Monday, March 10, 2008

Keputusan paling memalukan BN

Keputusan Pilihan raya kali ini memang di luar jangkaan. Aku betul-betul tak berapa percaya tapi syukur Alhamdulliah memang doa kami selama ini sudah di makbul Allah detik hati aku.



Malam tadi aku cuba sedaya upaya aku untuk bersekang mata walaupun terasa badan dan capability diri aku untuk terus berjaga adalah pada tahap yang paling minimum. Cuma tinggal ayah aku jer yang mampu bertahan sehingga pukul 3 pagi.

Sekali sekala aku bangun untuk bertanya keputusan. Memang dari awal lagi aku sudah tahu bahawa Kelantan dan Kedah telah di kuasai PAS. Itu pun aku dapat tahu dari hasil SMS suami aku yang melakukan tanggung jawab sebagai anak Kelantan yang telah lebih dahulu mengetahui keputusan Pilihan Raya melalui internet. Memang betul, keputusan melalui internet lebih cepat dan tepat.

Banyak betul kejutan-kejutan yang diluar dugaan. Ayah hampir melompat apabila SMS yang di berikan oleh Hubby menyatakan Uncle Samy kecundang.. Sharizat juga telah dikalahkan oleh budak hingusan (kata org BN) ... aku terkejut dan memang terlalu gembira.

Dan apa yang lebih menggembirakan hati aku sekeluarga ialah.. bukan dua malah lima negeri di miliki oleh barisan altenative (Kelantan, Kedah, Penang, Selangor dan Juga Perak dan nyaris-nyaris juga Kuala Lumpur). Ini satu keputusan yang paling mengejutkan pihak BN dan boleh dikatakan paling memalukan....

Memang betul rakyat sudah pandai memilih... mereka sudah tidak boleh diperkotak katikkan lagi dengan tipu daya BN. Rakyat Malaysia bukan mudah di tipu lagi. Sudah cukup selama ini kita diperbodoh-bodohkan dengan propaganda media milik BN. Media agensi kerajaan ini di perkuda secukupnya untuk menjanakan kuasa kerajaan agar kemenangan akan berpihak kepada mereka sehingga rakyat Malaysia sudah tidak mampu melihat kebenaran cerita disebalik itu. Tapi kini tidak lagi berlaku... usaha busuk itu betul-betul tidak berjaya. Rakyat Malaysia semakin bijak. Kuasa internet telah membuktikan bahawa kita lebih bijak dari mereka. Jentera-jentera internet yang datang dari pelbagai source telah berjaya menyelamat rakyat Malaysia. Hasil dari itulah manusia Malaysia ini semakin tahu yang mana kaca yang berlian.

Petunjuk ini memang jelas ... rakyat sudah pandai memilih dan menilai. Rakyat juga sudah bosan dengan tanggapan kolot pihak tertentu yang sentiasa beranggapan bahawa rakyat Malaysia masih boleh diperbodoh-bodohkan. Mereka silap dan kesilapan besar inilah yang telah membuktikan segala-galanya.

Mesej ini amat jelas menunjukkan bahawa rakyat Malaysia sudah tidak boleh bertahan dengan pucuk pimpinan kerajaab sekarang. Kuasa ditangan rakyat. Rakyat telah mampu bersuara... kita mampu mengubah keadaan...

Walaubagaimanpun taniah kepada kerajaan baru. Aku harap kerajaan baru ini dapat membela nasib semua kaum seperti yang telah berlaku di Kelantan. Jadikanlan Kelantan sebagai contoh yang paling utama agar semua nasib rakyat terbela. Diharap kerajaan baru yang dibentuk ini dapat membuktikan bahawa kita juga mampu mentadbir negara yang sudah pasti lebih baik dari mereka. Sekarang bukan masa untuk bermegah-megah dan menunjuk-nunjuk tentang kemenangan kita. Sekarang masa untuk bekerja, mengambil hati semua kaum dan masa untuk membuktikan apa yang dicanang semasa pilihan raya akan menjadi kenyataan. Tahniah sekali lagi kepada party pemerintah yang baru mementuk kerajaan ...

Hmmmm.. nampaknya aku sekarang nih under party pemerintah laa... bukan lagi pembangkang... huhuh seronok pulak rasanya duduk under party pemerintah nih....

No comments: