Freud kata mind is just like an iceberg...only 10% of an iceberg is visible (conscious) whereas the other 90% is beneath the water (preconscious and unconscious)... betul ke ??? entah check it out....
Saturday, March 15, 2008
Aku redha ...
Sorry .. asyik dengan politic negara sehingga aku lupa bahawa ada lagi benda yang paling penting untuk aku jaga selain dari negara aku... ada insan lain yang sedang semakin membesar dalam diri aku.. aku perlu menjaga dengan penuh teliti tumbesaran insan dalam diri aku ini...
Yup.. masakan aku lupa... alahan semakin kuat sekarang nih.. adat mengandung ... pening-pening kepala... tak ada selera makan... mual... dan badan terasa amat penat... itu biasa.. tapi alhamdulillah kandungan kali tak banyak masalah.. berbanding dengan kandungan sebelum ini... sebelum ini memang teruk ... kali ini aku masih boleh ketempat kerja.. masih boleh makan ... masih boleh bangun dan masih boleh bertahan dengan alahan-alahan biasa...
Baru nih aku ke klinik kerana alahan aku yang membuatkan aku tidak mampu ketempat kerja... (mintak MC kat doktor) aku mendesak doktor agar melakukan scan keatas kandungan aku.. bukan apa.. aku tidak sabar untuk melihat sama ada anak yang aku kandungkan nih masih lagi dua atau tinggal satu..dua...????
Hari pertama aku mengetahui aku mengandung imbasan komputer menyatakan ada dua titik yang ujud dalam kandungan aku.. kata doktor kalau yang satu itu boleh survive kemungkinan besar aku akan memperolehi anak kembar... aku terkejut .. suami aku apatah lagi, bukan main gembira lagi.. tapi doktor ada menyatakan supaya kami jangan berharap sangat. Kalau umur kedua-duanya panjang akan lahirlah anak kembar tak seiras. Kalau sememangnya rezeki aku kata doktor mereka akan membina uri sendiri, kantung sendiri untuk makanan masing-masing .... ini kerana mereka duduk tidak duduk selari... yang satu diatas dan satu lagi tuh bawah sedikit jer ... kata doktor kalau betul-betul kembar mereka akan duduk seiring...
Dan kali ini aku betul-betul mendesak doktor untuk melakukan imbasan lagi keatas kandungan aku yang baru berusia 7 minggu masa tuh ... walaupun imbasan itu sepatutnya hanya akan dilakukan pada hujung bulam tiga ini...
Mungkin doktor faham akan ketidak sabaran seorang ibu untuk mengetahui perihal insan yang dibawanya kemana sahaja... kadang-kala aku rasa takut untuk memperolehi anak kembar sebenarnya.. aku tidak bersedia ...sesuatu yang memang aku tidak duga akan berlaku ke atas diri aku... tapi kadang kala perasaan gembira juga turut selang seli dengan perasaan takut itu ... itu yang membuatkan aku tidak sabar untuk mengetahuinya ...
Selepas membuat imbasan doktor memberitahu bahawa kandungan yang aku kandungi cuma tinggal satu aja.. dan kata doktor semua nampak cantik.. nampak sihat.. uri di atas.. jantung baby pun ok... baby juga nampak sihat ... Alhamdulillah semua sihat....dan aku... aku redha... semua ketentuan Allah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment