's oldest profession
Eight elderly women with a total age greater than 400 years were arrested for prostitution in Taiwan.
The quinquagenarians, aged between 51 and 59, charged between NT$900 (RM94) and NT$2,000 (RM209) for each session.
Forty per cent of the profits went to the salon operator, a 57-year-old woman.
Taichung police said they first detained a 51-year-old woman and a customer during an operation at a motel on Friday, The Liberty Times reported.
The customer told police that he paid the woman NT$2,000 to have sex with him.
Follow-up investigations led police to a hair salon nearby where police believe was the base of the woman running the granny prostitution ring.
"The salon is just a front of the illegal activity," police said, adding they arrested another seven women including the owner at the premises.
Also in the premises during the raid was the grandchild of one of the women.
Police said the 38-year-old customer was shocked to find out the real age of the woman he slept with earlier.
"I blamed myself for being drunk and brought the auntie with me," he told police.
* Makkk aiiii ... laku lagi ker kalau dah kerepot cam tuu ...
Daily Chilli - Published March 22 2010
Monday, March 22, 2010
Selagi Hukum Allah tidak di jalankan ....
Semakin hari semakin ramai kes pembuangan bayi di dada akhbar.. terlalu banyak.. sehingga aku rasa hampir setiap minggu ada aja kes sebegini meyempitkan ruang berita .. apa punca kejadian sebegini semakin berleluasa .. apa mampukah kita hanya mendengar dan melihat segala kejadian ini berulang-ulang kali …. Tergamakkah kita untuk hanya memekakkan telinga dan membiarkan kes kes ini terjadi .. dan yang paling penting apakah pihak pihak yang berkuasa lakukan untuk membentras kejadian buang bayi ini ..
Perangkaan ibu pejabat polis persekutuan Bukit Aman mendapati 65 kes buang bayi dicatat pada 2000 dan meningkat kepada 83 kes tahun lalu.
Selangor mencatatkan angka tertinggi iaitu 22 kes (pada 2000) dan 24 kes (2006). Daripada jumlah tahun lalu, 79 kes membabitkan kes pembuangan bayi yang baru dilahirkan dan empat lagi kes pembuangan janin.
“ .. pada 2004 hingga 2006 mencatatkan 145 bayi iaitu 56 bayi lelaki dan 89 bayi perempuan diserahkan kepada JKM dalam keadaan yang masih hidup dan sihat. Tetapi jumlah itu berbeza dengan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mencatatkan 176 kes bayi terbuang dalam tempoh sama, kerana jumlah bayi dicatatkan polis termasuk bayi dijumpai mati”
Itu belum lagi termasuk kes-kes terpencil yang tidak mendapat liputan meluas dari akhbar akhbar .. atau pun bayi bayi yang di serahkan melalui orang perseorangan.. atau bayi bayi luar nikah yang di jual sesuka hati dalam mahupun luar negara... apa yang sebenarnya terjadi dengan system masyarakt di Malaysia ini …. Sekiranya perkara ini tidak dibendung.. aku percaya kes kes seperti ini akan berlaku dengan banyak lagi selepas ini...
Sedang sibuk pihak tertentu mencari cari jawapan untuk permasalahn ini.. dengan mengambil kira pelbagai aspek.. dengan segala macam uji kaji.. segala macam theory.. segala macam cadangan.. segala macam kertas kerja.. forum dan lain lain.. Mereka benar benar lupa untuk megkajinya dari aspek agama .. dari aspek undang undang syariah .. dari aspek hukum hukum Allah yang telah di tetapkan …mereka benar benar tidak yakin dengan apa yang telah Allah bekalkan untuk mereka.. mereka seolah olah mencabar ketentuan dan perundangan Allah yang telah ditetapkan dalam Al-Quran ….
Cuma satu sahaja jalan penyelesaian dan bagi aku jalan penyelesaian paling mujarab bagi masalah ini adalah dengan kembali semula ke ajaran Allah SWT....
“Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus dali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman.” (An-Nur: 2)
Apa lagi yang kita perlukan selain dari hukum Allah ini... hudud, qisas dan takzir.... hanya itu sahaja jalan penyelesaian... Yakin laa sesunguhnya tiada hukum lain yang lebih sempurna melainkan hukum Allah.. berbaliklah kita pada Al-Quran dan Hadith … tidak perlu kita mempolitikkan lagi isu ini ..bukan masa kita untuk menunding jari meyalahkan mana mana pihak… apa yang penting bukalah minda .. bukalah mata … cubalah kaji bagaimana keberkesanannya hukum yang Allah sediakan untuk kita ini ... fahamilah hukum yang sesunguhnya bukan untuk menyiksa umatNya … hukum Allah yang bersifat mencegah daripada berlakunya jenayah yang sama berulang kali .. lihatlah kekuasaan Allah dengan bagaimana Dia telah jadikan hukum itu seolah olah sebagai satu pengajaran bagi mereka yang lain... mereka yang melihat akan turut mersa ngeri dan akan kembali ke jalan kebenaran.. dan paling tidak pun cuba untuk menjauhkan diri dari apa yang mereka lihat ...
Bagi pihak yang sememangnya menyokong hukum Allah ini.. teruskanlah usaha suci murni ini … dan pada mereka yang masih tidak dapat menerima dan kurang yakin dengan apa yang telah Allah siapkan.. berbaliklah padaNya …
lihatlah kejadian yang amat menyesakkan dada kita ini … cuba bayakngkan apa akan jadi 10 hingga 20 tahun lagi …. Selagi hukum Allah tidak di perkasakan .. selagi itulah manusia akan terus hanyut ..
Semakin banyak kes sebegini rupa .. selagi hukum Allah tidak di praktik kan ...
Ahad Mac 21, 2010
Bayi Dijumpai Di Tempat Buang Sampah
KESIAN... Bayi perempuan yang dijumpai ditinggalkan di tempat pembuangan sampah oleh orang ramai yang lalu lalang di Jalan Medan Ipoh 1, petang semalam. Bayi yang dilahirkan cukup sifat itu kini menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB). - Foto BERNAMA
Bayi yang baru dilahirkan itu dijumpai oleh orang ramai yang lalu lalang di kawasan itu dan telah dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.
Timbalan Pengarah HRPB, Dr Raimi Goon berkata bayi yang cukup sifat itu telah dikejarkan ke hospital berkenaan selepas dijumpai oleh orang awam pada kira-kira 6 petang.
Beliau berkata bayi tersebut sihat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner (ACP) Azisman Alias berkata polis telah menerima laporan mengenai penemuan bayi berkenaan dan sedang menyiasat.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - BERNAMA
Tuesday, March 16, 2010
Aku dah berubah ..
Tahun lepas nih aku rasa banyak yang telah merubah kehidupan aku…. Macam macam .. aku pun tak tahu kenapa.. mungkin jugak kerana umur yang semakin meningkat dan kesedaran yang amat mendalam dan penghargaan pada diri sendiri.. biasanya aku tak nampak keistimewaan aku sendnri sebagai seorang wanita.. huhuhu .. tapi sejak dua menjak nih.. aku dah semakin berani .. heheheh…
Cuba baca previous post aku pasal aku... kat sini...
Bukan apa pun cuma nak bagi tahu .. yg aku .. rrrr…. rmmm rmmmm rrr.. aku rasa aku dah start menilai diri sendiri.. betapa tuhan jadikan seorang perempuan tu begitu cantik.. dan aku rasa aku dah mula menghargai diri aku .... rrrr.. cantik jugak cam pompuan pompuan lain.. hehehe ..
Cuma after 34 years hidup nii.. tahun ni laa - 2009 - baru aku mula buat semua tuu.. kalau tak dulu aku sememangnya tak berapa kisah .. apa yang aku kisah ialah.. aku perlu selesa dalam apa sahaja yang aku lakukan.. baik baju, seluar, kasut dan lain lain.. soal cantik no 2... tapi tahun nih lain sikit..
Aku ingat lagi awal tahun hari tuh .. aku dah ada hand bag.. huhuhu.. tetiba terasa nak ada hand bag instead of bag doraemon aku tuuu... walaupun handbag tuh 3 in 1 .. maksudnya.. hand bag tuh boleh buat sling bag.. boleh buat pouch dan boleh buat handbag.. tapi aku dah cukup bangga giler dah ada hand bag … rrrr.. tapi citer pasal hand bag nih .. banyak betul citer kelakar bila aku start pakai benda alah nih…nanti aku senang aku citer .. bangang betul laaa.. gayat sunguh bila ada hand bag ...
Second.. mak cik dah start pakai kasut tumit tinggi you.. tak lah tinggi sangat tapi cukup untuk buat aku tidak rendang lagi … memula pakai tuh.. gayat betul aku.. tertonggek tonggek aku berjalan.. ya Allah .. sakit satu badan ... kaki .. pinggang .. semua sakit ... cam mana laa.. dia org boleh pakai kasut setinggi 4 – 5 inci .. aku pakai 1 inci setengah nih pun rasa cam tak lekat kat bumi … tapi sebab aku tahu yang aku akan tak selesa jadinya from begining aku dah prepare terpaksa beli kasut mahal sket ... bukan calang calang tuu.. clerk beb (baru nak merasa .. biasa paling mahal pun sandal Hush Puppys jer) hehehe
Third.. aku dah berminat dengan accessories.. aku dah ada rantai yang berambu ramba dan bermanik manik.. berjuntai-juntai, bangles yang berurat urat .. banyak beb, ada rantai tangan yang berbunyik bunyik … pergh benda bend tu tu jer dah buat hubby rasa cam aku dah buang tebiat .. “biar betul pakai gelang cam niii …” cam tak caya jer dengan perubahan aku yang mendadak.. buang tebiat apa… suit punya laki .. tak saying mulut betul .. hampeh . malu betul aku … memula tuh terasa jugak kejanggalan pakai benda benda nih semua .. tapi dah lama lama ok dah rasanya …
Fourth … percaya ker tidak kalau aku kata aku dah boleh laa touch up touch up .. make up sesikit .. tau tak belajar dari sapa.. dari anak aku Adik Nayli yang umur 6 tahun tuuu .. kalau nak g orang kawin especially nya .. heheh.. ala bukan make up over sangat pun.. sekadar dah berani pakai blusher jer pun… yang lain lain nanti dulu laa.. step by step…
Fifth .. aku pun dah very concern dengan semua makanan makanan kesihatan.. cam vitamins.. collagen laaa.. anti oksidan laaa.. detox laa… dan dah start sebulan sekali gi buat facial treatment … dan sebagai tanda sokong hubby aku dia pun turut serta mensupplykan aku dengan set set facial treatment aku yang berates ratus hengget tuu.. heheh .. tq laa …
Mungkin sebab umur aku yang semakin hari semakin meningkat laa kot.. tu yang buat aku rasa aku perlu berubah.. tak der laa selekeh cam dedulu lagi…tapi sebenarnya dalam hati aku sememangnya rimas …. Kekok .. dan tak selesa.. hubby kata lelama ok laa tuu.. cuma aku tak tahu sampai bila aku boleh bertahan ... tunggu jer laaa ...
Huish … Aku dah terasa rasa dah tak lama lagi .. kalau korang tengok aku sure tak percaya .. no more selipars .. no more knapsack .. no more snickers .. no more adidas sport shoes .. Jessica Alba tengok aku pun sure jealous .. aku jamin dia sure nangis punya laa.. hehehe..
Monday, March 15, 2010
Elak ke kopitiam tanpa sijil halal Jakim
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berkata, umat Islam harus sedar ketiadaan sijil halal Jakim akan mendedahkan mereka untuk makan atau minum bahan-bahan yang tidak dapat dipastikan, sama ada ia halal atau sebaliknya.
Katanya, Islam amat menitikberatkan soal makanan kerana daripadanya ia akan membentuk sahsiah, peribadi dan jati diri seseorang.
“Semuanya ini terpulang kepada kesedaran umat Islam sendiri. Dalam soal makanan, kita harus lebih berhati-hati, peka dan prihatin kerana makanan ini yang akhirnya menjadi darah daging kita.
“Ini tidak, tengok sahaja pekerjanya bertudung, ada rupa Melayu sedikit, kita kata kedai itu halal. Belum tentu lagi halalnya,” kata Mashitah kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.
Seruan Mashitah ini dibuat berikutan sebahagian besar kopitiam di seluruh negara masih gagal mendapatkan sijil halal Jakim walaupun pelbagai pendedahan dibuat oleh media sebelum ini.
Semakan senarai terkini pengesahan sijil halal Jakim di www.halal.gov.my mendapati jumlah kopitiam yang mempunyai sijil halal di negara ini masih kekal dua iaitu Pak Hailam Kopitiam Sdn. Bhd., dan Jonker Walk Kopitiam Sdn. Bhd.
Tempoh sah sijil halal Pak Hailam Kopitiam sehingga 15 Februari 2012, manakala Jonker Walk Kopitiam sehingga 15 Februari 2013.
Beliau berkata, pihaknya tidak boleh memaksa setiap kopitiam mendapatkan sijil halal Jakim kerana ketiadaan undang-undang untuk menguatkuasakannya.
Beliau menjelaskan, setiap permohonan halal mana-mana syarikat yang berasaskan makanan akan diaudit oleh Jakim dari segala segi, antaranya penyediaan makanan, dapur, bahan asas digunakan dan tahap kebersihan.
“Sekiranya ada salah satu elemen tidak mencapai piawaian, permohonan mereka untuk mendapatkan sijil halal terpaksa kita tangguhkan sehinggalah setiap standard yang ditetapkan dipenuhi,” katanya.
Thursday, March 11, 2010
Lintah punya pasal
JELI: Sukar dipercayai, namun, itu hakikatnya apabila seekor lintah memasuki dubur seorang kanak-kanak berusia 10 tahun ketika mandi di sungai berdekatan rumahnya dipercayai menjadi punca dia meninggal dunia di hospital, semalam.
Mangsa, Siti Nazirah Abd Kadir, 10, awalnya hanya mengalami sakit perut sebelum membuang air besar di tandas rumahnya untuk meredakan kesakitan.
Bagaimanapun, kesakitan kian memuncak di dubur murid Sekolah Kebangsaan Gemang (SKG) itu sebelum dibantu ibunya, Mariam Yakob, 34, untuk melihat keadaan sebenar.
Mariam yang melihat bahagian sulit terbabit terkejut mendapati seekor lintah sudah mati muncul di seluar anak perempuannya dengan berlumuran darah.
Ekoran kejadian itu, mangsa dikejarkan ke Hospital Jeli petang kelmarin sebelum keadaannya yang kritikal menyebabkan dia dirujuk ke Hospital Tanah Merah dan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) untuk rawatan lanjut.
Bagaimanapun, selepas hampir 16 jam dirawat sebaik dikejarkan ke hospital kira-kira jam 5 petang kelmarin, mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira jam 9 pagi semalam.
Menceritakan kejadian menimpa arwah, Abd Kadir Safei, 44, berkata tragedi terbabit berlaku selepas anaknya itu mandi di sungai berdekatan rumahnya di Kampung Gemang di sini, kelmarin.
Kejadian berlaku ketika arwah anak bersama seorang sepupu, Hayati Idris, 11, mandi di sungai sebaik pulang dari mengikuti latihan sukan di sekolah kira-kira jam 4 petang, kelmarin.
“Sebaik tiba di rumah, arwah terus keluar bersama sepupunya menuju ke sungai tidak jauh dari rumahnya dan pulang kira-kira jam 5 petang, kelmarin.
“Selepas kejadian, mangsa pergi ke tandas membuang air besar dan mengadu sakit di bahagian dubur. Ibunya menanggalkan seluar mangsa sebelum ternampak seekor lintah mati serta disaluti darah dalam seluar anaknya,” katanya.
Katanya, ibunya terperanjat melihat lintah terbabit dan mengesyaki ia memasuki bahagian dubur Siti Nazirah selepas berlaku pendarahan bahagian itu.
Abd Kadir berkata, selepas mengesyaki dubur anaknya dimasuki lintah, isterinya bertindak menghubunginya ketika sedang menyiapkan rumah baru milik adik iparnya yang terletak tidak jauh dari situ.
“Arwah dibawa ke hospital Jeli jam 5 petang sebelum dirujuk ke Hospital Tanah Merah dan seterusnya dihantar ke HRPZII. Anak saya disahkan meninggal dunia jam 9 pagi semalam,” katanya.
“Saya reda apa yang berlaku dan kami sekeluarga memohon rohnya ditempatkan di kalangan orang soleh. Jenazah arwah dibawa pulang dari HRPZ II pada jam 12.21 tengah hari,” katanya.
Menurutnya, jenazah anaknya yang juga murid tahun empat Sekolah Kebangsaan Gemang (SKG) dikebumikan di perkuburan Islam Kampung Gemang.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohamed Hanifah Ab Malek ketika dihubungi berkata, pihaknya belum menerima laporan berhubung kejadian itu. -Metro
Wednesday, March 10, 2010
APOLLO OVER THE MOON: A VIEW FROM ORBIT (NASA SP-362)
[207] FIGURE 217 .-Rima Ariadaeus is a fine example of a straight rille. Ariadaeus Rille is over 300 km in length; a portion of the central section of the rille about 120 km in length is pictured here. A linear section of the crust is dropped down along parallel faults or breaks in the crust to form a graben or fault trough. The ridges crossing the trough and the surrounding plains units have been offset by the trough, proving that they are older than the faults. Some craters are cut off by the faults and are, therefore, older. Other craters lie on the wall of the trough and are younger than the faulting. The faulting must be relatively young because so few craters appear to be younger than the faults, and because the edges of the trough appear to be crisp and little affected by slumping and other mass wasting.
There is a gradation between straight rilles, gently curving rilles, and sinuous rilles modified by volcanic flows. This example shows no trace of associated volcanism; it is, therefore, considered to be the end member of the sequence, where only pure faulting is involved.-H.M.
Bulan terbelah dua - Mukjizat
Tentang ayat ini, saya akan menceritakan sebuah kisah. Sejak beberapa waktu lalu, saya mempresentasikan di Univ. Cardif, Inggris bagian barat, dan para peserta yang hadir bermacam-macam, ada yang muslim dan ada juga yang bukan muslim. Salah satu tema diskusi waktu itu adalah seputar mukjizat ilmiah dari Al-Qur’an. Salah seorang pemuda yang beragama muslim pun berdiri dan bertanya, “Wahai Tuan, apakah menurut anda ayat yang berbunyi “Telah dekat hari qiamat dan bulan pun telah terbelah” mengandung mukjizat secara ilmiah ? Maka saya menjawabnya: “Tidak, sebab kehebatan ilmiah dapat diterangkan oleh ilmu pengetahuan, sedangkan mukjizat tidak bisa diterangkan oleh ilmu pengetahuan, sebab ia tidak bisa menjangkaunya. Dan tentang terbelahnya bulan, maka itu adalah mukjizat yang terjadi pada Rasul terakhir Muhammad shallallahu ‘alaihi wassalam sebagai pembenaran atas kenabian dan kerasulannya, sebagaimana nabi-nabi sebelumnya. Dan mukjizat yang kelihatan, maka itu disaksikan dan dibenarkan oleh setiap orang yang melihatnya. Andai hal itu tidak termaktub di dalam kitab Allah dan hadits-hadits Rasulullah SAW, maka tentulah kami para muslimin di zaman ini tidak akan mengimani hal itu. Akan tetapi hal itu memang benar termaktub di dalam Al-Qur’an dan sunnah-sunnah Rasulullah shallallahu alaihi wassalam. Dan memang Allah ta’alaa benar-benar Maha berkuasa atas segala sesuatu”.
Prof. Dr. Zaghlul Al-Najar pun mengutip sebuah kisah Rasulullah SAW membelah bulan. Kisah itu adalah di masa sebelum hijrah dari Mekah Al-Mukarramah ke Madinah. Orang-orang musyrik berkata, “Wahai Muhammad, kalau engkau benar Nabi dan Rasul, coba tunjukkan kepada kami satu kehebatan yang bisa membuktikan kenabian dan kerasulanmu (mengejek dan mengolok-olok)?” Rasulullah bertanya, “Apa yang kalian inginkan ?” Mereka menjawab: “Coba belahlah bulan …”. Maka Rasulullah SAW pun berdiri dan terdiam, lalu berdoa kepada Allah SWT agar menolongnya. Maka Allah SWT memberitahu Muhammad SAW agar mengarahkan telunjuknya ke bulan. Rasulullah pun mengarahkan telunjuknya ke bulan, dan terbelahlah bulan itu dengan sebenar-benarnya. Maka serta-merta orang-orang musyrik pun berujar, Muhammad, engkau benar-benar telah menyihir kami!”.
Akan tetapi para ahli mengatakan bahwa sihir, memang benar bisa saja “menyihir” orang yang ada disampingnya akan tetapi tidak bisa menyihir orang yang tidak ada ditempat itu. Mereka lantas menunggu-nunggu orang-orang yang akan pulang dari perjalanan. Orang-orang Quraisy pun bergegas menuju keluar batas kota Mekkah menanti orang yang baru pulang dari perjalanan. Dan ketika datang rombongan yang pertama kali dari perjalanan menuju Mekkah, maka orang-orang musyrik pun bertanya, “Apakah kalian melihat sesuatu yang aneh dengan bulan?”. Mereka menjawab, “Ya, benar. Pada suatu malam yang lalu kami melihat bulan terbelah menjadi dua dan saling menjauh masing-masingnya kemudian bersatu kembali…!!!”. Maka sebagian mereka pun beriman, dan sebagian lainnya lagi tetap kafir (ingkar). Oleh karena itu, Allah menurunkan ayat-Nya: “Sungguh, telah dekat hari qiamat, dan telah terbelah bulan, dan ketika melihat tanda-tanda kebesaran Kami, merekapun ingkar lagi berpaling seraya berkata, “Ini adalah sihir yang terus-menerus”, dan mereka mendustakannya, bahkan mengikuti hawa nafsu mereka. sedang tiap-tiap urusan telah ada ketetapannya……..” (QS. Al-Qamar [54] ayat 1-55). “Ini adalah kisah nyata”, demikian kata Prof. Dr. Zaghlul Al-Najar.
Dan setelah selesainya Prof. Dr. Zaghlul menyampaikan hadits nabi tersebut, berdirilah seorang muslim warga Inggris dan memperkenalkan diri seraya berkata, “Aku Daud Musa Pitkhok, ketua Al-Hizb Al-Islamy Inggris. Wahai tuan, bolehkah aku menambahkan?” Prof. Dr. Zaghlul Al-Najar menjawab: “Dipersilahkan dengan senang hati.” Daud Musa Pitkhok berkata, “Aku pernah meneliti agama-agama (sebelum menjadi muslim), maka salah seorang mahasiswa muslim menunjukiku sebuah terjemah makna-makna Al-Qur’an yang mulia. Maka, aku pun berterima kasih kepadanya dan aku membawa terjemah itu pulang ke rumah. Dan ketika aku membuka-buka terjemahan Al-Qur’an itu di rumah, maka surat yang pertama aku buka ternyata Al-Qamar. Dan aku pun membacanya:
“Telah dekat datangnya saat itu dan Telah terbelah bulan [1434]. Dan jika mereka (orang-orang musyrikin) melihat suatu tanda (mukjizat), mereka berpaling dan berkata: “(Ini adalah) sihir yang terus menerus”. Dan mereka mendustakan (Nabi) dan mengikuti hawa nafsu mereka, sedang tiap-tiap urusan telah ada ketetapannya[1435] (QS. Al-Qamar [54] ayat 1-3)
[1434] Yang dimaksud dengan saat di sini ialah terjadinya hari kiamat atau saat kehancuran kaum musyrikin, dan “terbelahnya bulan” ialah suatu mukjizat nabi Muhammad SAW.
[1435 Maksudnya bahwa segala urusan itu pasti berjalan sampai waktu yang Telah ditetapkan terjadinya, seperti: urusan Rasulullah dalam meninggikan kalimat Allah pasti sampai pada akhirnya yaitu kemenangan di dunia dan kebahagiaan di akhirat. sedang urusan orang yang mendustakannya pasti sampai pula pada akhirnya, yaitu kekalahan di dunia dan siksaan di akhirat.
Maka aku pun bergumam: Apakah kalimat ini masuk akal?? Apakah mungkin bulan bisa terbelah kemudian bersatu kembali?? Andai benar, kekuatan macam apa yang bisa melakukan hal itu??? Maka, aku pun menghentikan dari membaca ayat-ayat selanjutnya dan aku menyibukkan diri dengan urusan kehidupan sehari-hari. Akan tetapi Allah-lah Yang Maha Tahu tentang tingkat keikhlasan hamba-Nya dalam pencarian kebenaran. Maka aku pun suatu hari duduk di depan televisi Inggris. Saat itu ada sebuah diskusi hangat antara presenter seorang Inggris dan 3 orang pakar ruang angkasa Amerika Serikat. Ketiga pakar antariksa tersebut pun menceritakan tentang dana yang begitu besar dalam rangka melakukan perjalanan ke antariksa.
Daripada itu, diantara diskusi hangat tersebut adalah tentang turunnya astronot menjejakkan kakiknya di bulan, dimana perjalanan antariksa ke bulan tersebut telah menghabiskan dana tidak kurang dari 100 juta dollar. Mendengar hal itu, presenter terperangah kaget dan berkata, “Kebodohan macam apalagi ini, dana begitu besar dibuang oleh AS hanya untuk bisa mendarat di bulan?” Mereka pun menjawab, “Tidak, ..!!! Tujuannya tidak semata menancapkan ilmu pengetahuan AS di bulan, akan tetapi kami mempelajari kandungan yang ada di dalam bulan itu sendiri, maka kami pun telah mendapat hakikat tentang bulan itu, yang jika kita berikan dana lebih dari 100 juta dollar untuk kesenangan manusia, maka kami tidak akan memberikan dana itu kepada siapapun.
Maka presenter itu pun bertanya, “Hakikat apa yang kalian telah capai sehingga demikian mahal taruhannya?” Mereka menjawab, “Ternyata bulan pernah mengalami pembelahan di suatu hari dahulu kala, kemudian menyatu kembali.!!!” Presenter pun bertanya, “Bagaimana kalian bisa yakin akan hal itu?” Mereka menjawab, “Kami mendapati secara pasti dari batuan-batuan yang terpisah dan terpotong di permukaan bulan sampai di dalam (perut) bulan. Maka kami pun meminta para pakar geologi untuk menelitinya, dan mereka mengatakan, “Hal ini tidak mungkin telah terjadi kecuali jika memang bulan pernah terbelah lalu bersatu kembali”.
Mendengar paparan itu, ketua Al-Hizb Al-Islamy Inggris mengatakan, “Maka aku pun turun dari kursi dan berkata, “Mukjizat (kehebatan) benar-benar telah terjadi pada diri Muhammad sallallahu alaihi wassallam 1400-an tahun yang lalu. Allah benar-benar telah mengolok-olok AS untuk mengeluarkan dana yang begitu besar, 100 juta dollar lebih, hanya untuk menetapkan akan kebenaran muslimin !!!!””.
Maka, agama Islam ini tidak mungkin salah … (aku pun bergumam), “Maka, aku pun membuka kembali Mushhaf Al-Qur’an dan aku baca surat Al-Qamar, dan saat itu adalah awal aku menerima dan masuk Islam"
[Diterjemahkan oleh: Abu Muhammad ibn Shadi, March 24th, 2007]
Sila ke sini untuk lihat bukti jelas bulan terbelah kepada dua
Monday, March 8, 2010
Mamak ...
Lebih mengejutkan pemilik restoran berkenaan sengaja menggantung deretan gambar ayat suci al-Quran, kalimah Allah dan Nabi Muhammad di dalam premis untuk memperdaya pelanggan yang menyangka ia restoran halal.
Taktik itu dibongkar Jakim selepas penyamaran dilakukan kakitangannya di restoran berkenaan sejak sekian lama sebelum melakukan serbuan semalam.
Kewujudan restoran `halal’ palsu itu dibongkar selepas sepasukan lima pegawai Jakim dibantu enam pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Putrajaya menjalankan serbuan mengejut di restoran berkenaan di Jalan Bangi di sini, semalam.
Pemeriksaan diketuai Penolong Pengarah Bahagian Hub Halal Jakim, Mohd Amri Abdullah, dilakukan selepas mendapat aduan berhubung kesangsian orang ramai terhadap sijil halal milik restoran berkenaan.
Sumber Jakim berkata, dalam serbuan kira-kira jam 3 petang itu, pegawai Jakim yang menjalankan pemeriksaan menyoal siasat lapan pekerja warga asing restoran berkenaan yang ketika itu sedang melayan berpuluh pelanggan Islam.
Menurutnya, kebanyakan pekerja dari India itu pada mulanya mengaku beragama Islam, namun gagal membaca surah al-Fatihah atau mengucap dua kalimah syahadah.
“Mereka tiba-tiba menjadi gagap dan hanya menggeleng kepala sekali gus membuktikan mereka bukan beragama Islam seperti didakwa.
Menurutnya, pemilik restoran sengaja menggantung kalimah ayat suci Al-Quran, Allah dan Nabi Muhammad di dinding premis termasuk ayat seribu dinar untuk mengaburi pemilik sebenar restoran berkenaan.
“Semua ayat al-Quran itu sengaja digantung di atas kaunter pembayaran selain sijil halal palsu yang turut diguna pakai bagi meyakinkan pelanggan seolah-olah restoran terbabit milik orang Islam.
“Siasatan susulan terhadap sijil pendaftar syarikat (ROC) bagaimanapun mendapat bukti paling jelas apabila nama pemilik yang tertera pada dokumen bukan Islam,” katanya..
Menurutnya, penyelia berusia 30-an yang juga bukan Islam cuba berdolak-dalik dan memberi pelbagai alasan tidak munasabah berhubung bukti diperoleh itu sambil memberitahu restoran terbabit milik orang Islam.
“Agak mengejutkan apabila seorang lelaki berusia 40-an yang tidak dikenali tiba-tiba muncul sebelum memperkenalkan diri sebagai rakan kongsi pemilik restoran berkenaan..
“Lelaki itu mendakwa menguruskan restoran terbabit walaupun namanya tidak tertera pada ROC. Dia mendakwa restoran itu diuruskan olehnya. Bagaimanapun pegawai Jakim percaya lelaki berkenaan hanyalah `wayang’ yang diupah sekiranya berlaku apa-apa masalah,” katanya.
Monday, March 1, 2010
Pendarahan otak; Cedera parah di perut, ginjal; Luka, lebam seluruh badan
KUALA LUMPUR: Bedah siasat ke atas mayat kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang mati dipercayai didera teman lelaki ibunya kelmarin, mendapati berlaku pendarahan otak, kecederaan parah di perut dan sekeliling buah pinggang akibat hentakan kuat di kepala dan abdomen mangsa.
Selain itu, bedah siasat terhadap Syafia Humairah Sahari di Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB), Hulu Selangor yang mengambil masa kira-kira tiga jam mulai 10.30 pagi, juga menemui kesan luka dan lebam seluruh badan, selain kesan penderaan lampau.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Bakhtiar Rashid, berkata polis akan memanggil beberapa individu yang rapat dengan suspek, termasuk ibu mangsa bagi membantu siasatan.
“Polis percaya mereka mempunyai hubung kait atau tahu mengenai penderaan berulang yang dipercayai dilakukan suspek, seorang pemandu teksi berusia 28 tahun itu.
“Kita juga akan memanggil beberapa saksi yang mendakwa melihat suspek menendang kanak-kanak itu di padang berdekatan rumahnya pada hari berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Bakhtiar berkata, bedah siasat yang mendapati kesan kecederaan lama akibat penderaan lampau, termasuk yang dikesan beberapa hari sebelum kematiannya menunjukkan mangsa didera secara berterusan.
“Kecederaan luaran yang baru dan lama itu dipercayai disebabkan pukulan dengan benda keras dan kesan hentakan kuat. Bahagian belakang tubuh mangsa juga ada kesan lebam selain leher, pipi dan bahunya,” katanya.
Semalam, akhbar melaporkan, Syafia Humairah mati dengan kesan luka pada muka dan perut, dipercayai didera teman lelaki ibunya di kediaman suspek di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, dekat Batang Kali, malam Khamis lalu.
Mangsa dipercayai ditampar dan disepak di perutnya beberapa kali sehingga mengalami kecederaan parah pada tubuh selain luka di muka, dagu, telinga serta lebam kaki dan tangan.
Syafia Humairah dipercayai meninggal dunia dalam perjalanan ke HKKB ketika dibawa suspek dan ditinggalkan di wad kecemasan selepas mendakwa kanak-kanak itu mati akibat kemalangan jalan raya.
Bagaimanapun, pihak hospital mengesyaki berlaku penderaan terhadap mangsa selepas menemui banyak kesan luka dan lebam pada tubuh kanak-kanak itu dan polis menahan lelaki terbabit kira-kira jam 3 pagi kelmarin yang mengaku mencederakan Syafia Humairah.
Bakhtiar berkata, ujian air kencing terhadap suspek mendapati lelaki itu positif dadah jenis ganja.
“Suspek kini ditahan reman tujuh hari mulai semalam (kelmarin) dan kita akan memohon untuk melanjutkan tempoh tahanan reman sehingga 14 hari. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.
Jenazah kanak-kanak malang itu dituntut oleh keluarga ibunya di HKKB sebaik selesai bedah siasat sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kuang, kira-kira jam 4 petang.
Terdahulu, suasana di pekarangan bilik mayat HKKB kecoh seketika apabila keluarga teman lelaki ibu mangsa turut datang menziarah jenazah kanak-kanak itu dan dikatakan mahu menuntut jenazah mangsa sebelum keadaan kembali reda beberapa minit selepas itu.
Budak didera sampai mati
Syafia Humairah Sahari, 3, ditampar, disepak teman lelaki ibu
KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mati dengan kesan luka pada muka dan perut, dipercayai didera oleh teman lelaki ibunya di kediaman mereka, di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, dekat Batang Kali, malam kelmarin.
Syafia Humairah Sahari dipercayai ditampar dan disepak di perutnya beberapa kali sehingga mengalami kecederaan parah pada tubuh selain luka muka, dagu, telinga serta lebam kaki dan tangan.
Mangsa dipercayai meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Kuala Kubu Bahru (HKKB) ketika dibawa oleh teman lelaki ibunya dan ditinggalkan di wad kecemasan selepas mendakwa kanak-kanak itu mati akibat kemalangan jalan raya.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Affandi Yahya, berkata lelaki berusia 28 tahun bersama rakannya melarikan diri sejurus jururawat bertanya maklumat terperinci mengenai kanak-kanak berkenaan.
"Ketika dihampiri jururawat, dia mendakwa perlu bergegas ke balai polis untuk membuat laporan kemalangan itu.
IBU mangsa, Siti Nurhanim Aziz dan datuknya, Aziz Sahar menunggu jenazah kanak-kanak itu di Hospital Kuala Kubu Bahru, semalam.
"Kira-kira jam 11 malam, polis dimaklumkan oleh pihak hospital dan meminta menyiasat secara terperinci kerana mengesyaki berlaku penderaan selepas melihat kanak-kanak berkenaan mempunyai banyak kesan luka dan lebam.
"Polis menjalankan siasatan berhubung kemalangan seperti yang dimaklumkan, namun tiada sebarang laporan mengenai kemalangan membabitkan kanak-kanak berusia tiga tahun," katanya semalam.
Norel Azmi berkata, pemeriksaan awal hospital mendapati ada tanda-tanda kecederaan dipercayai dipukul menggunakan objek tajam.
"Berdasarkan kecederaan, penderaan dipercayai baru dilakukan dan mangsa mengalami pendarahan dalaman sehingga menyebabkan kematian.
"Kira-kira jam 3 pagi, polis menahan teman lelaki ibu mangsa yang bekerja sebagai pemandu teksi untuk siasatan. Hasil soal siasat, suspek mengaku mencederakan kanak-kanak itu dengan menampar dan menyepak mangsa," katanya.
Beliau berkata, polis turut menahan untuk soal siasat ibu mangsa, seorang ibu tunggal berusia 20-an selepas suspek mendakwa ia dilakukan bersama teman wanitanya.
Sementara itu, Bernama melaporkan, bapa suspek enggan mengulas mengenai kejadian itu dan akan memberi keterangannya kepada polis apabila diperlukan.
Menurut saksi yang enggan dikenali, sebelum kejadian, suspek ke padang berdekatan untuk bermain bola dengan membawa mangsa bersamanya.
Ketika sedang bermain bola, kanak-kanak itu menangis dan suspek pergi ke arahnya lalu menyerang kanak-kanak itu.
Orang ramai meleraikannya sebelum mengangkat kanak-kanak itu ke dalam teksi milik suspek dan membawanya ke hospital.
Kanak-kanak 3 tahun mati didera
Polis tahan teman lelaki ibu mangsa sebagai suspek
KUALA LUMPUR: Seorang kanak- kanak perempuan berusia tiga tahun mati dengan kesan luka pada muka dan perut, dipercayai didera oleh teman lelaki ibunya di kediaman mereka, di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, dekat Batang Kali, malam Khamis lalu.
Syafia Humairah Sahari dipercayai ditampar dan diterajang di perutnya beberapa kali sehingga mengalami kecederaan parah pada tubuh selain luka muka, dagu, telinga dan lebam kaki serta tangan.
Mangsa dipercayai meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Kuala Kubu Bahru ketika dibawa oleh teman lelaki ibunya dan ditinggalkan di wad kecemasan selepas mendakwa kanak-kanak itu mati akibat kemalangan jalan raya.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Norel Azmi Affandi Yahya, berkata lelaki berusia 28 tahun bersama rakannya itu melarikan diri sejurus selepas jururawat bertanya maklumat terperinci mengenai kanak- kanak berkenaan.
Polis bagaimanapun, telah menahan suspek, yang merupakan seorang pemandu teksi, sekitar 3 pagi kelmarin.
Menurut saksi kejadian yang berlaku sekitar 7.30 malam Khamis lalu, suspek 'naik angin' apabila Syafia tidak patuh arahannya supaya pulang ke rumah setelah bermain di padang bola di Kampung Batu 30 di Ulu Yam Lama.
Saksi itu, Ahmad Fikri Khalis, 19 tahun, berkata:
'Dia tendang budak itu macam bola dan langsung tak pedulikan jeritan orang ramai yang melarangnya.
'Mulanya dia menampar dan menendang budak itu. Apabila mangsa terjatuh, dia memijak kepalanya walaupun menyedari perbuatannya dilihat beberapa remaja yang sedang bermain bola sepak.'
Menurut Ahmad Fikri, selepas lebih 10 minit membelasah kanak- kanak itu, lelaki terbabit beredar dari kawasan berkenaan sebelum orang ramai bergegas memberi bantuan kepada Syafia.
'Seorang daripada penduduk yang menyaksikan kejadian cuba mengangkat budak itu untuk dibawa ke hospital. Namun, belum pun sempat dia berbuat demikian, lelaki terbabit datang semula sebelum mengangkat mangsa memasuki teksinya. Dia mendakwa akan membawa sendiri 'anak tirinya' itu ke hospital,' katanya.
Ahmad Fikri berkata, berdasarkan pemerhatiannya, kanak-kanak malang itu sudah mati ketika dibawa masuk ke dalam teksi berkenaan.
'Mana tidaknya, saya lihat dia langsung tidak bergerak, sebaliknya muka dan tubuhnya kelihatan pucat seperti orang sudah mati.
'Kami (penduduk) bukan tak nak tolong, tapi diugut lelaki berkenaan supaya tidak campur hal keluarganya,' katanya. -- Harian Metro, BHM.