Maaf, aku tak dapat lari lagi dari bercerita mengenai politik... mungkin sekali-sekala aku boleh selitkan cerita mengenai untuk ibu mengandung seperti aku nih ..
Ingat lagi tak firman Allah mengenai proses kejadian manusia dalam post aku yang terdahulu mengenai Alam Rahim
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati atau berasal dari tanah. Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani yang disimpan dalam tempat yang kukuh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu kami jadikan segumpal daging dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian kami jadikan dia makhluk yang berbentuk lain. Maka Maha suci Alla. Pencipta Yang Paling Baik"
(Al-Mukminun : 12-14)
Semasa mengandung nih laa sepatutnya seorang wanita memahami hakikat kehidupan manusia sebenar agar menjadi seorang hamba Allah yang benar-benar bersyukur dengan segala pemberian yang Allah berikan. Memahami keajaiban yang Allah ciptakan untuk kita sebagai hamba Allah agar kita dapat merasakan betapa kita ini begitu kerdil disisi Allah. Semasa bayi kita di alam rahim inilah mungkin kita boleh lakukan amalan-amalan baik untuk kita didik anak kecil kita ini menjadi lebih beriman kepada Allah...
Antara amalan-amalan yang baik atau yang disarankan semasa mengandung ada banyak .. mungkin ini adalah sebahagian di antaranya...
1) Banyak-banyakkan bertaubat kepada Allah atas segala kesalahan dan kesilapan kita yang kita lakukan dahulu, atau sekarang dan cuba hindarkan dari segala perbuatan yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah.
2) Banyakkan berselawat dan berzikir kepada Allah dan junjungan kita Nabi Muhammad SWT.
Kalau kat office tuh stop laa dulu dengr lagu-lagu orang putih atau lagu-lagu yang tidak mendatangkan faedah. mungkin boleh tukar dengan lagu-lagu nasyid atau zikir-zikir munajat... atau yang lebih baik dengar surah-surah Al-Quran. Pasang aja CD player untuk zikir-zikir atau Ayat-ayat Al-Quran nih sepanjang masa walau dimanapun korang berada. Aku pasti korang akan tenang mendengarnya. Baby pun tak banyak cerita nanti, dia akan duduk diam dan relax aja dalam perut.
3) Banyakkan membaca Al Quran. Disiplinkan diri anda agar membaca Al Quran setiap kali habis sembahyang fardhu, tak perlu banyak, mungkin satu muka surat setiap selepas sembahyang fardhu dah mencukupi, tapi kalau dapat habiskan satu surah pendik lagi bagus. Memang laa kita rasa penat dan tak larat tapi cuba ingatkan tentang anak yang kita yang bakal lahir nanti tuh... tentu kita inginkan yang terbaik...kalau kita tidak berusaha dari awal bagaimana mungkin kita akan dapat yang terbaik... semoga dengan bacaan ayat Quran dari seorang ibu boleh menjadikan anak korang tuh taat dan bertaqwa. Ada beberapa surah yang diadvisedkan untuk kita baca sebagai amalan semasa mengandung nih.. nanti aa aku akan senaraikan.
4) Perbanyakkan beribadat kepada Allah .. sembahyang malam.. tahajud... taubat... hajat.. nih aku terus terang cakap.. aku sendiri pun memang liat untuk bangun tengah malam.. sepanjang kehamilan aku yang lepas, selama sembilan bulan mengandung mungkin ada 3 atau 4 kali aja aku sempat bangun... aku faham sebab kekadang alahan yang teruk atau kepenatan yang tak terhingga membuatkan kita rasa berat untuk lakukannya... kalau larat buatlaa lagi bagus.. mintak hajat agar anak yang kita kandung tuh sihat, baik, beriman, bijak, pandai... dan mintak agar mempermudahkan proses kelahiran...
5) Besedekah.. perbanyakkan bersedekah. Ada orang kata kita boleh bersedekah sebagai wakil kepada anak kita.. contohnya macam nih.. niat sedekahkan pisang nih atas nama anak yang bakal aku lahirkan nih..macam seolah-olah anak kita yang berikan sedekah... nih jugak sebagai ajaran kita kepada anak supaya anak bila besar nanti tak lah kedekut dan sentiasa mengamalkan perkara-perkara yang baik.
6) Buat baik kepada orang lain dan sentiasa melakukan perkara-perkara yang baik. Macam sentiasa tolong orang lain. Jauhi dari sifat mengumpat, menghina, mengkeji orang lain.
7) Perbanyakkan puasa sunat.. errr.. aku tak pernah buat pun sebab alahan untuk anak pertama dan kedua memang teruk... kalau larat boleh laa buat puasa sunat nih.. kalau tak larat nak buat macam manakan.
8) Mak aku banyak kali jugak pesan.. setiap kali kita nak buat benda baik cuba bisikan kepada anak agar dia juga lakukan bendatuh. Contohnya kalau kita nak sembahyang, bangunkan dulu anak dalam perut tuh.. bisikan pada dia agar suruh bangun cepat sembahyang.. dan cakap dengan dia setiap apa benda baik yang kita nak lakukan. Misal kata anak kita dalam perut tuh tak boleh duduk diam.. cakap dengan dia baik-baik..nasihat kat dia agar dia boleh duduk tenang agar mama dia boleh buat kerja dengan tenang jugak...
9) Ajar anak semasa dalam perut lagi.. kita boleh ajar dia baca Al Fatihah... atau surah-surah yang pendek... masa kita tengah duk rilex-rilex tuh.. cuba bercakap-cakap dengan dia agar dia boleh faham tentang diri kita sejak dari dalam perut lagi
10) Perbanyakkan berdoa kepada Allah. Bacalah doa-doa untuk anak yang bakal lahir dan doa kesejahteraan dunia dan akhirat. Ada jugak beberapa doa yang disarankan ...
Ermmm tuh serba sedikit yang dapataku taipka.. ada banyakkan lagi mungkin.. kebanyakkan nya aku dapat dari nasihat mak aku sediri dan ada yang dari pengalaman orang lain. Dan mak aku lah cikgu yang paling bertauliah semasa aku mengandung anak pertama dulu. Segala nasihat dia tuh akan aku perturunkan untuk anak-anak aku dan sesapa yang nak syer laa....

No comments:
Post a Comment