Tipu kalau korang tak pernah terfikir nak jadi kaya... hidup senang .. entah cam mana malam tadi topic perbualan aku dengan my half pasal betul ker orang kaya hidup senang ...
Topic pebualan aku ngan hubby bermula bila aku betul betul kagum dengan kengkawan aku yang dah hidup kaya raya ... dan aku memang salute laa kat dia orang semua pasal dia kerj a bersungguh sungguh sampai dia orang boleh mengecap nikmat dunia nih dengan mudah senang dan gembira.. dia orang ada kereta besar.. ada rumah besar ... apa nak semua dapat .. dan hidup dia orang senang ...
Tetiba hubby aku mencelah.. betul ker orang kaya hidup dia senang .... mana tahu dia senang ....
erk.. tetiba macam ada benda gelap menyelimuti anganan aku tadi ..
Aku confuse ... kenapa plak..
Dia kata dalam dunia nih kita tak boleh dapat semua sekali dalam sau masa.. ada benda yang kita kena sacrifice untuk dapatkan sesuati yag kita rasa terbaik.. kalau nak kaya mesti kena kerja kuat kerja dari subuh sampai tengah malam, sabtu Ahad pun still kena fikir kerja.. abis tuh anak anak .. family terbiar jer cam tuuu ... mana ada orang senang dengan mudah...
Hmm betul jugak tuu.. aku terfikir balik cam mana kehidupan kau sekarang.. bukannya susah pun.. aku bahagia dengan family aku.. benda bedna asas dan leperluan lebih dari cukup... dan apa yang aku ternginkan aku mampu nak dapatkan.. cuma mungkin aku tak ada rumah besar ... tak ada kereta besar .. tapi semua yang aku ada tu dah kira mencukupi ..
Hmmmm... betul laa tuh... aku nak bersama dengan anak anak dan suami aku selama yang boleh.. aku masih ada masa untuk attend semua gathering keluarga tak kira masa .. aku masih boleh attend any reunion bila bila masa.. tak seperti sesetengah orang lain yang terlalu padat jadualnya.. hari nih ada meeting.. hari sabtu nak jumpa orang besar sana .. hari minggu nak kena layan orang tuh ini... hmmm... tak tahu laa.. mungkin kita di lahirkan dengan pendapat yang berbeza beza... ada yang memang dilahirkan untuk sentiasa sibuk sementara aku pulak mungkin begini sahaja perjalan hidup aku.. atau ini path yang aku pilih.. hidup simple .. tapi bahagia .. cuma aku mohan agar hidup aku akan lebih bahagia dan berjaya .. tanpa menggangu rutin hidup aku yang simple niii...
No comments:
Post a Comment