Tuesday, December 22, 2009

AVATAR


Semalam balik office hubby ajak tengok wayang.. kebetulan mak ngan ayah ada.. boleh laa amik peluang sementara dia orang ada nih.. memang dah lama jugak tak tengok wayang berdua.. payah ..mana nak letak budak dua orang tuuu ... semalam tengok AVATAR .. memula rasa cam takut tak best tapi bile hubby dah review dia kata citer tu ramai orang comment best..

Cerita nih di mulakan dengan sorang askar Amerika - Jake Sully yang cacat telah terpilih untuk mengikuti satu program AVATAR. Program nih membolehkan Jake yang dah lumpuh tu berjalan semula dalam mimpi dia. Kat sini penonton di bawa ke zaman primitif dimana terdapat satu kaum yang menyerupai manusia. Manusia atau makhluk kat sini semua besar besar mereka di kenali sebagai kaum Na'vi. Dalam program nih Jack telah di hantar ke Pandora menerusi salah satu tubuh yang telah di cipta seperti makhluk Na'vi nih.. sebab menurut cerita nih manusia tak boleh sampai ke kawasan ini untuk menghirup udara kaum nih.. itu laa pasal mereka mencreate tubuh Avatar ni..

Masa tu telah ramai manusia yang cuba untuk memasuki area Pandora untuk meneliti beberapa kandungan mineral yang konon memiliki energy yang sangat kuat. Teruta sekali pokok suci yang menjadi tempat kelercayaan meraka. Tetapi, kaun Na'vy memang tidak membenarkan manusia untuyi memasuki kawasan mereka kerana khuatir manusia akan memusnahkannya.

Effect yang terdapat dlm cerita nih memang sungguh menggakumkan.. masa memula Jack sampai kat perkampungan mereka nih.. penonton seperti betul betul masuk dalam dunia mereka yang terlalu cantik.. dengan gunung ganang .. keindahan hutan yang betul betul terpelihara... air terjun yang sungguh sungguh cantik dan kebebasan terbang dan menjunam .. pergh memang betul betul release jer tengok ..

Kamudian Jack di serang oleh salah satu haiwan dan Jack terpisah dengan dua orang lagi sahabat mereka. Jack berjumpa dengan seorang wanita makhluk Na'vi - Neytiri.. dan cam biasa jatuh cinta laa dengan minah niii dan masa nih la Jack betul betul masuk dalam kehidupan dunia Pandora niii .. Jack yang sepatutnya dtg untuk bertugas kemudian berada dalam keadaan tertekan sama ada meneruskan perkerjaannya untuk memusnahhkan perkampungan suku ini atau membelanya...

Citer nih bagi aku lagi adventure masa nak dekat last .. apabila ketua project nih tahu yang Jack telah semakin membela kaum ni .. dan masa nih laa Jack dan rakan rakannya telah cuba sedaya upaya untuk mempertahankan perkampungan mereka dan betrayed dengan ketua askar Amerika tuu... apa kesudahan cerita.. dapatkah Jack mempertahankan kaum Na'vi tuh atau dia jugak sama seperti askar America yang sombing dan zalim.. dapatkah kaum Na'vi mempertahankan hutan mereka tuu dengan hanya berbekalkan alat senjata purba .. dapatkan pokok keramat mereka di musnahkan ... dan adakah Jack mendapat kepercayaan kaum itu semula .. dan sapakan Toruk Makto yang akan menjadi kebanggan kaum itu nanti ... heheh banak pulak soklan aku .. yang penting korang pergi laa tengok sendriri.. memang best .. memang betul betul dramatic .. adventure

No comments: