Monday, March 17, 2008

Dasar Ekonomi Baru yang dah lama ..

Menurut Wikipidia.. Dasar Ekomomi baru ialah ..

Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu program sosioekonomi di Malaysia yang diperkenalkan pada tahun 1971 oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato' Hussein. Matlamat tersurat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional dan ia telah digubal dalam konteks strategi serampang dua mata untuk:

* mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum; dan
* mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ketidak seimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.

Dasar ini telah digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) pada 1991.

Hmmm... aku ulang balik ... Dasar Ekonomi Baru nih telah dimansuhkan pada tahun 1990 dan telah di gantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) pada tahun 1991.. sapa yang mansuhkan..??? pada tahun berapa... korang baca sendirik dan cari sendiri.. aku pun tak faham kenapa benda nih masih menjadi persoalan bagi sesetengah kaum... bukan kah ini satu perkara yang memalukan apabila DEB ini telah dimansuhkan dan orang-orang BN masih lagi tidak alert dengan pemansuhannya itu.. masih lagi mempertahankan perkara yang telah lama hilang dari kamus mereka sendiri...

Pening kepala aku duk baca pasal DEB nih... Dasar Economy Baru yang duk di gembar-gemburkan perlaksanaannya dan tentang pembuburannya di Pulau Pinang oleh DAP atau lebih tepat Guan Eng. Kadang-kadang aku rasa sedih dengan berita yang sengaja di hangat-hangatkan oleh pihak-pihak tertentu hanya untuk menimbulkan perasaan tidak puas hati kaum yang bergelar Melayu ini... bagi aku DEB di Pulau Pinang telah lama di bubarkan. Walaupun untuk pengetahuan semua DEB memang sudah tidak relevan lagi setelah kerajaan mewujudkan satu lagi dasar baru pada tahun 1991.

Rakyat Melayu di Pulau Pinang terutamanya telah lama ditindas oleh kaun-kaum cina dan kroni-kroni Melayu yang hanya mementingkan duit dan ganjaran lumayan atas sesuatu contract kerajaan. Kalau mahu bercerita pasal perkauman, Pulau Pinang sebenarnya telah lama di Cinakan oleh pihak pemerintah zaman sebelum party pembangkang menang di Pulau Pinang.. bukan itu sahaja mereka juga telah lama ditindas oleh bangsa sendiri ... cuma bezanya perbuatan ini tidak digembar-gemburkan... perbuatan ini telah di halalkan oleh pihak pemerintah .. perbuatan ini tidak dilihat sebagai satu dosa di atas kesilapan atau kerakusan pemerintah pada masa itu ..

Keadaan menjadi kucar-kacir pulak apabila Lim Guan Eng memperhebohkan berita pemansuhan DEB secara formal dan terang-terangan.. segelintir masyarakat Melayu atau mungkin lebih tepat aku katakan masyarakat UMNO di Pulau Pinang jadi tidak menentu.. mereka jadi panas.. jadi hilang punca.. mungkin takut akan tiada lagi suapan mudah untuk mendapat kontract-kontrak kerajaan yang dibiayai terus oleh kroni-kroni ...

Aku jadi pelik ... bila isu pemansuhan ini di bincangkan oleh orang BN sendiri pada tahun 2007 mereka cool jer (cuba click sini).. tapi bila kerajaan baru dengan terus terang mengumumkan pemansuhan (walaupun dah tak digunapakai lagi) itu mereka jadi seperti kucing kehilangan ibu...

Kita yang sebenarnya buta dengan segala tipu helah politik yang kononnya negara Malaysia ini masih lagi bergantung kepada keutuhan orang melayu yang memberi gelaran diri mereka sebagai UMNO...


Bagi aku Dasar Ekonomi Baru nih memang pada dasarnya satu dasar yang baik.. tapi mungkin perlaksanaannya adalah hancur dan totally gagal. Hakikat DEB memang pada asalnya adalah untuk membantu semua kaum dan lebih-lebih lagi Melayu yang pada asalnya mempunyai taraf ekonomi yang rendah pada waktu itu. Jadi kerajaan telah berusaha untuk mewujudkan satu dasar keseimbangan untuk semua kaum. Nampak memang bagus...

Malaysia sememangnya mempunyai wawasan yang baik tetapi tanpa perancangan yang rapi tiada kemajuan yang akan dapat dicapai. Pemantauan dari masa ke semasa perlu diadakan dengan telus dan adil bagi mengawal penggunaan kuasa oleh pihak pentadbir.

Sudah laa.. bangun dan berpijak pada bumi yang nyata.. tak perlualah berangan-angan tentang perkara lepas yang sudah terang-terangan tidak berjaya di selamatkan lagi.. ini bukan waktu untuk meyemarakkan api perkauman.. kita perlu bangun untuk mencapai sebuah negara yang jauh lebih baik dari dulu.. mungkin dulu kita sudah puas dan acap kali ditipu hidup-hidup.. sekarang masa untuk berubah..

Negara sekarang punya tugas baru... adalah lebih baik untuk semua rakyat Malaysia menyoal, mengkaji, atau memberi cadangan bagaimana kuasa-kuasa politik, jentera-jentera kerajaan, segala peruntukan kewangan, dasar-dasar perlindungan, matlamat-matlamat membasmi kemiskinan dan peyusunan semula masyarakat ini dapat di laksanakan dengan telus dan berjaya, agar kepentingan rakyat tidak tergadai. Mungkin kita boleh membuat kajian terperinci apakah kepincangan sebenar sehingga terjadi perkara-perkara yang sebegini .. kita perlu belajar dari kesilapan kita yang lepas.. bangun dan berubah ...

No comments: