Thursday, March 13, 2008

Pengalaman Menjadi Pembangkang ...

Hehehh.. bukan nak riak laa kan.. tapi perasaan hati aku nih masih lagi melonjak-lonjak suka apabila label pembangkang tidak akan lagi aku gunakan ... kepada mereka-mereka yang baru sahaja dilabelkan atau bergelar pembangkang.. mingkin post kali ini begitu berguna kepada korang semua.. bukan hasrat hati untuk menghina (kih kih kih) tapi sekadar kongsi pengalaman selama aku bergelar pembangkang.

Memang sakit bila jadi pembangkang nih. Apa yang kita buat semua salah. Apa yang kita mahukan dari pucuk pimpian semuanya tak dapat, sedangkan apa yang mereka lakukan semua mendapat sambutan dan dibolehkan walaupun memang terang-terang salah dari sisi undang-undang mahupun dari sisi agama.

Memang boleh dikatakan aku membesar bersama-sama pembangkang (dulu). Separuh dari hayat aku hidup bersama party pembangkang. Memang betul keluarga aku dahulu memang penyokong kuat UMNO... tapi selepas kejadian Memali ... (aku pun tak ingat tahun berapa)seluruh keluarga aku seperti telah berpaling tadah dengan UMNO. Mak yang merupakan perayu undi di kawasan tempat aku tinggal tidak lagi turut serta untuk berkempen dalam pilihanraya tahun itu. Masa tuh aku pun tak tahu kenapa. Maklumlaa aku boleh dikatakan budak hingusan yang memang tak tahu pasal politic nih. Mungkin ada sesuatu yang telah mengejutkan mereka. Cuma bila aku ke college dan selepas Anwar Ibrahim di sumbatkan kedalam penjara. Aku jadi menyampah dengan BN. Banyak kali juga aku join perarakan REFORMASI semasa di kampus dulu... mujur tak kena tangkap... bermula dari situlah aku bergelar pembangkang aktif...



Kisah sedih pembangkang...

Sejak dari itu (sejak parents aku tidak sokong BN) aku lihat keluarga kami nih sentiasa disisihkan, dianak tirikan. Kalau rumah orang lain dapat jalan tar sampai pintu rumah. Rumah kita orang langsung tak dapat apa... nak minta batu untuk timbus tanah merah depan rumah pun tak dapat ...ada jugak abang-abang aku mencuba nasib bertanya kepada ketua kampung.. dan apa dia orang kata ... orang BN jer yang dapat jalan TAR ... aku marah betul ... aku marah sebab duit yang mereka buat jalan tuh bukannya duit dia orang, bukannya duit UMNO bukan duit ketua kampung.. tuh semua duit kerajaan dan duit kerajaan nih bermakna duit rakyat...tak kira party apa yang memrintah duit tuh untuk semua orang dan sudah pasti portion untuk family aku jugak ada tau..
Mak ngan ayah selalu tenang... tapi aku tidak... mak selalu kata .. "Tak apa lah ada duit nanti kita buat sendiri je lah...." Berkat sabar mak dan ayah aku dan bila adik beradik aku dah banyak duit (ada la rezeki lebih sikit) kita org adik beradik buat sendiri jer jalan TAR.. kita orang buat dari jalan raya sampai pintu dapur... buat jalan Tar yang mahal high class punya .. haaa... padan muka org BN ... ingat kita orang tak mampu ker nak buat sendiri... dan mak akan cakap "Tengok kan tuhan tolong.. kita buat sendiri jer tak payah bantuan BN... " Tapi aku tetap tak puas hati ... "Aku tak akan halalkan portion yang sepatutnya diberikan untuk mak aku.. itu duit aku jugak.. mak ayah aku bayar cukai, bayar tol, bayar cukai pintu, cukai tanah bayar itu bayar ini.. dan memang itu duit rakyat tidak kira dia siapapun... " masa tuh darah muda.. aku memang cepat melenting dan tidak professional ...


Cam mana nak buat ...

Kepada yang baru bergelar pembangkang dan party pemerintah baru amik iktibarlaa... cerita-cerita sebegini tidak akan berlaku dalam kerajaan yang baru ini. Cuba peka dengan hidup rakyat. Jangan sekali-kali makan harta rakyat dan berikan kepada kroni-kroni jer.. bila anda buat demikian semakin meneballah perasaan benci rakyat.. dan kepada pembangkang cuba salurkan aduan-aduan anda kepada pihak-pihak tertentu agar korang tak akan tersisih. Jangan kata... alah nanti dia bagi kat kroni dia org aja .. itu kerajaan pemerintah dulu.. sekarang mungkin tidak.. yang penting cuba dulu ... jangan ingat semua party pemerintah macam BN dulu ...



Kisah sedih pembangkang...
Bila TV siar apa yang tidak betul atau apa yang kita rasa tidak betul.. aku jadi marah... tak puas hati ... ye lah dulu tak ada source kengkadang terasa jugak.. eh betul ke cam nih ek .... takkan dia buat cam nih ... Bertindak membabi-buta... orang pergi reformasi kita pergi jugak tapi motif sebenar cuma bencikan BN... tak tahu sangat cerita sebenar ... again darah muda.. tidak professional ... kita cakap pun orang tak nak percaya. susah betul nak convince orang ... sapa nak percaya.. parti pembangkang .. mesti bangkang punya laa...



Cam mana nak buat :
Kalau rasa ada cerita yang anda dengar di TV tak kiralah dari party pembangkang atau dari party pemerintah.. pergi laa tolong cari kebenarannya. Jangan hanya telan bulat-bulat apa yang korang dapat .. pergi masuk internet.. masuk web Perangkaan Negara. web PDRM, web KLSE dan apa-apa web yang boleh memberi info yang telus. Cari sampai jumpa fakta sebenar. Jangan jadi lembu yang dicucuk hidung.. ikut membabi buta ... sungguh memalukan bila cakap pung pang pung pang tapi tak ada bukti ... cakap mesti ada fakta.. mesti tunjuk bukti baru orang boleh percaya ... kalau tak ada bukti abaikan fakta tadi atau kategorykan sebagai penipuan yang tidak professional... sekarang ramai yang dah belajar tinggi..


Kisah sedih pembangkang
Sakit hati bila tengok party pemerintah (dulu laa) pergi Kelantan, pergi Langkawi atau buat makan-makan secara besar-besaran... aku dan family langsung tidak dijemput atau dipelawa... dan mak ngan ayah pasti kata.. "tak apa laa bukan kita tak boleh nak pergi sendiri.. nanti bila kita banyak duit nanti kita pergi merata dunia kita pergi..." tapi aku plak kata ... "tak malu ker pergi melancung pakai duit rakyat... duit tuh untuk semua.. dan pasti ada portion untuk aku dan keluarga aku.. dan adalah lebih baik jika duit tuh di sedekahkan kepada orang-orang miskin ataupun anak-anak yatim jer.. yang korang duk mentedarah duit rakyat tuh apahal ..."

Apa yang anda boleh buat
Ini penyalah gunaan kuasa dan duit rakyat.. korang boleh adukan pada pihak tertentu... bukan dengki atau iri hati tapi aku memang tak suka kalau hak aku orang lain guna sesuka hati dan buat benda-benda yang tak berfaedah. Macam balik mengundi dapat duit RM200.00 bagi yang tak berapa faham mereka ingat itu duit BN .. itu duit Pak Lah.. bukan itu duit semua orang.. duit rakyat .. bukan duit BN... tolong laa belajar sikit... jadi rakyat Malaysia yang tahu dan berfikir.


Banyak lagi pengalaman sebagai pembangkang ... pendek kata apa sahaja yang pembangkang nak buat semua tak boleh semua tak dapat walaupun telah merayu sedaya-upaya... dan kepada bussinesman pun kalau bukan kroni dan bukan dari perty pemerintah jangan harap boleh dapat tender-tender kerajaan.. sampai ada orag kata kalau nak dapat tender kerajaan mesti ada orang dalam.. kalau tak pun kena bayar dia orang buat kerja.. itu aku tak tahu sebab aku bukan ahli perniagaan.. dan bila Penang hapuskan DEB.. memula aku tak puas hati jugak tapi bila aku dapat tahu kebanyakan tnder pun selama ini dapat ke Cina jugak dapat ke kroni jugak.. baru lah aku sejuk hati sikit.. entah laa hidup sebagai pembangkang dibawah pemerintahan BN memang perit, tapi berkat ketabahan alhamdulliah ok jer .. dan pengalaman menjadi pembangkang menjadikan kita orang semua tabah dan berani menghadapi segala kemungkinan.

Dan aku ingat lagi bila orang marah-marah akan party pembangkang dan menuduh yang bukan-bukan dan aku tahu kebenaran cerita.. benda yang paling senang aku lakukan ialah aku sengih jer.. sambil dalam hati ketawa berdekah-dekah.. sambil cakap dalam hati .. bodohnya la ko.. kesian nya ko nih laaa... dah laa tak tahu apa benda yang ko cakap ... cakap banyak tapi kosong.. mcam ketuk tong.. bunyi jer kuat tapi dalam kosong .... malulaa oooiii.. sekarang orang cakap mesti ada bukti ... dan lebih baik korang tinggalkan manusia yang tak begitu pandai tuh sebab buang masa jer layang orang yang langsung tak nak dengar pendapat orang lain....

Entah laa... aku tak tahu macam mana perjuangan party pemerintah sekarang ini... aku memang kagum dengan Kelantan... aku cukup salute dengan Tuan Guru... aku harap negeri-negeri lain pun akan mengikut jejak langkah Kelantan... dan aku banyak-banyak berharap agar parti pemerintah sekarang ini bertindak adil.. rakyat sekarang ini sudah pandai menilai yang mana baik... guna peluang yang Allah beri ini dengan sebaik mungkin... rakyat mahukan pucuk pimpinan yang adil.. dan rakyat sekarang ini bukan seperti rakyat dahulu kala yang boleh diperkotak katik kan... sekarang masa untuk brkerja bukan berangan dan bermegah-megah.. bangun jangan jadi macam dulu lagi.. aku rasa perit jadi pembangkang.. aku tak mahu sejarah-sejarah ini berulang .. lakukan sesuatu.. betindak atas nama rakyat bukan individu ...

1 comment:

orang melayu said...

padan muka. memang tu la yang layak bila menjadi pembangkang. padan muka, sokong lagi pembangkang