Aku macam tak boleh nak terima jer bila pagi tadi aku di beritahu UIA akan menukar pakaian konvo mereka.. apa hal laa nak tukar.. Dulu.. aku betul-betul kagum bila satu-satunya University yang boleh mengekalkan kebudayan Melayu dan Islam dalam satu masa.
Masa zaman-zaman aku dulu.. kita segak bergaya dan berbangga dengan memperagakan Jubah Hijau dan bertudung litup untuk para sisters, untuk brothers pulak berbaju melayu dan bersongkok memperlihatkan budaya Islam kita. Dan setiap kami akan melekatkan line kain kuning bersongket hitam di atas tudung dan songkok masing-masing yang bagi aku jelas menunjukkan nilai-nilai atau budaya Malaysia yang sungguh unik...
tup- tup.. pagi tadi pakaian Graduate untuk convo nih di tukar ke topi convo (yg sebenarnya budaya Yahudi) dengan warna jubah pun dia org tukar dari hijau ke biru ...
hmmm... takkan Jubah Convo pun nak di politikkan jugak kot.. adush paranoid sungguh lerrr ...
nah korang tengok aa sendirik...
PERUBAHAN... Pemakaian songkok dan tudung khas oleh pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) semasa majlis konvokesyen akan dihentikan dan diganti dengan topi mortar bermula 23 Ogos ini.Timbalan Rektor di Bahagian Akademik dan Kajian, Prof Datuk Dr. Tahir Azhar berkata, perubahan ini dibuat bagi menyeragamkan etika pemakaian konvokesyen pelajar di seluruh negara. "Tambahan pula dengan perubahan ini kami tidak perlu lagi menjawab soalan-soalan berunsur skeptikal (was-was) daripada sesetengah pihak," katanya.Dijangka seramai 4,112 pelajar akan mengenakan jubah dan topi mortar baru pada konvokesyen yang akan diadakan dari 23 hingga 25 Ogos ini. Warna jubah juga ditukar dari warna hijau firus (turquoise) kepada biru firus, dan mengubah corak songket yang sedia ada di bahagian lengan jubah dengan songket pucuk rebung yang lebih terserlah.
Kapsyen (gambar atas):KAKITANGAN dan penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) memperagakan jubah baru yang akan digunakan pada majlis Konvokesyen UIAM Ke-24 pada 23-25 Ogos ini di kampus utamanya di Gombak.
Kapsyen (gambar bawah):DR. MD. Tahir Azhar menunjukkan jubah baru UIAM. - fotoBERNAMA
No comments:
Post a Comment