Tuesday, March 25, 2008

Siapa Lagi Biadap ..


Sebelum ini DAP dicela menghina kesultanan Melayu . Hampir semua rakyat Malaysia mengutuk tindakan DAP.. termasuk diri aku sendiri.. aku juga menyatakan bahawa tindakan presiden DAP bertindak biadap ... Rakyat mula mengkeji tindakan president DAP itu... Lebih-lebih lagi UMNO dan sekutu-sekutunya.. maka terpampang laa berita kebiadaban DAP terhadap Sultan.. DAP menghina Istana... semua Melayu bangun untuk mengutuk tindakan DAP...

Tapi keesokan harinya LKS dengan rasa rendah hati dan mungkin tersilap langkah telah menyusun sepuluh jari mengadap Sultan untuk memohon ampun di atas kesilapam beliau membuat tindakan yang sebegitu bodoh itu ..

Aku mula rasa lega dengan tindakan LKS untuk memohon ampun atas perbuatan beliau.. dan aku percaya ramai yang sudi memaafkan beliau.. walaupun berat ....

Dan dalam masa yang sama Shahidan pulak buat hal.. Syahidan begitu panas bila dia tidak dilantik sebagai MB besar.. beliau telah cuba mendapat sokongan dari pihak-pihak tertentu yang merasakan diri mereka lebih kebal dari Sultan... ada surat watikah dari Pak Lah yang melantik Shahidan Kasim sebagai MB.. aik.. boleh ker PM keluarkan watikah... hmm susah laa kalau tak faham undang-undang nih.. nih masalah Perlembagaan.. jangan main-main nih ...

Dan terbukti kuasa Sultan lebih kebal dari kuasa sesetengah pihak.. watikah yang dikeluarkan oleh Pak Lah seolah-olah terbang sendiri.. hilang .. ghaib... Shahidan akhirnya tunduk dan menerima segala-galanya setelah watikah sebenarnya dari Sultan di keluarkan... dan Pak Lah terpaksa akur dengan keputusan Sultan...

Hmmm kemudian satu lagi kes Idris Jusoh yang begitu biadap dan cuba untuk melawan Sultan..
Kalau beberepa hari dahulu LKS dari DAP dikecam hebat oleh orang-orang UMNO dan BN tapi kali ini apabila Idris Jusoh bertindak melawan Istana .. dia mendapat sokongan ramai pihak ... pulok... Idris Jusoh menyatakan bahawa beliau mendapat sokongan penuh dari PM, seluruh adun-adun Terengganu dan rakyat Terengganu sendiri (aku tak tahu ya ker tidak) ini memang sudah terbalik.. apa mereka sudah lupa dengan apa yang mereka lakukan terhadap DAP atau memang mereka memang sudah hilang ingatan.. atau mereka mengamalkan sifat "kalau aku buat memang tak apa...

Idris terus pertikaikan keputusan yang dibuat Tuanku walau pun Tuanku telah mengumumkan siapakah MB Terengganu semalam ...

Idris Jusoh dan kuncu-kuncunya masih lagi berpegang teguh dengan pendirian mereka dan masih bertindak menghina Istana dan engkar dengan keputusan Sultan..

Idris pila tetap teguh dengan keputusan dan tidak lagi mahu mengadap Sultan untuk memohon ampun sebagaimana yang dilakukan oleh Lim Kit Seang ...

Aku tak tahu siapa lagi biadab ... Mungkin Allah telah mula lakukan pembalasan secara terus.. tak perlu tunggu sampai kiamat.. segala dibalas secara terang-terangan secara terus... kalau dahulu mereka mengutuk, mengeji kebanyakan benda yang dilakukan oleh party pembangkang tapi sekarang mereka sendiri pulak yang melakukannya.. malah lebih teruk... mungkin mereka rasa semua manusia di Malaysia atau lebih-lebih lagi Melayu ini mudah lupa... sebagaimana kata Tun Mahadhir dulu.. sekarang tidak lagi ... manusia Melayu kini sudah bangkit dan pandai menilai dan berfikir...

Sudah laa...celik laa.. jangan laa sampai menjilat ludah sendiri.. atau jangan sampai ditertawakan oleh rakyat sendiri.. malulah dan cuba berfikir sebelum bertindak ..

No comments: