Entah ...rata-rata mengatakan perhimpunan sejuta rakyat di Klana Jaya... yang diadakan baru-baru ini memang tidak langsung kena pada target asal... semua menyatakan bahawa perhimpunan itu hanya memberi impak buruk kepada kebanyakan parti pembangkang.. ramai yang bertepuk tangan akibat ketidak bekesanan Perhimpunan Rakyat ini..... mereka gelak puas hati apabila bermacam-macam kritikan telah diberikan...
Aku dan ramai lagi rakyat biasa yang menanti-nantikan ledakan perasaan rakyat ini tiba-tiba mati dengan isu-isu dari pelbagai pihak ...Perhimpunan yang sepatutnya menjadi satu huraian kepada perlbagai permasalahan bertukarmenjadi sebuah karnival hebat ...malah lebih hebat daru Jom Heboh di Johor ..
Bukan itu sahaja.. aku juga malu dengan tidakan pihak penganjur mengadakan pelbagai aktiviti jualan dan termasuk upacara pentas lucah itu.. memang aku tidak turut serta .. tapi aku kesal bagaimana pula segala-galanya ini dicampur adukkan .. kita punya tujuan dan matlamat.. matlamat untuk meluahkan rasa tidak puas hati kita terhadap kenaikan minyak ... terhadap segala benda-benda karut yang telah berlaku .. kita mahu mereka yang bertanggung jawab merasa api kepanasan rakyat.. agar bukan rakyat sahaja yang terseksa.. kami mahu semua orang mersakannya...
Tapi bila ada upacara nyanyi-nyanyi, tari-menari dan acara londeh-londeh seluar .. tujuk-tunjuk pungung... kita bukan nak berhibur.. kita bukan hendak membeli-belah... atau hendak berjalan-jalan, melancung dan berehat-rehat ..kita hendak memuntahkan apa yang terpendam.. itu tujuan kita...
Ditambah pulak dengan sajian drama-drama politic yang cukup memualkan... membuatkan kita semakin beralih arah.. beralih tujuan.. lupa akan dasar asal perjuangan kita .. segala-gala kesusahan dan api amarah rakyat untuk memberontak dan mendapatkan semula hak masing-masing mati.Semua telah bertukar dengan dogengan cerita-cerit Pak Karut yang cuba mengalihkan bahang kemarahan rakyat ini dengan drama-drama tipu dan bosan...
Mungkin itulah konsikuensinya bila tidak berlandaskan pada ajaran agama ... yang salah tetap salah.. haram tetap haram... berpegang teguh pada asas kita ..
Aku kagum dengan Bersih dan begitu juga perarakan yng dilakukan di kampung baru.. itu baru betul-betul PERHIMPUNAN DAN PERARAKAN yang sampai maksud.. sampai kepada matlamat asal... rakyat betul-betul marah.. orang atasan pula terasa bahang kepanasannnya ...
Cukuplah.. kita tidak perlu hiburan pada saat-saat begini.. kita perlukan keadilan dari kewarasan hati dan perasaan.. tolong bangun .. keluar laa dari kelalaian kita ... kita kesuntukn masa... terlalu banyak yang perlu kita lakukan ... dan terlalu banyak yang telah kita terlepas pandang. Kita perlu bangun dan terus mencari kebenaran..
No comments:
Post a Comment