Monday, March 31, 2008

Begitulah ketentuan Ilahi...

Buat pengetahuan semua, aku baru sahaja menerima ujian yang sama buat kali kedua. Pada 25 March 2008... doktor telah mengesahkan bahawa kandungan aku sudah tidak bernyawa lagi. Aku dikehendaki melakukan D & C procedure secepat mungkin.

Hari ini genap 6 hari kejadian itu berlaku. Aku masih lagi lemah, mungkin akibat kehilangan darah yang agak banyak semasa procedure D & C. Apa yang lebih lemah adalah hati dan perasaan aku.

Belum masa untuk aku bercerita dengan lebih lanjut. Nanti bila aku sudah kuat kembali akan aku lakarkan kisahnya dalam blog ini. Aku cuma berharap agar tuhan akan kuatkan semangat dan agar aku tabah menghadapi segala ujian Allah ini.

2 comments:

Anonymous said...

Nin,
Semoga kau terus tabah dalam menghadapi ujian Nya. Pasti ada hikmahnya..

EE

Kak Ungku said...

Terima Kasih... Insya Allah.. aku akan tabahkan diri menhadapi segala ujian dan ketentuan Nya... memang betul apa yang ditentukan olehNya itu pasti ada hikmah ..