Wednesday, July 16, 2008

Anwar vs Shabery

Aku rasa bukan aku sorang jer yang menanti-nanti, menunggu-nunggu debat Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Shabery Chek yang bertajuk “Hari ini bentuk kerajaan, besok harga minyak turun”. Tapi bagi aku debat semalam merupakan debat paling memalukan bagi BN. Shabery seperti hilang point. Beliau tidak banyak membantu menerangkan tujuan sebenar perdebatan itu. Hujah-hujah Shabery seperti berpusing pusing.. berbelit-belit dan tidak meyakinkan.. nih aku cut and paste dari blog edyesdotcom



Anwar Ibrahim memulakan pidatonya dengan tenang, dengan emosi yang cukup terkawal di mana dalam keadaan ini, segala ungkapan yang lahir dari pidatonya cukup rasional, padat, proaktif dan mudah diterima oleh penonton.

Tetapi Shabery dengan begitu angkuh menyentuh kembali peristiwa Anwar sewaktu beliau menjadi mahasiswa pada 1970 lalu. Siapakah Shabery pada 1970? Mengapa menyetuh perihal lampau?

Dari awal lagi Shabery menggunakan medan debat ini hanya untuk menghentam Anwar sedangkan beliau lupa bahawa dalam perdebatan yang singkat itu sepatutnya digunakan sebaik mungkin bagi menjelaskan kepada rakyat “Mengapa harga minyak dinaikkan”.

Shabery perlu sedar, ini adalah peluang yang sangat baik dari pihak kerajaan untuk menerangkan secara terperinci perihal kenaikkan harga minyak. Bukan medan untuk membuat provokasi murahan supaya tumpuan berdebat itu lusuh.

Saya bersyukur kerana Anwar pada malam ini sangat tenang. Ketenangan yang mencerminkan ketepatan berhujah dengan isi yang kukuh serta fakta yang jelas. Dengan mudah Shahery terperangkap dengan kelicikan Anwar dalam berdebat.

Ungkapan penurunan harga minyak 50sen telah disalah tafsir oleh Shabery dengan mempersoalkan bahawa Anwar sepatutnya menurunkan harga minyak sekitar sebelum kenaikkan 70sen iaitu dari harga RM1.92. Dengan ikhlas Anwar menerangkan penurunan 50sen kepada RM2.20 adalah langkah awal untuk mengawal anjakkan ekonomi yang tidak menentu.

Click sini untuk ulasan selanjutnya ...

No comments: