29 December 2009.. menurut perkiraan doctor hari nih sepatutnya due date untuk baby aku yang dah di takdirkan gugur bulan May hari tuu... aku masih simpan lagi kad merah untuk check up bulan bulan .. tapi apa yang masih tersimpan kuat adalah ingatan 'dia' bersama beberapa bulan dalam tubuh badan aku ini...
Aku ingat lagi kali terakhir 'dia' bersama sama aku.. petang tu.. seperti biasa aku ke toilet untuk mengambil wuduk.. mungkin lambat sedikit dari biasa.. jam dah menunjukkan pukul 6 petang .. aku baru nak sembahyang Asar.. aku masuk seperti biasa dan melakukan rutin seperti biasa.. tapi ... apa yang buat aku betul betul terkejut ialah darah yang terpalit pada seluar aku.. kali ini banyak betul ... memang banyak.. bukan seperti dua tiga hari lepas ... memang dua tiga hari lepas sudah mula ada.. cuma quantitynya terlalu sedikit dan warnanya jugak agak kecokelatan.. tapi kali ini tidak.. warnanya warna darah.. warna darah hidup.. merah ...memang merah betul... aku sudah berdetik.. sebak dada aku.. Ya Allah ... aku spech less .. aku keluar toilet dan mencari cari suami aku.. aku tarik dia kat dalm bilik.. aku tak sangup nak kata apa pun.. aku terus menangis tersedu sedu.. suami aku diam.. mungkin dia juga sudah boleh agak apa yang telah berlaku pada diri aku ...
Dia cuba tenangkan aku.. dia ajak aku pergi check dulu .. katanya mungkin bukan seperti yang aku sangka.. aku angguk.. tapi aku sudah semakin confirm .. memang perkara sama akan belaku lagi.. sepanjang perjalan ke klinik aku diam dan dada aku sebak.. aku cuba menyelindungkan perasaan sebenar aku ... hmm... malang betul .... semua klinik sakit puan tutup pulak.. maklum laa sudah lewat petang dan kebetulan hari Ahad.. aku ajak jugak pergi klinik biasa..
Aku terangkan pada doctor tentang keadaan aku.. doc tu tidak dpt mengesahkan apa apa kerana bukan bidang dia.. katanya.. dia cuma boleh tulis surat refer aku ke hospital dan agar aku boleh di jap agar kandungan aku kuat..
Aku keluar dari bilik doc hampa.. doctor sakit puan hanya akan datang pada pukul 8 malam... suami aku mencadangkan agar aku rehat di rumah dahulu.. lepas makan .. barulah ke klinik sakit puan tu.. aku baring .. air mata aku masih tidak kering... masuk maghrib .. aku lihat darah tak berhenti.. aku seperti dapat mengaggak...
Malam tu ... Aku amik wuduk .. aku solat Maghrib... selesai solat .. aku sujud lama .. aku pinta di tabahkan hati aku.. aku tahu ini ketentuan Dia.. aku minta sekiranya ini yang terbaik untuk aku.. ambillah anak dalam kandungan aku ini dengan mudah ... sekiranya ada rezeki aku.. aku mahu yang terbaik.. untuk diri aku dan untuk dirinya.. jika tidak ambillah 'dia' .. 'dia' kandungan aku yang baru berusia 3 bulan ni ... ulang aku .. tabahkan hati aku menerima ujian ini buat kali ketiga ...
Selesai solat... aku tarik nafas panjang panjang ... Allah tidak zalim kata aku menguatkan semangat aku.. Allah dah tentukan yang terbaik untuk aku.. aku telah di pilih untuk meghadapi ujian ini keran aku mampu megharungnya .. kata aku lagi ... aku perlu sabar dan tabah .. walau hati aku dah mengatakan takdir itu namun aku masih menyimpan harapan.. mungkin masih ada harapan..detik hati aku
Kami sekeluarga makan.. aku diam aja .. kebetulan adik ipar aku ada.. dia yang tolong untuk meghidangkan makanan .. aku baring aja.. selesai makan.. aku suami dan puteri puteri aku ke clinic ... setibanya di dalam bilik doctor.. aku terus jer cakap yang aku nak scan pasal ada bleeding ...
Dan bila doc check jer .. memang seperti yang di duga .. doc kata kandungan aku tak berkembang dari last dia check hari tuuu .. malah bertambah mengecik.. aku tabah lagi.. aku tahan air mata aku dari menitik... aku bangun dan ke meja doc... sudah tidak terkawal lagi rasanya.. seolah olah sudah gelap sungguh pandangan aku ...
Bila doc try to confort aku.. masa tuh laa aku dah tak boleh menahan lagi air mata aku.. berderai jatuh ... doc tuh cuba sabarkan aku.. setiap kali dia try untuk tenangkan aku.. setiap kali tu laa aku akan menangis... dia suruh aku tabah .. sabar .. dan katanya aku punya banyak masa lagi.. dia bandingkan aku dengan mereka yg tak pernah ada anak .. dan macam macam lagi cerita dia untuk tabahkan hati aku ...
Aku masuk ke kereta.. aku lihat anak anak aku turut menangis.. adik seperti tahu apa yang berlaku.. apatah lagi kakak yang dah banyak kali menerima berita yang sama ... berderai derai air mata kakak dan adik .. itu yang buat hati aku lebih hiba.. mereka betul betul jaga aku .. sehingga satu kerja pun mereka tak benarkan aku buat.. sampai kalau aku nak jalan mereka akan pastikan tak ada air atau barang barang yang boleh buat ku terjatuh ... mungkin mereka terlalu influence dengan cerita TV.
Malam itu aku bagi tahu emak .. aku hanya mampu nangis.. dan emak sudah dpt mengaggak.. cuma kali ini aku lebih tabah ... mungkin kerana permintaan aku dan aku redha dengan pemergian dia .. mungkin itu yang aku pinta.. yang terbaik dan jika tidak aku mohon ambil dia semula...
Esok paginya .. aku ke hospital... hanya aku dan suami .. aku rasa aku sudah terlalu biasa.. tak perlu mak dan ayah.. tak perlu rush.. benda dah tak ada.. dan peocedure ini dah terlalu biasa buat aku ... cuma aku minta doa dari mak dan ayah ..
By tengah hari aku dah balik ke rumah... aku memang dapat rasakan yang aku lebih tabah kali ini ... aku lebih kuat ...
Cuma aku akan terkenangkan dia bila waktu aku period.. mungkin desakan syaitan.. aku rasa seperti terlalu rindukan seusatu.. dan setiap kali aku lihat kawan kawan aku gembora menceritakan pengalamn mereka mengandung .. setiap kali dada aku sebak ... setiap kali itu aku akan berlawan kuat dengan perasaan.. begitu juga bila mendengar berita kelahiran.. sedih sungguh.. hiba terasa... namun aku cuba bertahan dan berselindung .. syukur tuhan masih beri kekuatan untuk aku bertahan ... sehingga laa hari ini ... aku masih merindukan sesuatu .. seolah olah dia masih ada ... entah aku kadang kadang nertanya tanya.. aku perlu berundur untu terus mencuba atau aku perlu kuatkan semangan untuk berusaha .. dan kadang kadang aku penat ..terlalu penat untuk mencuba... semoga Allah berikan petunjuk buat aku ..
No comments:
Post a Comment